Friday, December 31, 2010

hijab dan fesyen

ok, aku bukan nak jadi islamic kat sini, just aku perhati benda ni dah lama menular di kalangan wanita Islam kita. suka aku nak cakap tiap-tiap kali aku nak buat ulasan macam ni, yang aku bukanlah orang yang baik-baik apatah lagi ulamak. hanya terlintas dalam kepala otak sahaja. ok aku nak sentuh sikit bab hijab, aurat dan fesyen.

dalam era millennium ni, fesyen juga berubah-ubah. semakin moden dan daring. baik barat mahupun islam. aku nak sentuh tentang fesyen islam yang memfokus kepada wanita. sekarang ni dah bermacam-macam fesyen hijab (hijab ke?) dicipta oleh entah mana-mana makhluk asing. apa yang bagusnya, banyak wanita islam yang dulunya free hair ke, sekarang da pakai tudung. macam-macam la bentuk tudungnya, bawal la, wardina la, yuna la, sardin la (ade ke?). tapi yang aku terfikir dalam kepala otak aku, diorang ni pakai tudung sebab nak tutup aurat ke, sebab fesyen?

YUNA
ye, nama ini sudah meniti di bibir gadis-gadis melayu kita. konon-kononnya idol la sebab jadi artis tapi dapat mengekalkan imej bertudung dan hijab. mana-mana aku pergi mesti perempuan dok heboh cakap pasal yuna la, hana tajima la. pastu ramai la yang ikut style idol wanita melayu terakhir ni.

first, tanya diri sendiri dulu, apakah makna hijab dan menutup aurat? adakah setakat menutup rambut, memakai baju lengan panjang dan berseluar panjang sudah dikira menutup aurat? ok, tolak tepi dulu pasal niat nak tutup aurat ni, sama ada ikut fesyen ataupun memenuhi tuntutan agama. sekarang kita fokus pada makna dan cara menutup aurat yang sebenar.

ok, aku ni ilmu agama tidak la setinggi mana. senang cerita memang tak tinggi langsung la. tapi setahu aku, menutup aurat bagi perempuan adalah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. ok, itu yang asas la kita semua tahu. tahu kan? tapi ada lagi syarat tambahan iaitu pakaian itu mestilah tidak menampakkan bentuk susuk tubuh. kalau bertudung tu pula mestilah sehingga menutupi bahagian dada.

HA, kat sinilah orang selalu kantoi. memang la pakai tudung, tapi pakai tudung ibu Arini yang pasang siap tu, sarung je kat kepala. tudung tu selalunya singkat dan tidak sampai ke bahagian dada pun. tapi ada juga yang labuh. bagusla kalau pakai yang labuh tu. satu lagi, pakai selendang ke shawl ke dan sewaktu dengannya. lilit kepala dah macam mumia. yang itu aku tak pasti dan tak berani nak cakap. tapi senang cite memang confirm tak tutup bahagian dada. so macam mana? ikut agama ke ikut fesyen?

ok, pindah kat dress plak. sepertimana yang aku cakap tadi, mestilah tidak menampakkan susuk tubuh. sekarang ni dah masuk era fesyen pakai legging macam orang nak masuk marathon. agak-agak pakai legging tu tak menampakkan susuk tubuh ke? melekat macam baju scuba diving. cuba tengokacam kat bawah ni:




agak-agak fesyen macam ni dibenarkan ke dalam islam? aku pun pelik entah macam mana oraang boleh label ini fesyen muslimah sekarang. kepala otak hangpa. tak belajar agama ke? bukan la nak suruh pakai jubah ke apa sepanjang masa tapi agak-agak la kalau da pakai sampai macam ni. Saiz batang kaki dari peha hingga ke buku lali semuanya boleh dilihat dengan jelas sekali. ini lah wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang). Tiada MALUkah?

YA, itulah fenomena yang Yuna korang puja-puja tu bawa kepada korang. memangla die tak pakai legging, tapi skinny jeans tak ke melekat ikut bentuk kaki jugak? aku tak salahkan dia sebab dia tak suruh pun korang ikut dia. tapi takkan ko nak salahkan kilang pisau bila orang membunuh pakai pisau?

Pilihlah pakaian yang longgar. Pakaian yang tidak melekat di badan. Pakaian yang labuh. Pakaian yang sekali kita lihat, kita tahu itu pakaian wanita Islam. Pakaian yang tidak jarang. Pakaian yang tidak menyerupai pakaian orang agama lain. Bezakanlah diri kita wanita Islam ini dari orang bukan Islam. kalau setakat pakai macam ni, pastu nak kerek kat perempuan lain yang kau tu konon-kononnya tutup aurat, siap nak sound orang lain lagi, apa kata betulkan diri sendiri dulu. kau tu tutup aurat ikut islam ke tak?

lagi satu, tolonglah, aku cukup meluat kadang-kadang tengok orang macam ni bila diorang sound or ajar orang lain sedangkan diorang pun belum tentu betul. tak perlu la nak post kat facebook ke youtube ke apa tentang cara nak pakai tudung la apa la. pastu taruk plak gambar-gambar ko dengan boyfriend ko sana-sini. apa kes?

satu lagi 'lagi satu', tolonglah jangan kaitkan pasal tutup aurat ni dengan akhlak. memang la orang akan anggap yang bertudung litup ni baik-baik orangnya. so bila ada kes perempuan macam ni kena tangkap basah ke apa, terus golongan yang tak tutup aurat ni jadikan point ni sebagai pendinding diorang. dengan kata-kata hikmah seperti "eleh, orang pakai tudung pun perangai tak senonoh, kene tangkap basah!" ok, senang cerita macam ni la, itu hal dia dengan Tuhan. maybe die pakai tudung, tapi akhlak dia tak bagus. so tak perlu nak jadikan kes macam ni sebagai advantage kepada korang nak counter bila orang nasihat suruh tutup aurat. bak kata Idy, yang aku quote dari blog raihan, Teringat Idy cakap pada seseorang setelah orang itu cakap " Kau ingat orang pakai tudung ni baik sangat ke?" Idy balas balik "Kurang-kurang pun dia tutup aurat, kau???"

maxim hari ini :- kubur memang lain-lain, tapi kalau boleh tak mau la banyak kubur berapi-api.

