Yeah!!! Justin Bieber!!!
Ok, sumpah aku tak kenal sape die tuh. Yang aku tau die lah hero kegilaan gadis zaman sekarang. Siap ade tagline Bieber Fever la, Biebeliever la. Sejak die datang buat show kat Malaysia aritu, buka je Fesbuk merata-rata orang duk sembang pasal die. Konon nak pengsan la dapat jumpe die depan-depan. Over gile kau ni. Siap ade saudara-mara aku yang join aku sekali. Ok, truth to say, aku malu dengan hangpa. Yang aku tak boleh terima tu, ade pulak member aku yang laki pun join same. arghhhhhhh...kenape ini semua berlaku?? kenape???
Ok la, sebenarnya aku takde la heran sangat pasal Bieber tu. Kalau dah tak minat tu biaq pi la orang lain nak minat. Tapi aku bengang la sebab kenape ade orang boleh bawak die datang Malaysia, tapi taknak bawak artis lain macam Iron Maiden ke, Judas Priest ke, Ozzy Osbourne ke, Black Sabbath ke. Padahal band-band macam tu lagi banyak follower die. Follower yang betul-betul minat kat depa ni, yang ikut depa dari dulu lagi. Aku rase kalau depa sampai sini mahu penuh stadium tu. Haritu Iron Maiden datang Singapore, aku rase setengah dari orang yang datang tu orang Malaysia. Setakat Bieber tu ape sangat la. Aku boleh jamin 5 tahun lagi kalau die nak datang lagi dah takde sape nak tengok die sangat. Sementara muka tengah jambu boleh la. Aku dah survey komen-komen kat website ke, majalah macam ROTTW ke, rata-rata jawapannya same je. Takde organiser yang sanggup dan takut kerajaan Malaysia tak approve. Come on la, bukannya depa bawak imej tak senonoh pun. Aku rase fan Bieber yang datang pun mesti pakai belah sana sini, dedah sana sini, bajet seksi dengan harapan orang putih tu nak tengok kat hangpa. Lagilah tak patut. At least kalau fan depa ni datang pun sure kemas je pakai. Cuma gambar kat baju tu mungkin tak berapa cun dan tak boleh nak bawak sembahyang la. hehehe...tapi tutup aurat!
Tu la, sembang banyak pun tak guna. Kang lagi banyak aku merapu. Bukannya ade maknenya pun sembang kat sini. Kang tak pasal-pasal aku kene pukul dengan Babiliever. Calo beteh.
No comments:
Post a Comment