Friday, December 31, 2010

hijab dan fesyen

ok, aku bukan nak jadi islamic kat sini, just aku perhati benda ni dah lama menular di kalangan wanita Islam kita. suka aku nak cakap tiap-tiap kali aku nak buat ulasan macam ni, yang aku bukanlah orang yang baik-baik apatah lagi ulamak. hanya terlintas dalam kepala otak sahaja. ok aku nak sentuh sikit bab hijab, aurat dan fesyen.

dalam era millennium ni, fesyen juga berubah-ubah. semakin moden dan daring. baik barat mahupun islam. aku nak sentuh tentang fesyen islam yang memfokus kepada wanita. sekarang ni dah bermacam-macam fesyen hijab (hijab ke?) dicipta oleh entah mana-mana makhluk asing. apa yang bagusnya, banyak wanita islam yang dulunya free hair ke, sekarang da pakai tudung. macam-macam la bentuk tudungnya, bawal la, wardina la, yuna la, sardin la (ade ke?). tapi yang aku terfikir dalam kepala otak aku, diorang ni pakai tudung sebab nak tutup aurat ke, sebab fesyen?

YUNA
ye, nama ini sudah meniti di bibir gadis-gadis melayu kita. konon-kononnya idol la sebab jadi artis tapi dapat mengekalkan imej bertudung dan hijab. mana-mana aku pergi mesti perempuan dok heboh cakap pasal yuna la, hana tajima la. pastu ramai la yang ikut style idol wanita melayu terakhir ni.

first, tanya diri sendiri dulu, apakah makna hijab dan menutup aurat? adakah setakat menutup rambut, memakai baju lengan panjang dan berseluar panjang sudah dikira menutup aurat? ok, tolak tepi dulu pasal niat nak tutup aurat ni, sama ada ikut fesyen ataupun memenuhi tuntutan agama. sekarang kita fokus pada makna dan cara menutup aurat yang sebenar.

ok, aku ni ilmu agama tidak la setinggi mana. senang cerita memang tak tinggi langsung la. tapi setahu aku, menutup aurat bagi perempuan adalah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. ok, itu yang asas la kita semua tahu. tahu kan? tapi ada lagi syarat tambahan iaitu pakaian itu mestilah tidak menampakkan bentuk susuk tubuh. kalau bertudung tu pula mestilah sehingga menutupi bahagian dada.

HA, kat sinilah orang selalu kantoi. memang la pakai tudung, tapi pakai tudung ibu Arini yang pasang siap tu, sarung je kat kepala. tudung tu selalunya singkat dan tidak sampai ke bahagian dada pun. tapi ada juga yang labuh. bagusla kalau pakai yang labuh tu. satu lagi, pakai selendang ke shawl ke dan sewaktu dengannya. lilit kepala dah macam mumia. yang itu aku tak pasti dan tak berani nak cakap. tapi senang cite memang confirm tak tutup bahagian dada. so macam mana? ikut agama ke ikut fesyen?

ok, pindah kat dress plak. sepertimana yang aku cakap tadi, mestilah tidak menampakkan susuk tubuh. sekarang ni dah masuk era fesyen pakai legging macam orang nak masuk marathon. agak-agak pakai legging tu tak menampakkan susuk tubuh ke? melekat macam baju scuba diving. cuba tengokacam kat bawah ni:




agak-agak fesyen macam ni dibenarkan ke dalam islam? aku pun pelik entah macam mana oraang boleh label ini fesyen muslimah sekarang. kepala otak hangpa. tak belajar agama ke? bukan la nak suruh pakai jubah ke apa sepanjang masa tapi agak-agak la kalau da pakai sampai macam ni. Saiz batang kaki dari peha hingga ke buku lali semuanya boleh dilihat dengan jelas sekali. ini lah wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang). Tiada MALUkah?

YA, itulah fenomena yang Yuna korang puja-puja tu bawa kepada korang. memangla die tak pakai legging, tapi skinny jeans tak ke melekat ikut bentuk kaki jugak? aku tak salahkan dia sebab dia tak suruh pun korang ikut dia. tapi takkan ko nak salahkan kilang pisau bila orang membunuh pakai pisau?

Pilihlah pakaian yang longgar. Pakaian yang tidak melekat di badan. Pakaian yang labuh. Pakaian yang sekali kita lihat, kita tahu itu pakaian wanita Islam. Pakaian yang tidak jarang. Pakaian yang tidak menyerupai pakaian orang agama lain. Bezakanlah diri kita wanita Islam ini dari orang bukan Islam. kalau setakat pakai macam ni, pastu nak kerek kat perempuan lain yang kau tu konon-kononnya tutup aurat, siap nak sound orang lain lagi, apa kata betulkan diri sendiri dulu. kau tu tutup aurat ikut islam ke tak?

lagi satu, tolonglah, aku cukup meluat kadang-kadang tengok orang macam ni bila diorang sound or ajar orang lain sedangkan diorang pun belum tentu betul. tak perlu la nak post kat facebook ke youtube ke apa tentang cara nak pakai tudung la apa la. pastu taruk plak gambar-gambar ko dengan boyfriend ko sana-sini. apa kes?

satu lagi 'lagi satu', tolonglah jangan kaitkan pasal tutup aurat ni dengan akhlak. memang la orang akan anggap yang bertudung litup ni baik-baik orangnya. so bila ada kes perempuan macam ni kena tangkap basah ke apa, terus golongan yang tak tutup aurat ni jadikan point ni sebagai pendinding diorang. dengan kata-kata hikmah seperti "eleh, orang pakai tudung pun perangai tak senonoh, kene tangkap basah!" ok, senang cerita macam ni la, itu hal dia dengan Tuhan. maybe die pakai tudung, tapi akhlak dia tak bagus. so tak perlu nak jadikan kes macam ni sebagai advantage kepada korang nak counter bila orang nasihat suruh tutup aurat. bak kata Idy, yang aku quote dari blog raihan, Teringat Idy cakap pada seseorang setelah orang itu cakap " Kau ingat orang pakai tudung ni baik sangat ke?" Idy balas balik "Kurang-kurang pun dia tutup aurat, kau???"

maxim hari ini :- kubur memang lain-lain, tapi kalau boleh tak mau la banyak kubur berapi-api.

7 comments:

  1. lilit shawl cam mumia... hahaha terasa pulak..

    betol3 pakai tudung tapi pakai legging...

    (tegoran utk diri sndiri)

    thx

    ReplyDelete
  2. ha, thanx kat blog ko, aku da ingat pompuan tu.
    maria elena la
    bukan maen ajar orang pakai pakai tudung
    pastu duk tunjuk pic sana sini dgn pakwe

    ReplyDelete
  3. ohhh ye ker... x taw pulak hak tuh.. huhuhu. mungkn sb dy sblum nie free hair pastu dy x sedar dy dh pakai tudung

    ReplyDelete
  4. hmmm...ape pun good step la die da pakai tudung.
    cuma kene adjust sket la bnd2 camtu.
    biar berkadaran.

    ReplyDelete
  5. hey ho...sgt sokong...xske tgk pempuan btudung pakai legging...even yg pki tudung pown xske nak tgk...huhu~nyway,nice entry...peringatan utk diri sndri gak nih~

    ReplyDelete
  6. indeed, good entry! tapi asal ko cam emo je wehh.. hehe

    ReplyDelete