Wednesday, December 29, 2010

musabab?

kenapa aku tulis blog?

sebenarnya memang tiada sebab rasional mahupun kukuh. seperti header blog aku masa mula-mula aku buat blog 'blog ini hanyalah hasil repekan aku bila aku xde keje, so kalau nak cite banyak baek xyah bace'. tapi sekarang aku dah tukar sebab aku rasa ada entry aku yang macam pedas sikit ataupun discriminating so aku tukar macam yang ada sekarang.

honestly, aku tak tahu pun blog ni apa sebenarnya dahulu. ex aku dulu yang start buat so bila aku baca blog dia tiba-tiba rasa nak buat blog jugak. acah-acah sehati sejiwa la konon-kononnya.

sejak kebelakangan ini aku dah rajin blogwalking, baca blog-blog orang lain. ada blog lawak, ada blog islamic, macam-macam la. tapi kebanyakannya aku jumpa blog yang bercerita tentang diri masing-masing. ada yang jadikan blog mereka album foto, selalunya perempuan. dan sudah tentu confident level mereka tinggi dan menganggap diri mereka cantik. at least pada mata mereka sendiri.

ada juga blog yang macam...entah, aku tak tahu nak cakap. macam abstrak kot. tiada tujuan yang tetap. tidak bercerita tentang diri sendiri mahupun orang lain. pastu suka tulis entry-entry yang tidak jelas maksudnya. mungkin ditujukan kepada someone atau orang yang terlibat. banyak juga blog seperti ini.

bagi aku, aku buat blog ni lebih kepada macam diari aku sendiri. aku sebenarnya tak heran pun nak bagi orang baca blog aku. senang cerita, aku buat blog ni adalah untuk tatapan aku sendiri. tapi takde la aku private kan so siapa pun boleh baca. bukannya special atau secret mahupun bajet sangat nak private kan pun.

secara umum, tiada faedah sangat pun ber-blog-ging ni. hanya untuk isi masa lapang sahaja. mungkin bagus kalau blog-blog yang kita tulis atau baca mengandungi bahan ilmiah atau informasi yang menarik. kalau setakat entry pasal diri sendiri bajet bagus macam aku ni, memang takde faedah mahupun interest, apatah lagi riba. ada pula sampai bergaduh-gaduh dalam blog macam dalam ni. kalau camtu dah jadi tidak bagus. tidak kan?

kalau nak berblogging untuk kutuk-kutuk orang, ataupun mencari pergaduhan, memupuk kepada perpecahan kaum, lebih baik kumpul biji saga ataupun mendaki Gunung Datuk di Rembau.




meludah ke langit kena muka sendiri.

Monday, December 27, 2010

bayi

ni anak buah aku yang da berumur 2 bulan. aku rase die macam comel. comel tak?

Wednesday, December 22, 2010

(bukan name sebenar)

Sejak aku kecik sampai la skang ni, macam2 nickname aku dapat dari macam2 orang. Mase aku skolah rendah dulu, orang panggil aku BONGKOK sebab badan aku memang bongkok gile kalau duduk bersila. Aku start jadik camtu sejak aku jatuh dalam longkang mase aku kecik2 lagi. Mak aku cakap cantik je badan aku membengkok ikut longkang tu. Pastu terus jadik permanent camtu. Kesian aku tapi takde la nampak cam cacat ke ape. Pastu kat skolah plak ade budak panggil aku LAO FU ZI, merujuk kepada satu watak komik lawak cina. Tapi tak lekat sangat la nickname tu just bile bergaduh je slalu kuar. Standard la budak2, kalau gaduh mulut mesti maen ajuk2 name punye. Pastu bile masuk skolah menengah, orang start panggil name bapak. Memang pattern skolah aku dulu panggil name bapak. So jadi la BAHAROM atau BAROM ataupun MAT ROM. Ikut kesesuaian la diorang nak panggil. Mula2 memang rase nak terajang sebab panggil2 name bapak ni, tapi lame2 rase ok plak. Sampai ade junior tu panggil aku ABANG BAHAROM. Haha damn! Nickname tu lekat sampai skang kepada budak2 lower form aku la. Kalau tanye Anep kadang2 ade yang tak kenal. Tapi kalau tanye pasal BAHAROM, sume orang tau. Pastu masuk upper form aku pindah skolah laen plak. Ha, skolah ni lagi tak senonoh die punye nickname. Ade je kene mengene dengan binatang haram dengan alat sulit lelaki mahupun wanita. Mengikut tradisi, setiap junior baru masuk, senior akan pilih nickname untuk die yang dipanggil registered name. So name die yang sebenar boleh tinggal kat luar pagar skolah. Sebab pastu takkan ade orang panggil name sebenar die lagi, hanye registered name given by the not even barely authorized person tu akan apply untuk die. So name aku mase tu jadi STOBY. Maksud die, dulu ade seorang senior diorang perangai cam haram, name die Storam. Pastu kebetulan diorang cakap muke aku lak sebijik cam Storam tu. So diorang pun bagi aku name STOBY yang bermaksud STORAM-BABI. Macam sial kan? Nak tak nak, rela tak rela, registered name tu lekat kat aku sampai skang. Dengar dan pronounce macam best je tapi maksud cam gampang. Tapi aku ni kire bertuah la sebab member2 aku yang laen dapat registered name lagi cam sial maksud die. Nanti kalau senang aku upload satu post pasal name2 kat skolah aku beserta dengan maksud die skali. Hahaha. Pastu abes skola, aku keje part time wat catering. Mase ni aku dapat nickname PARAS maksud die penat sebab tauke die cakap muke aku paras je mase wat keje. Damn! Cube la bagi aku nickname sedap2 sket maksud die. Hmm…aku rase tu je la nickname2 yang aku pernah dapat setakat hidup aku ni. Most of the time, besenye orang panggil name sebenar aku atau BOTAK je sebab aku slalu berkepale botak. Tak tau la pasni kalau aku da masuk keje betul2 ke, da hidup berdagang kat tempat laen ke, ade dapat nickname laen lagi. Papepun, aku tetap rase name sebenar aku yang terbaek and aku sangat suke name aku. Sekian.

Tuesday, December 14, 2010

Pertualangan

haih....bosan lak cuti ni. nak keje xsempat lak. cuti kejap sangat. duk rumah xtau nak watpe. nak jalan duet pun xramai. so terpakselah menjalani rutin yang same hari2. mase sebelum cuti da plan macam2 tapi last2 x wat jugak. tapi ni wa nak story sket pasal wa balik aritu. bertolak dari uum kul 9.30 pagi. memang xde luck la la aritu, belum sampai jitra hujan da turun lebat gile. memang x bagi can langsung. gerak dengan ammar sampai penang iaitu rumah die dalam kul 1.30 petang. singgah makan dan semayang jap. perlu di-mention di sini bahawa ammar ade adek pompuan yang sangat cantek. pastu bertolak balik kul 3.00 petang. on the way berlaku kejadian yang x diingini dimana minyak hampir habes. lari budget lak nak sampai R&R lagi satu nak isi minyak. agak laju aku bawak motor sebab kul 8 aku da sampai KL. tido semalam rumah akak aku. dapat jumpe anak buah aku. da makin montel beliau. sangat comel. menyangap la aku malam tu x dapat isap rokok. haha. besoknye pagi2 aku da bertolak balik. singgah R&R seremban, ade mat pit nak tolak henset curi kat aku. gile tul. duet aku ngam2 nak sampai rumah je. pastu singgah senawang amek laptop kat zaim. ceh, aku yang naek moto pun sampai lagi awal dari die. sembang2 gosip2 jap, pastu sambung jalan balik rumah. campur tolak darab bahagi, perjalanan aku sejauh 657km. motor aku pun da bunyik laen macam. haha xpe la abes blaja nanti aku tuka la moto laen plak. sekian.

