Wednesday, May 4, 2011

Aku join program motivasi beb. Percaya tak?

Jumaat lepas aku join program motivasi kat Permatang Pauh, Pulau Pinang. Aku jadi fasilitator untuk budak sekolah rendah. Ok, kes aku join program ni agak havoc, aku pun tak tau apsal. Sha’a jumpa aku masa meeting sebelum tu punyalah terkejut beruk dia. Aku tau la aku ni takda rupa penyayang atau lemah lembut nak layan budak-budak tapi aku takda lah hati batu sangat.

Aku dapat partner dengan seorang junior aku, perempuan pulak tu. Awkward la jugak rasanya sebab aku tak kenal dia sebelum tu, jumpa pun tak pernah. Kitorang bertolak dalam pukul 9 dari U, singgah jap kat gurun makan-makan sikit, pastu sampai dalam pukul 11 lebih. Ok, bila sampai, terkejut gak aku tengok sekolah tu sempit sikit sebab betul-betul tepi jalan. Pastu ada kubur depan sekolah. Cis, sampai bila la sekolah yang aku duduk tak dikaitkan dengan kubur.

Mula-mula dapat group LDK, kitorang duk la buat taaruf, kenalkan diri masing-masing. Budak-budak ni semua aku tengok cam malu-malu je. Sumpah aku awkward giler ouh. Mieza(partner aku) ni pulak jenis diam je. