Friday, April 8, 2011

mak mertua vs menantu hantu

“kalau tahu masak, kemas rumah, tapi tak pakai tudung memang kene reject tanpa kata dua ke???
mak mertua lebih suke yang...
bertudung dan sopan ,tapi tak tahu masak, kalau masak pon tak reti kemas, tak reti buang sampah, tak reti nak menyapu, tak reti cuci toilet, tapi sembahyang 'full' , 'tak mengumpat',...
nak yang camni ke????”

Ni aku quote kat satu blog. Dan kat sini aku nak bagi pendapat aku sendiri.

Sepertimana yang aku komen kat situ, kalau tak pandai masak, kemas rumah, cuci toilet, senang nak blaja. kalau tak pakai tudung, susah nak suroh pakai. How far is that true?

Well, aku tak berniat nak offense sape2 kat sini. Tapi secara logik dan umum, orang yang tak pakai tudung memang susah nak suro die pakai. Macam biase la macam2 alasan die boleh bagi, tak ready la, tak nak hipokrit la, dan yang paling popular, ‘orang yang pakai tudung pun perangai belum tentu elok”. Huh, orang lain plak salah. Pucuk pangkal hati la, kalau tak nak pakai, macam2 alasan. Ape2 pun, thanx kepada the new wave of tudung, shawl and whatever-name-it-is yang ada kat pasaran skang ni yang dapat menarik hati ramai perempuan untuk bertudung walaupun kite tau die lebih kepada nak berfesyen. Tapi at least die pakai la jugak. Dosa sebab tak pakai tu da takde. Ok, tak nak panjang2 kat situ.

Berbalik kepada topik asal, bagi aku, sebagai bakal mak mertua tak boleh la nak judge awek anak die tu tak elok ke sebab tak pakai tudung. Macam ayat kat atas tu, maybe tudung je die tak pakai, tapi banyak benda lain die lagi bagus. Memang la basic agama, perempuan kene pakai tudung. Tapi kene consider macam2 gak lagi. Perangai die, akhlak die, background die etc. ni kalau pakai tudung tapi kuat mencarut, nak buat ape kan? Tak boleh la hanya sebab die tak pakai tudung, nak reject die mentah2.

Biasa lah sebagai mak, mesti nak yang terbaik untuk anak die. Kalau dah pakai tudung tu, at least nampak la macam secure lah jugak budak ni tang agama dan akhlak die. In other words, ini sume impression die je. Sebab die tau itu pilihan anak die. Die tau anak die dah matang, da sampai umur nak kawin, da tahu baik buruk, da pandai buat pilihan mane yang terbaik. So kalau itulah pilihan anak die, die dah tak point sangat kat part lain. Maknenya anak die tau dan masak la dengan ciri-ciri budak pompuan tu yang tak pandai masak ke, kemas rumah ke, cuci toilet ke. Dah itu yang anak die pilih, so let him bear with it. Tu yang selalunya die akan attack part lain seperti agama macam tudung pakai ke tak, semayang cukup ke tak. sebab tang situ lah part die nak judge budak tu elok ke tak. yang lain anak die tu da setelkan. So jangan berani la nak cuba sembang maxim die ‘orang yang pakai tudung pun perangai belum tentu elok” tu kat bakal mak mertua die, macam mane kalau bakal mak mertua die selamber je sambung ‘apatah lagi orang yang free hair’? ha, kau nak jawab apo?

So konklusinya, aku pun tak tau nak cakap camne. Hahaha. Sebagai laki, kalau kau betul nak kawin dengan pompuan tu, cuba la convince kan mak kau yang budak tu bagus dan terbaik untuk kau. At least you think she is. Tak kesa la die pakai tudung ke, tak pandai masak ke, tak pandai kemas rumah ke. Sebagai perempuan pulak, kalau kau da tau mak die jenis macam tu, kau tackle la die sampai tergolek. Eh, bukan. Kau tackle la hati die. Bagi lah pinggan mangkuk dari Belanda ke, belikan microwave baru ke ape ke. Ok, aku melalut. Lastly, dan yang paling penting, kalau kau betul2 sayang kat laki tu, dan nak kawin dengan die sangat, pakai je lah tudung. Ape lah susah sangat?

2 comments:

  1. betul tue.. aku pulak hubby beli selndang, aku tanya nk suruh pakai tudung ke? dia kata x la.. ikat kt leher skrg ni fesyen camtu. dia beli blaus besar, dia ckp ikat kt pinggang. dia beli seluar dh ngam dah dia kata bukan pakai cam tu lipat smpai betis. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. hurmm ntah la pandangan masing2..tp utk aku yg free hair ni..aku rse tertekan jugak la mcm smua org even mak mertua tu pandang selek sb tak bertudung..walhal dr segi lain aku dh try yg terbaik,,,msalah nye aku mmg blum rasa nk pakai,,takkan nk paksa2.aduii..

    ReplyDelete