Monday, December 13, 2010

cerita seks

Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi.Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang.

Ala...ngkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.Joe menghela nafas panjang.. bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.

Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. entah berapa kali jam ditangan direnunginya..Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.. Roy. begitu jugak dengan yg lain2. Jack, Poie dan sigemuk itu.. Agi.

Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. dari tangan ke tangan aku berpindah. aku dikucup.diisap, diramas sepuas-puasnya. aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. tubuh ku di kecap mereka sepuas hati..dan akhirnya. setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur..Begitulah kisah ku.. AKU SEPUNTUNG ROKOK!!!

Wednesday, November 24, 2010

celebrating mother

Listen to the death rattle
Heard from the throat of the earth
It's getting worse and worse and worse
Polluted minds, polluted children
Poisoned feelings, toxic purpose
Wasting out this modern world
Absorbed by the living dead
Mother earth is getting so old
Ozone layer gets thinner and thinner
Chemical dust gets thicker and thicker
Human life goes shorter and shorter
Our lands changed to scenes of slaughter

SAVE OUR MOTHER EARTH :-)

Thursday, November 18, 2010

wisuda

another Baharom's manage to finish his study. a graduate from Fakultas Kedokteran Universitas Kristen Wida Wacana. congratulation for u. semga manjadi doktor yang baik dan unggul. jangan lupe nanti kite pening2 lagi. lu payung plak.

journey to the west

lame x update blog ni...duk rumah xde tenet. g cc pun bace komik je. ni wa nak story sket journey to the west versi indon. aku gerak kul 7 pagi aritu dari rumah padahal flight aku kul 3.oo petang. aku naek bas dengan encik daddy dari melake sentral kul 8.30 sampai LCCT dalam 10 lebih. pastu da tercongok cam orang bangang kek situ sampai la boarding. 1st time naek kapal terbang. xde la best pun. telinga berdengung je. seat airasia sempit gile nak silang kaki pun xbleh. sampai airport jakarta bandara sukarno hatta dalam 2 jam. bandara stands for bandar udara, maksud die airport la. waktu indon lambat sejam dari malaysia. pastu nek teksi g anggerik mall nak jumpe encik hafiz aka abang aku. teksi indon standard pakai vios je. mak ai kan maen grand lagi! die punye traffic jamm macam celake. kalah KL jalan dua lane bleh jadi 4 lane. udara kotor. mat motor sume pakai mask. yang xbleh blah tu, ade plak orang jual kacang tengah2 jalan jamm tu. driver2 indon memang superb wa cakap lu. maen selisih kete jarak duet syiling 5 kupang je beb. tapi xgesel pun. sampai mall tu tunggu mangkuk ayun tu xsampai2 lagi. sebab aku datang dengan boss, so susa la aku nak smoking. kene g jauh2 sket. mintak excuse la g toilet ke ape tapi die sure tau punye aku nak isap rokok. pastu awek encik hafiz yang sampai dulu jumpe kitorang. so bertemu la boss dengan awek abang aku. abes die interview macam2 pompuan tu. lambat sket baru terpacak abang aku sampai. pastu kitorang g makan kat KL Village n balik rumah sewa die. malam tu aku kua dengan abang aku g lepak rumah member die. ade ke naek basikal g jalan2?? memang cam indon kat malaysia. damn! haha. kat indon xde teh tarik. ade es teh manis je ataupun teh o ais kat malaysia. besok tu kitorang g majlis konvokesyen die. graduan kat sane panggil wisuda. universiti die kristian punye. so perasmian die adela paderi jesus fucking christ die bace bible la koir lagu church la. aku jadi cameraman xrasmi pakai kamera kodak mak aku zaman mesolitik dulu. pastu da abes majlis, kitorg g Tanah Abang petang tu. tempat tu cam Nilai 3 la. banyak jual kaen2 dengan baju. tapi die punye sesak macam ulat sampah beb. tu pun abang aku cakap kalau nak raye 10x lagi sesak. xtau la aku nak bayangkan. aku beli baju batik jawa dengan baju melayu indon je nak pakai raye haji nanti. malam tu aku roger member aku budak samura yang study kat situ gak ajak lepak. classmate aku mase form 5 dulu. da macam belon da makin naek badan die. besok tu kitorang g Bandung!! yeah! kat bandung awek die memang cun wa cakap lu. yang keje kedai makan pun da meletup2. putih2. kalau kat jakarta cam bibik kat malaysia je. kat bandung ni banyak jual barang2 outlet. banyak la aku shopping tapi aku silap x tukar duet awal2 sebab kat situ money changer tutup sebab cuti hari ahad. kat wallet aku ade 300 lagi duet malaysia aku xdan nak tuka. damn..so xdapat la nak shopping sakan sangat. kitorang balik jakarta malam tu n balik malaysia pagi besok tu. tu je la sinopsis die. satu lagi menarik kat indon ni adalah peminta sedekah die. memang kreatif, inovatif, fauziah latif. bile berhenti kat traffic light, nanti ade budak datang maen gitar mintak sedekah. memang sempoi tengah2 alam tu diorang usung gitar kehulu kehilir mintak sedekah. pastu maen lagu sedap2 gak. yang aku xtahan tu, ade pakcik tu maen recoder!! hahaha macam gampang. sungai die plak...kalau sungai kelang tu ko da cakap kotor, aku rase diorang leh mandi lagi kat sungai kelang tu. diorng nye sungai da macam loji taik. silap2 ade mayat orang dalam tu. pastu ade plak orang mancing ikan kat situ...gile. satu lagi, diorang kalau parking moto ke kete ke memang gampang. punye la rapat2. memang melekat dengan moto sebelah tu. kalau kete parking xleh tarik hand break sebab nanti senang orang lain nak alihkan kalau nak kuarkan kete ke ape. gile...pastu orang indon ni sanggup wat ape saje nak dapatkan duet. kalau naek teksi tu memang standby je la nak kene tipu. nak g mane2 kene bawak orang yang da tau nak jalan. diornag punye jurang ekonomi sangat jauh. yang kaye, kaye sangat, yang miskin, melarat sangat. ok lah, aku pun xingat sangat nak tulis ape. nanti kalau senang aku update.

