Saturday, April 9, 2011

F*cking Trendy (part 2)

Sila baca entry sebelum ni dahulu sebelum membaca yang ini.

Lepas sekolah, masuk pulak paling pukimak dalam sejarah hidup aku, iaitu trend ‘kongsi gelap’. Haaa, yang ni lah paling menjadi kontroversi dan menjadi point utama aku tulis entry ni. Masa ni wujud dan popular lah trend ‘keluarga berangkai’ ini di mana setiap individu mempunyai ‘ayahanda’, ‘abang long’, ‘abang ngah’ dan macam-macam abang lagilah. Mereka ini dihormati dan disanjungi jauh melebihi ayah dan abang kandung sendiri. Masa ni, hilanglah punk, grunge, nazi, skinhead mereka. Semua dah start join keluarga berangkai ni. Boleh kata hampir semua kenalan aku join benda alah ni. Senang citer, malas nak imply lagi, pertubuhan yang bergaya seperti yakuza dan mafia hendaknya. Inilah yang paling aku benci skali dalam hidup aku. Dah la takde pendirian, daripada satu benda ke satu benda kau join, pastu kalau benda yang kau join tu ada faedah bagus la jugak. Malas aku nak berselindung kat sini. Terus terang aku cakap, benda2 ni memang tak ke mana malahan menjahanamkan lagi adalah. Rata-rata ahli dia sangat taksub dengan pertubuhan masing-masing. Meeting tak boleh miss. Apa-apahal mesti rujuk ayahanda, abang long, abang ngah dulu. Ha bila dah jadi mcam ni, benda lain semua diabaikan. Meh sini aku citer sedikit sebanyak pengalaman aku dengan puak-puak sebegini.

Pertama, aku pernah kena tinggal kat satu tempat tu sebab member aku yang bawak aku lepak tempat tu kena panggil dengan ayahanda dia. Terkulat-kulat aku kat situ tak tau macam mana nak balik. Nasib baik ada member aku kenal kat situ boleh mintak tolong hantar balik. Punyalah pukimak perangai dia boleh tinggalkan aku kat situ padahal dia yang bawak aku lepak situ. Sebab apa? Sebab nak jumpa AYAHANDA kesayangan dia tu.

Kedua, member-member aku dah tak nak lepak dengan aku lagi sebab aku bukan dari pertubuhan diorang tu. Berbulan tak jumpa sebab belajar kat tempat lain-lain, sesekali balik kampong diorang dah tak nak ajak lepak sekali. Jumpa kat kedai makan buat tak kenal je. Terus pergi kat meja ‘abang-abang’ diorang pastu salam cium tangan, cium pipi, lepak se-table dengan diorang sopan-sopan je dengar diorang sembang kencang kehebatan masing-masing. Aku yang kau kenal dari kecik, mengaji sama-sama, duduk table sebelah kau pun buat tak nampak je. Aku berani bet la bapak kau sendiri pun kau tak salam cium pipi dia pastu nak lepak sama duduk sopan-sopan camtu. Kepala butoh kau la. Ada member aku tu, bapak dia dah terlantar kat rumah kena stroke, berak pun pakai pampers, dia boleh tinggalkan bapak dia nak jumpa ‘bapak’ dia lagi sorang tu. memang ‘bapak’ kau tu yang bagi kau makan, besarkan kau dulu, sial.

Ketiga, member-member aku yang baik-baik dulu, bila dah start join benda ni, dah jadi tak tentu arah. Dah pandai pergi clubbing, minum, layan coke, ganja, dye rambut, pakai subang kat telinga. Bodoh giler lah budak ni. Kau pun dah sedar yang pertubuhan kau tu menjahanamkan kau lagi daripada melindungi kau. Tu belum kira yang berhenti belajar lagi pasal benda ni. Kalau betul ‘bapak’ dan ‘abang-abang’ kau tu pentingkan kau, diorang takkan bagi ko berhenti belajar punya. Dah jenuh aku berdebat dengan member-member aku pasal ni. Diorang kata boleh dapat perlindungan la, back up la kalau bergaduh, ada orang boleh rujuk kalau ada masalah la apa la. Kepala bana kau la, kalau kau nak perlindungan, kau amek la insurans. Kahkahkah. Lagipun kawan-kawan kau ramai boleh tolong kau. Mak bapak, abang-abang kandung kau hidup lagi nak back up kau, dan untuk kau rujuk kalau ada masalah. Back up kalau bergaduh? Lagi la point bangang. Sape suroh kau bergaduh? Kau tak cari pasal dengan orang, orang tak kan cari pasal dengan kau.

Ada pulak tu yang ajak aku join menatang ni. Sory sket yob, abang long kau tu kerja tebar roti canai je kat warung. Dia kaya pun sebab orang-orang bangang macam kau ni yang bayar duit kat dia bulan-bulan. Duit perlindungan konon. Hak tuih! Bukan nak kerek atau menghina dia, tapi aku tengah amek degree skang ni. Aku ada masa depan aku sendiri. Aku akan kerja lagi bagus dari ‘abang’ kau tu. Buat apa aku duduk bawah dia? Buat apa aku nak respect orang yang makan duit orang lain, ditakuti orang sebab banyak pengaruh macam ‘abang’ kau tu? Takde point sebenarnya kau join benda-benda tu. Setau aku, kaulah yang gila babi bergaduh dengan dengan budak skinhead dulu pasal ideology tak sama. Abes, mana prinsip yang kau sanjung macam nak mampus dulu tu? senang citer, ngaku je lah, kau memang takde prinsip, takde pendirian. IT IS JUST A FUCKING TREND. AND YOU ARE A TRENDY FUCKER. ADMIT IT, DIPSHIT.

Fuh, cukup la aku rasa untuk satu entry ni citer pasal ni je. SAMBUNG next entry pulak.

6 comments:

  1. baik jadi rakan masjid. Dilindungi Tuhan lagi tu. rite?

    ReplyDelete
  2. sangat betul tu syeikh. ana setuju.

    ReplyDelete
  3. Kawan kau yang bahlul ni mengingatkan zaman sekolah aku gak. Haihhh.. kecoh habis pasal nak masuk gang ni la, itu la. apa la hebatnya. and yeah, they do give the same alasan. bagi perlindungan la, back up la. eyh, butoh laaaaa.. u dont look for shit, u wont get fucked. end of story. ahaaa... kesian orang macam ni, nothing to stay true with. LOSER.

    ReplyDelete
  4. yup. total loser. they do not even look cool anyway.

    ReplyDelete
  5. Anyhow, keep writing about this trend thing. I find it funny. and I like it weh. haha. Cara kau sampaikan, amat nice. haha. cheers fellow blogger!

    ReplyDelete