Sorry entry trendy tu aku sambung lain kali. Takde mase la nak buat. Ni aku nak story sket pasal lain.
Alhamdulillah aku terpilih untuk wakil DPP main volleyball walaupun aku main carok gile. Tapi of course la aku jadik substitute je. Disebabkan hari-hari aku turun training, ada la jugak peningkatan sket. Timing tu aku dah boleh bajet sket-sket. Dulu memang kantoi abes. Betul lah aku rasa aritu, kalau tak nak training memang sampai bila nak power main. Harap-harap semester depan aku dapat main 1st team la.
Aku bangun tidor lambat. Itupun Boy yang kejutkan. Terus kalut-kalut siap pergi pusat sukan. 1st match lawan DPP TNB, kitorang kalah rubber set. Itupun sipi-sipi je kalah. Patutnya boleh menang tu. bukannya hebat sangat diorang. 2nd match sambung lepas semayang jumaat lawan DPP Tradewind. Kitorang menang straight set. Nasib baik la. tapi masalah sket sebab Tradewind tiba2 tarik diri taknak main dengan TNB. So TNB menang free. Kira pudar la harapan kitorang nak masuk semi sebab kalau Tradewind menang lawan TNB, cerah la peluang kitorang.
Pastu dah kul 4 lebih, kitorang lawan DPP Perwaja pulak. DPP ni sangat ditakuti sebab diorang ada spiker budak SUKMA dan ada sorang lagi tu hebat gak. Tapi ntah apa luck kitorang, kitorang menang 1st set dengan diorang. DPP lain semua kalah straight set dengan depa. Pastu masuk 2nd set, kitorang dah leading agak jauh, dah dapat tune baik nak menang, tup2 hujan pulak. So match takleh continue, kene sambung besok. Yang menjadi masalahnya, banyak player 1st team kitorang tak boleh main besok sebab ada apa hal ntah. So nak tak nak, maybe aku kene main la. dah la lawan Perwaja pulak tu! waaaaaa….
Aku harap kalau bukan rezeki kitorang nak menang dengan Perwaja besok dan masuk semi, tolonglah jangan salahkan aku. Aku manusia biasa, bisa melakukan kesilapan. Sekian.
No comments:
Post a Comment