Tuesday, October 26, 2010

Fly Away

malam ni berangkat pulang ke rumah. nak tengok baby uncle~ Hassan Mohleh. aku pun xtau maksud name die. tapi sure yang baek2 punye. pastu jumaat berangkat ke indonesia pak. aku xtau la ape nak wat kat indon tu nanti. dalam pale otak aku cadang nak carik helemet tarix jabrix dengan leather jacket je. pasni memang jadik rider sejati la aku. ni Ali nak kirim beli barang2 plak aku xtau nak beli ape sampai RM200 die bagi. ha, nak beli surya pendek sekaton. hehe~ boleh gak nak usya gitar kat sane. aku dengar ibanez kat indon murah2. mane tau dapat cekau Iceman dalam RM500 ke...hak3

Monday, October 25, 2010

alone again

tried so hard to make you see....
but i couldn't find the words...
now the tears they fall like rain...
i'm alone again without you............

SDG

tadi petang aku g jumpe lecturer SDG aku. ade keje die nak bagi. pastu skali die bagi aku assignment 14 pages. macam gampang. sebabnye aku tak penah datang SDG die. orang laen sume da abes keje tup2 datang plak bala kat aku. cinabeng betul. macam mane aku nak wat essay pasal positive thinking sampai 14 pages?? ingat aku ni philosopher ke??
SDG ni memang xde pekdahnye. nak wat ala2 mentor mentee cam kat skola dulu la kononnye. aku xrase ape yang elok pun. SELF DEVELOPMENT GROUP la sangat. menyusahkan orang je. da la meeting die tak tentu hala. sukati tetek die je nak wat bile. ingat aku xde keje laen ke?? (marah ni). sem lepas sembang nak mansuhkan. tup2 sem ni plak nak bagi gred?? pecite ni yop?? diorang ni xde akai ke nak pikir bende ni ade manfaat ke tak kat student sebenarnye. kami sebagai mahasiswa ni berasa tertekan tau tak?? (ecewah). disebabkan tiada tindakan oleh pihak pengurusan universiti, oleh itu, aku telah mengubah cita2 aku iaitu menjadi vice chancellor kepada UUM satu hari nanti untuk memansuhkan SDG bongok ni. hang siap la nanti yop!!! (mengarut sket)

Saturday, October 23, 2010

Tiang Agama

ok, aku memang not in the position to say this. sape la aku n tahap mane la aku nak cakap pasal bende ni. aku tak bermaksud nak offend sape2 kat sini so sape yang rase cam ade kene mengene tu mintak maap la. Semalam aku lepak bilik xxx mase maghrib, then pastu aku pun nak bla la nak g semayang. Aku sound la mamat ni ‘wey jom ar semayang’. Die balas ‘kalau aku semayang sebab orang suroh nak watpe’. Ok, aku kenal la mamat ni. Die memang tak semayang punye orang. Semayang jumaat pun aku tak penah nampak muke die. Ok, tak perlu la aku cite ape argument aku dengan die pastu. Bagi aku, tak kesa la kalau kite semayang tu sebab orang suro ke ape, tapi at least kite semayang gak. Cube kite ingat balik, dulu kecik2 pun mak bapak yang yang suro kite semayang. Lame2 kite da bleh nak semayang sendiri.bukan aku nak drop die kat sini. Tapi sebenarnye kalau orang tu da taknak buat, memang macam2 alasan die. Tak ikhlas la, tak sampai seru la, satu hari nanti la. Pucuk pangkal die tetap kat hati sendiri jugak. Kalau da tak mahu tu, memang tak mahu la. Ape2 jawapan orang tu pun sume alasan die die. Ok la, aku bagi satu gambaran, nanti bile ko da dalam kubor, malaikat tu nak sesah ko nanti sebab ko tak semayang, ape kate ko try jawab kat malaikat tu alasan2 yang biase ko bagi kat org yang suro ko semayang tu. Agak2 malaikat tu nak terima tak alasan ko? Ko try la jawab ‘kalau aku semayang pun sebab orang yang suro nak watpe?’ ko rase2 malaikat tu akan cakap ‘betul jugak ek, takde point aku nak bantai ko’ ke x? aku xtau la kan, tinggi mane la ilmu aku, amalan aku, nak cakap macam ni. Sorry la kalau aku salah. Same la macam pakai tudung, kalau bagi alasan belum sampai masenye, kalau pakai tak ikhlas nak buat ape, agak2 nanti mase akhirat nanti Tuhan nak terime ke alasan ko tu? Lagi satu, kalau ko cakap satu hari nanti ko pakai la. Ok, kalau jap lagi ko mati macam mane? Mane ko punye ‘satu hari nanti’ tu? Kite tak tau bile kite akan mati. So either ko nak wat ke tak, itu je jawapan ko. Tak perlu mereka2 alasan sebab alasan ko tak laku kat akhirat nanti. Aku tau aku pun bukan la baek pun, tapi aku tak boleh bla kalau ade orang nak betah pasal bende yang salah, nak betulkan ape yang tak betul, nak carik alternative untuk mengelak bende yang wajib. Macam orang bodo. Bak kate member aku dulu, kalau nak wat ape, ko wat je, nanti tanggung la sendiri. Tak payah nak carik alasan sebab ko sendiri tau bende tu salah. ‘It will make you look dumber than you appear’

Thursday, October 21, 2010

terhiburlah dunia, kau dicipta :-)





selamat datang kepada ahli keluarga aku yang baru. alhamdulillah kak long selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5kg pada 20.10.2010. sangat cun tarikh lahir die. semoga die membesar dengan sihat sejahtera.

p/s: baby memang sume mata sepet kan? kan? kan?

Tuesday, October 19, 2010

sialan, mutu, keunggulan

aku tak kesa kalau kalah tapi maen cantik. tapi kejar bola pun malas. tunggu bola ingat bapak hangpa nak passing kat hangpa. naseb baek aku tak bet. tapi wat penat je aku stay up. tapi takpe, walaubagaimanapun(panjang perkataan ni ek), aku tetap akan sokong hangpa. hidup AC MILAN !

Saturday, October 16, 2010

senarai lagi

ok aku agak boros. siap da plan sem depan nak beli ape.
1. woofer (wajib beli)
2. hard disk baru (depends)
3. iron (dari sem 1 plan nak beli)
4. penyapu (asek pinjam ammar punye je)
5. mesin rambut baru (mungkin)
6. gunting layer (bleh buka kedai gunting pasni)
7. awek (bleh beli ke??)
8. proper attire gi klas (macam penting)
9. biskut cap pingpong (perlu ke list?)
10. PM

i'm not gonna take it

oh You're So Condescending
your Gall Is Never Ending
i Don't Want Nothing
Not A Thing From You

Thursday, October 14, 2010

kambing hitam

sometimes i feel like i'm the scapegoat of everything
my guitar's broken, my fault.
my bike accident, my fault.
my father mad at me, of cause, my fault.
MY EVERYTHINGS left me, MY FAULT.
thanks to xxx, sebab sudi teman aku makan tiap2 malam.

mask

ade classmate aku ckp, "ko nampak je aku macam ni, tp sbnrnye aku xhepi cmni"
camtu la lebih kurang ayat die.
sebenrnye bagi aku, sume orang macam tu.
aku ni lagi la, susa la orang nak tengok kalau aku tarik muke ke ape.
mesti nampak hari2 gelak besar, nak pedajal orang, mcm full of excitement. haha
tp aku rase memang hipokrit la gak
sebab aku pn xdela sentiase hepi
sebenarnye aku rase aku lagi banyak mase xhepy daripada sebaliknye
just bile xhepy pn, aku wat muke hepy
dan aku rase hampir sume orang macam tu
everyone is wearing a mask.
dan yang penting, bagi aku, ni maxim yang aku reka,
"if you are not happy, it is you to choose not to be happy"
dan yang lagi penting, ini xde kene mengene dengan masked rider.

Monday, October 11, 2010

Dokken - Alone Again (Live)



T.E.R.B.A.E.K. !!!!!
suke ayat ni : When I invite a woman to dinner, I expect her to look at my face. That's the price she has to pay.

Friday, October 8, 2010

soundtrack

aritu aku tengok cite it's a boy girl thing, cite tu takdela best tapi bosan2 layan je la... ape yang menarik sampai aku nak cite kat blog ni sebab ade satu soundtrack die tu lagu Ozzy Osbourne - Goodbye to Romance, sempoi gak. so aku google la lagu tu download. pastu tibe2 aku teringat yang aku ade satu video pasal legendary voice iaitu band2 otai dahulu kala yang bergabung wat satu lagu ni. so aku try la listkan band2 yang terlibat and aku google lagu2 diorg yang laen. fulamak...sumpah superb diorang nye lagu. kebanyakan diorang ni maen rock and roll atau heavy metal tapi jenis slow tak macam Loudness dengan Iron Maiden. easy listening la senang cite. band2 cam Dokken, Blue Oyster Cult, Quiet Riot, April Wine, Twisted Sister, Deep Purple... memang sempoi r. tibe2 rase nak layan lagu lame2 lak skang ni. aku tangkap lentok lagu Dokken - Alone Again. haha leleh gile punye lagu stock jiwang karat punye. damn stoby! ape da jadi dengan ko ni???

Wednesday, October 6, 2010

rilek2..

rilek la brader...kalau awek lu orang laen usya tu maknenye awek lu tu cantik, attractive. maybe you should worry bout that but instead of that, ko bleh kerek la sebab ko ade awek cantik. but let me give you words of advice. instead of worrying more about what other guys do with your girl in front of you, why don't you peep a bit about what your girl do behind your back. you only got eye in front of your head, remember?

Monday, October 4, 2010

awek ko bukan awek aku

aku sangat bertolak ansur dengan perihal rakan-rakan aku dengan awek mereka. kalau awek die menyusahkan hidup aku, aku ok lagi. kalau diorang gado dan die moody dengan aku dan orang persekitaran, aku ok lagi. kalau die melebihkan awek die daripada rakan-rakan, aku ok lagi. kalau die kutuk aku depan awek die, pun aku ok lagi. adat la orang bercouple, bagi aku, mase ade awek ni la ko leh wat perangai macam ni dengan awek ko, dengan kawan-kawan ko. nanti akan datang, mane la tau, ko da takde awek, ko da tak dapat nak wat camni lagi. mase ni la, ko nak gadoh ke, nak moody ke, nak gi memancing ke dengan awek ko, tu ko punye pasal. macam aku cakap tadi, mase ko ade awek ni la ko leh wat macam tu. aku ok je sebab aku boleh la paham. TAPI kalau sebab awek ko, plan aku dengan ko tak jadi, atau dengan kate laen, awek ko la yang merosakkan rancangan aku, itu aku da tak cakap 'ok lagi', aku akan cakap 'ok, aku boleh hilang sabar'. sekian.

senarai

Well, I recently add these songs to my playlist 

The A.C.A.B – Now and Again
SYJ – Anak Liar
Takashi Sorimachi – Poison
XPDC – Semangat Perjuangan Harmoni
Search - Kejora

Thursday, September 30, 2010

GIRLFRIEND

girlfriend is not meant to be shared. she is yours and only be yours. you'll get your shit of luck if you're thinking of giving her to someone else. i'll show you one later on.
-i think i may have lost the power to love, but i'm quite sure that i have lost the power to be loved-

-thought of a dying atheist

Tuesday, September 28, 2010

So why should i care?
Why should i care to whatever they’ll say?
They’ve never cared anyway
So why should i care?
Why should i care?
I will do it my way
I’ll do it now & again & again…
To all my loyalty’s are unquestionable
I’ve dedicated all my life & soul

Practicucuk



found this pic from my facebook. rindu plak mase practical...haha damn!

Monday, September 27, 2010

YAMAHA EGO S

jangan anggap diri terlalu ego.jangan tutup diri dengan hipokrit.jangan berfikiran sempit.buka minda.terima kritikan.diri kita xsempurna.jadilah seorang yang rasional dan bertolak ansur.hormati orang sekeliling.ingat kita bukan hidup seorang didunia ni.

Sunday, September 26, 2010

J.E.L.A.K.

nowadays, muslim that even do not perform their daily prayer can tell you a lot more of the Islam than any other. they have such a knowledge that rather impressive and outrageous. but they seem doesn't apply it accordingly. what a pathetic and waste of imbecile that ever live. what is the purpose of you exposing your knowledge and high understanding of the Holy Quran but then you even do not seem to value and follow the guidance and order from it. and you even call it 'Koran' as the kafir out there pronounce it to be. maybe i'm not in this position to say this and forgive me for this post. but at least you should have a mind to think. and to speak from where you stand.

Friday, September 24, 2010

-kekasihku-

2 minggu cuti raye di rumah. aku sangat rindukan kekasih aku. ape la kabar die sane. takde orang jage die. takde orang tengok2kn die. risau aku dibuatnye. kadang2 sampai tak lelap tido bile memikirkannye. nak sangat balik awal nak jumpe die. nak peluk2, cium die. nak mandi same2. maen buih macam kitorang selalu buat tu. haih...rindunye kat die. tapi bile da balik kolej, bile da dapat jumpe die, aku wat tak endah je. jumpe pun macam nak tak nak. agaknye laki2 memang macam ni ke? bile takde depan mata angau-angaukan, bile da ade elak-elakkan. bese la aku ni, ingatkan da belikan die tudung baru, die leh hepy la. tapi aku selalu abaikan perasaan die. aku selalu fikir ape yang aku wat tu da memadai. pastu aku da boleh lepas tangan. ternyata aku silap di situ. maafkan aku sayang. aku janji besok akan aku bawa kau bersiar2. hanya kita berdua. tiada siapa mahupun syaitan antara kita. kerana cinta kita suci nan indah. ohhh YAMAHA 135LC ku....

