Wednesday, December 29, 2010

musabab?

kenapa aku tulis blog?

sebenarnya memang tiada sebab rasional mahupun kukuh. seperti header blog aku masa mula-mula aku buat blog 'blog ini hanyalah hasil repekan aku bila aku xde keje, so kalau nak cite banyak baek xyah bace'. tapi sekarang aku dah tukar sebab aku rasa ada entry aku yang macam pedas sikit ataupun discriminating so aku tukar macam yang ada sekarang.

honestly, aku tak tahu pun blog ni apa sebenarnya dahulu. ex aku dulu yang start buat so bila aku baca blog dia tiba-tiba rasa nak buat blog jugak. acah-acah sehati sejiwa la konon-kononnya.

sejak kebelakangan ini aku dah rajin blogwalking, baca blog-blog orang lain. ada blog lawak, ada blog islamic, macam-macam la. tapi kebanyakannya aku jumpa blog yang bercerita tentang diri masing-masing. ada yang jadikan blog mereka album foto, selalunya perempuan. dan sudah tentu confident level mereka tinggi dan menganggap diri mereka cantik. at least pada mata mereka sendiri.

ada juga blog yang macam...entah, aku tak tahu nak cakap. macam abstrak kot. tiada tujuan yang tetap. tidak bercerita tentang diri sendiri mahupun orang lain. pastu suka tulis entry-entry yang tidak jelas maksudnya. mungkin ditujukan kepada someone atau orang yang terlibat. banyak juga blog seperti ini.

bagi aku, aku buat blog ni lebih kepada macam diari aku sendiri. aku sebenarnya tak heran pun nak bagi orang baca blog aku. senang cerita, aku buat blog ni adalah untuk tatapan aku sendiri. tapi takde la aku private kan so siapa pun boleh baca. bukannya special atau secret mahupun bajet sangat nak private kan pun.

secara umum, tiada faedah sangat pun ber-blog-ging ni. hanya untuk isi masa lapang sahaja. mungkin bagus kalau blog-blog yang kita tulis atau baca mengandungi bahan ilmiah atau informasi yang menarik. kalau setakat entry pasal diri sendiri bajet bagus macam aku ni, memang takde faedah mahupun interest, apatah lagi riba. ada pula sampai bergaduh-gaduh dalam blog macam dalam ni. kalau camtu dah jadi tidak bagus. tidak kan?

kalau nak berblogging untuk kutuk-kutuk orang, ataupun mencari pergaduhan, memupuk kepada perpecahan kaum, lebih baik kumpul biji saga ataupun mendaki Gunung Datuk di Rembau.




meludah ke langit kena muka sendiri.

No comments:

Post a Comment