Tuesday, September 14, 2010

Rokok….?

Mase lepak kat kedai Apple Burger, KK bawak skali member die budak Mozac dulu. Name Hanif jugak. Budak NAVY kat Kota Kinabalu. Die ni sumpah lawak, banyak cakap, pastu wat ayat bajet2 skemarama. Tapi die ni tak smoking walaupun die ni askar.
Aku tanye la die, ‘eh ko tak isap rokok ke?’
Die jawab, ‘tak, ape la ko dapat kalau ko isap rokok?’
Mak aih, die sekolahkan aku. Sentap mak mase tu. Aku selamber je la quote ayat Toche bagi kat aku dulu, ‘isap rokok ni seronok weh’. Die keep on ulang ayat tu tapi ade la tambah2 sket cam membazir duet la, kesihatan la ape la, bese la ayat2 lapok. Aku pun mati kutu la. Da benda tu memang betul. KK diam je dari tadi terus menyampuk, ‘ko cakap la ape pun, aku rase nak isap rokok, aku isap. Ko tak nak isap, ko punye pasal. Masing2 da besar.’ Make sense la jugak. Yela masing2 da besar panjang, da tau mane baek buruk. Bapak aku pun da tak heran aku nak isap rokok. Dulu kecik2 kene bantai beb tapi lame2 da tak makan saman die pun malas nak amek port da.
Pasal rokok ni, ntahla, aku pun tak tau nak cakap ape. Da lame jugak aku smoking. Memang membazir duet and takde pekdah ape pun. Ade la jugak kadang2 aku dengar orang cakap rokok ni release tension la, hilang stress la. Aku rase same je pun. Kalau aku tension ke ape takde pun berkurang kalau smoking ni. Mule2 dulu start sebab boring duk asrama sekolah, takde cabaran la kalau ikut peraturan je. Wat la salah sket ye tak? Ade jugak orang cakap isap rokok ni macho. Macho ke? Aku tak penah plak rase camtu. Kalau boleh aku taknak pun orang laen tau aku smoking. Aku da kapel dengan awek aku dulu berapa bulan baru terkantoi aku smoking. Kat U plak, da sem 5 ni pun ade kawan aku tak tau aku smoking. Tapi sebenarnye tengok muke pun orang da leh agak. Haha. Bukan nak ckp ape la, sebenarnye banyak jugak aku wat kawan daripada rokok ni. Daripada point nak pinjam lighter je trus bleh ngam. Haha. Lagipun smoker dengan smoker memang senang nak masuk and lepak. Tapi jangan tak tau, daripada rokok jugak boleh jadi musuh. Contohnye cam member kedekut rokok, asyik pau rokok kite je, pun bleh jadi gaduh jugak ye tak?
Sebenarnye aku pun takde alasan kenape aku smoking. Boring kot… tapi yang penting aku takkan smoking sampai mati la. Ade la gak plan nak berhenti. Bile da tak boring nanti kot...haha. Abih camno??

8 / 9 / 1 0

The first person wished me was at the 3 o’clock.
I woke up late for sleeping after suboh prayer, and missed my date with Diana Danielle.
Even my parents didn’t remember my birthday.
I’d got free air time for Maxis number but I have no one to call, only my friends Epul because he had the same birthday as me. What a gay.
I was planning to break the fast with family but my friend came to my home out of the blue and asked me to accompany him to go to the city.
For heaven sake, my brother asked me to go to bazaar to buy some juadah for buka puasa first. We rushed here and there to buy food and since it was my birthday, my mom asked me to buy KFC plak. Haih.
Then, we went on our track back, pick our other friend and went to Melaka Mall. We arrived late and just managed to have soft drink and cigarette for our meal for breaking fast.
Only had our real dinner at 10 pm after strolling around Malacca city looking for his baju melayu and he even didn’t buy anything at the end.
Met my friend’s family at Mydin, taking supper at Ayob Bistro, go home and 1.30 am.

Second success

Ya inilah kejayaan kedua aku di mana aku berjaya menggunting rambut adek perempuan aku! Di ulang, ADIK PEREMPUAN AKU! Bersyukurlah beliau kerana mempunyai abang yang berkaliber dan berwawasan serta mempunyai SPM Gred 2.

Tuesday, August 31, 2010

Pengaruh muzik

Seiring dengan tumbesaran aku, pengaruh muzik aku pun berubah atau aku boleh kate membesar jugak. dulu mase kecik2 layan lagu Raihan, Blues Geng dengan Ukay's. pastu da masuk sekolah menengah berkembang la sket, da pandai menilai lirik. mase form 1 layan lagu Linkin Park. mase tu memang tengah top gile. hari2 buka radio kua lagu depa. sampai hafal la satu album Hybrid Theory tu. mase tu rakan cintan aku pun kemaruk band tu jugak. pastu masuk form 2 aku da start layan Butterfingers plak. ni plak pengaruh daripada budak2 Mozac a.k.a abang aku, Montel dan rakan-rakan mereka. mase ni la start pegang gitar. da start menilai muzik plak. mase ni jugak band Disagree tengah meletop. same yang takde kaset Disagree mase tu memang orang Planet Nameck la, bukan orang Bumi. ha mase ni la jugak pengaruh muzik Grunge sangat meluas. kalau ikut orang g jamming mesti takde lagu laen. Nirvana, Butterfingers, Muck, Chaise Lounge, Battlegrounds je la depa maen. mase ni ikut2 je tak reti sangat nak jamm lagi. ade skali je aku jamm jadik vocal lagu Royal Jelly. sampai la aku form 4, pindah sekolah laen, layan lagu international sket. mase tu feveret lagu The Strokes, Bowling Four Soups, Sum 41, Dashboard Confessional, Weezer macam2 lagi la. tapi satu pun tak lekat. aku layan je la lagu2 tu tapi tak la obses pun. lepas SPM masuk asasi, jumpe geng laen plak, da layan lagu metal sket. tapi modern metal la cam Trivium, Bring Me the Horizon. mase ni pun tak lekat jugak band2 tu. just pengaruh rakan2 je. mase ni plak meletup band2 indie. lagu2 depa ni easy listening dan catchy. tapi aku terbawak2 plak prinsip underground aku di mana tidak mem'favour' mainstream tetapi DIY. so aku pun tak layan sangat. diorang hebat wat lagu tapi diorang commercial sangat, sume orang tau, sume orang layan. nak dapat stuff pun senang. so memang lari la dari DIY mereka. bile da masuk degree, aku layan heavy metal cam Loudness, Iron Maiden dengan band2 rock kapak. pastu bile aku lepak2 dengan kaki2 die, baru la aku observe prinsip muzik betul2. cara nak perjuangkan hidup dan maruah dengan muzik. dengan mengkaji lirik2 dan asal-usul sesuatu lagu tu, barula kite tau ape yang band tu nk tunjukkan. tak semestinye lagu cinta tu cite pasal romance je. ade mesej tersirat die. pastu barula aku discover yang band-band rock lame ni banyak ketengahkan isu-isu bangsa dan agama dalam lagu depa. ade jugak yang pasal cara hidup dan kerenah manusia. barula aku tau kenape band2 lame lagu depa orang layan sampai skang. walaupun kite tau muzik ni mengkhayalkan kite kadang2, tapi kalau kite pandai extract intipati die, die jadi salah satu panduan dan guru kite jugak. so kesimpulannye, bagi aku, xde diskriminasi dalam muzik, asalkan band tu ade motif and matlamat yang die nak sampaikan, wajarlah kite layan dan sokong diorang. dan yang penting kite layan lagu tu sebab kite yang nk layan, bukan sebab radio slalu buka lagu tu, bukan sebab ramai orang layan lagu tu.

Dying in your arms

I'm wearing thin, wearing out, becoming weak
She's my self-destructive, bleeding disease
The things that makes it hard to breathe
But if I shoved you far away
This addict just starved again, asphyxiated.
And now I see it's you that's tearing me, ensnaring me
This is me dying in your arms,
I cut you out, now set me free
Let god be free to see the things you blinded me.
And I shoved you far away.
Now I live the life I dreamed of you're dead to me.
You poisoned my life
So I take this knife
And I cut you out
Cut you out !!!

Monday, August 30, 2010

RAYALAH

raye dah dekat. and wat 1st time nye raye dalam hidop aku yg aku tak rase nak raye rumah some particular persons. rase nak melepak kat rumah je tunggu budak2 kecik datang raye. tapi tiap2 kali xsanggup nak tengok budak2 tu panjit bukit rumah aku tinggi, bajet dapat duet raye lebih la raye kat rumah besar (besar ke?) besar la jugak, tembok da 12 kaki. tapi duet raye mera daddy bagi seragok jugak. haha. kadang2 kalau beliau takde, aku men amek je dalam almari duet die bagi kat budak2 tu. sebelum tu tanye dulu, 'ade kakak x?' haha. kalau ade bagi lebih sket pastu suro kem salam. haha cam gampang. jiran kesayangan aku sure x datang lagi taun ni. sek anta adek die je datang jadik spy pastu suro aku yang datang rumah die. banyak cantik muke ko. taun ni x berape best la sebab mera brader x balik. takde la member aku nak pening2 raye ni. tapi aku plak yang akan g jakarta bulan 10 ni tengok die konvo. helmet tarix jabrix da menanti aku kat bandung tu. kak long punye due date dengar cite bulan 10. arghhh...baru nak merase raye jadi uncle taun ni. tapi yang harus diberi perhatian adalah aku terpakse mengendong beg seberat 3 tan berisi muatan kiriman orang kampung bile balik nanti dan sudah tentu tong cat dan tembok 12 kaki ala2 PLKN telah tersedia menanti aku kat rumah. teringat aku zaman sekolah dulu, konpem aku da standby nusantara hijau sekotak nak mengecat nanti. orang keje berat mane leh pose ye x? haha. tapi da besar dok le lagi wat lagu tu. InsyaAllah. papepun, selamat hari raya aidilfitri buat semua. oh lupe lak, taun ni kalau ade orang baling mercun kat aku lagi, memang aku terajang die nanti. watch out my fellow mates! peace :-)

Virus zel untuk abah

aku nak marah, kawan aku jugak. tapi ko punye pasal la external aku dah corrupt. abes sume khazanah2 aku hilang. mahunye aku tak hangin. gile la...mane nak dapat koleksi video klip wings, may, butterfingers, system of a down aku lagi....tu belum kire video2 rare aku kumpul. sume da hilang. haih naseb2...

Friday, August 27, 2010

hair styler

aku semakin hebat menggunting gambut. setelah beberapa eksperimen terhadap mangsa2 yang tidak bernaseb baek, aku telah menajami skill aku dalam arena ini. hasil aku yang terbaek setakat ini adalah adek Awie di mana aku berjaya mengguntingkan rambut beliau dengan style rempit kota bergaya tanpa cacat cela. nampaknya aku telah nampak ke mana arah tuju aku sekiranya tidak menjadi lawyer mahupun majistret. abih camano?? cenggitu la ek...camano laie yo x?

Monday, August 23, 2010

Gambo-Gamboan







performance mase malam senior junior. aku bubuh gambar yg ade muke aku je la. haha

Saturday, August 21, 2010

no problemo

setel satu masalah. haha. malas aku nak pikir dah. sumpah pasni jangan harap aku ade masalah dengan pompuan lagi. dulu mase sekolah sampai la ni budak2 dok cakap aku cam xde perasaan especially budak pompuan. ha ni skang baru aku nak jadik orang xde perasaan. aku xbagi chance da pasni.

Friday, August 20, 2010

ek eleh...zaman bile berawek-awek ni wey...da tak zaman la...haha

Wednesday, August 18, 2010

it is something that i was born into
and i just don't belong

Monday, August 9, 2010

MELAYU

aku ade terbace satu artikel kt blog ni pasal asal usul melayu. aku xtau la boleh caye ke x. tp klu bende tu betul, sumpah melayu ni memang gempak gile. artikel tu cite, melayu adalah bani jawi yang berasal dari keturunan Keturah, isteri ketiga Nabi Ibrahim. Keturah ade 6 orang anak yang di mana menjadi 6 bangsa besar di dunia ni. antaranya adalah Bani Jawi iaitu Melayu kite ni dan kaum parsi. pastu banyak da aku xpaham. ntah ape lagi pecahan kaum2 die sampai la melayu kite ni. ade lagi die sebut yang Tanah Melayu ni adalah The Promised Land yang dicari-cari The Lost Tribe dulu. The Lost Tribe ni plak adalah pecahan dari 12 tribe Yahudi dulu. 2 daripadanya la yg jadi zionis sekarang. yang laen berpecah ke seluruh dunia. sebab tu la Hitler dulu banyak kali hantar ekspedisi rahsia pergi ke tibet. sebab die nak cari the lost tribe tu la. the lost tribe tu sentiasa berhijrah mencari the promised land tu sampaila ke tanah melayu kite ni. artikel tu jugak cite yang imam mahadi sebenarnye akan datang dari kepulauan tanah melayu. diorang macam da cantum2 fact yang diorang dapat. dan memang dari dulu lagi barat nak jajah tanah melayu ni sebab die da tau bende ni. sebenarnye banyak sejarah yang kite belajar tu dipalsukan. antara fact yang trigger aku adalah, kan dulu melaka terkenal dengan kerajaan maritim, dan sudah tentu die ade angkatan armada laut yang kuat. dan memang kite tau dulu dalam buku teks pun ade tulis yang kite ade orang laut yang handal. so macam mane portugis boleh terus je serang darat melaka dulu? takkan armada laut melaka biarkan je? lagipun dalam buku teks cakap kite xde senjata api. tp ade bukti penemuan meriam kat kapal lama melaka dulu. lagipun melaka ada hubungan diplomatic yang kuat dengan china. xkan kite xbertukar kepakaran senjata api dengan diorang. siyes aku cakap, budak sekolah jangan la bace artikel ni. kalau tak memang korang xtau la nak jawab ape exam nanti. lagi satu, kitab2 dan bukti kehebatan melayu melaka dulu ape je yang tinggal? sume orang putih da lenyapkan. diorang tinggalkan sulalatus salatin je untuk kite. pasal The Promised Land tu, bukan ke Semenanjung Tanah Melayu ni ngam2 je terlepas dari lingkaran api pasifik? so xde gunung berapi, gempa bumi ke tsunami ke. ade pn tempias la sket2. tanaman pun subur xmacam kat tanah arab tu kering kontang. pastu cuaca sekata je sepanjang tahun. xde musim2. xke pelik? macam mane la tanah melayu ni molek je kedudukan die? aku malas la nk quote ayat kt artikel tu. xsanggup aku nak cari balik. panjang gile artikel tu. tp catatan dahulu kala pasal The Promised Land tu ade gak ckp, nk sampai kt Land tu kene lalu 'jalan yg sempit', xke Selat Melaka yang dimaksudkan?
sape2 la yang malang terbace blog aku ni cube la bace artikel tu. fikir2 kanlah... ni aku bg link ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU

Monday, August 2, 2010

menangis keluar

ni video yg kitorg perform malam senior junior tu. kali ni aku main vocal beb. mmg gile wa ckp lu. hahaha. ape yg bestnye mln tu adalah, lagu tu org xtau so salah maen pn orh xtau. hahaha. tp aku plek apsal diorg sorak2 gk. padahal bkn tau lagu pn. video

Monday, July 26, 2010

mcm sial

klu nk pilih kroni sendiri xpayah la wat selection.
penat je aku turun maen hujan2
sampai da nk demam.
last2 yg dpt bdk yg duk jadi penonton kt tepi.
haramjadah betul.
aku xkesa la klu aku xdpt msuk
klu yg dpt tu btul2 power,
ini harap gaye je lebih.
pakai wrist guard la hape la
spike melilau mane2 ntah.
pukimak haramjadah.
last2 yg msuk sume kroni2 ko.
mentang2 aku xgeng dgn ko.
raqib pn maen ok ape.
syafarin pn not bad.
tp sbb kitorg bkn kroni hangpa,
hangpa xpilih kitorg.
mmg cilakak la.
siap la korg,
klu kalah mmg aku gelakkan la.

Sunday, July 25, 2010

it's me, myself and i

sem ni pn roomate aku x duduk bilik.
ntah mane indon tu merempat.
so msuk 2 sem da aku duk sorg.
seronok la gk.
tp bile da slalu duk sorg,
kdg2 tibe2 ade org dtg lpk bilik aku,
rase cm rimas plak.
xde privacy da.
bkn la aku slalu wat bnd private,
tp cam best duk sorg.
klu ade org dtg lpk,
rase cm nk cpt je suro die blah.
lgpn depa ni dtg cam nk men gitar je ke,
pinjam external ke,
men game ke,
bkn nk melepak dgn aku sgt.
klu si pendek celake sebelah bilik tu plak dtg nk isap rokok je.
tp ade je la org dtg lpk.
aku pn peli.
pantang je aku xkunci pintu,
da mcm pintu bank asek buka tutup je ade org msuk.
tibe2 rase cam dihargai plak.
abih camno....(lagi)

talipon bimbit

henset da nk barai.
kadang2 vibrate kadang2 tak.
nk tuka sayang plak.
bkn xde duet tp mcm membazir.
lgpn henset tu hasil keje lepas asasi dlu.
bkn jatuh dr langit.
tu yang syg nk tuka.
ade sentimental value. haha
xpe la simpan la dlu.
lgpn skang mcm da xpakai henset sgt.
sket ari lg la kot.
abih camano....

Monday, July 19, 2010

Batu - Sweet Charity

Am Dm
Sudah menjadi resmi manusia
G C
Ingin hidup seribu tahun lagi
Dm
Seperti batu-batu
Am
Setulus putih hati
E Am
Melihat kurniaan Tuhan….


Am Dm
Lihat batu-batu diiringan jalan
G C
Telanjang disinari dan dibasahi hujan
Dm
Terbiar detik pagi
Am
Tangisan mengiringi
E Am
Lihat anak kecil hadiri
F G E
Sampai akhir nanti…..

(Korus)

Dm G C
Batu sayang kau tak boleh berkata
E
Semuanya kau lihat
Am A
Walau kau tak bermata
Dm G C
Terhiburlah dunia engkau dicipta……
E
Hingga akhir dunia….
Am G C E
Engkau kekal jua....

(Ulang korus)

Friday, April 23, 2010

c.u.t.e.


aku xminat beckham. tp aku minat ac milan. pastu aku rase pic ni sgt cute sbb beliau bwk anaknye di padang. sekian.

Saturday, April 17, 2010

lagu karat

video
mase practise nk dinner. ok2 aku tau suara aku best. jgn puji lebih2.

Pengangkatan

video
klip video yg aku wat untuk presentation family law II.

Thursday, April 8, 2010

black sabbath - paranoid

Finished with my woman
'Cause she couldn't help me with my mind
People think I'm insane
Because I am frowning all the time

All day long I think of things
But nothing seems to satisfy
Think I'll lose my mind
If I don't find something to pacify

Can you help me occupy my brain?
Oh yeah!

I need someone to show me
The things in life that I can't find
I can't see the things that make true happiness
I must be blind

Make a joke and I will sigh
And you will laugh and I will cry
Happiness I cannot feel
And love to me is so unreal

And so as you hear these words
Telling you now of my state
I tell you to enjoy life
I wish I could but it's too late

Monday, March 22, 2010

tinggal solat?

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa
menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih
besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah
Al-Qur'an,membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya,maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun
terdiri dari 360 hari,sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Sunday, March 21, 2010

no title

Ascertain things are left in vagueness
cause it ain't over till it's over
For reasons I have not disovered
I feel full of beans
Waylay outside unseen trouble
Where means are often passing phases
Even-handed young and happy
Wipe out all my sins
You know I cared
You know I've cared I'd care
I'll care
You know I'd care....
Forever
Send up all the one's before you
someday I will soon recover
Breed a star of broken idols
Imagine what it'll be
Slip inside a sheltered corner
Well think I'm fine and never healthy
Criticize my table-manner
I feel full of beans
Chain all my ankles to the sky
Sure I'll soon know before I leave
I promise you I'll give it up
Somehow
I'm going down...down..down..
How???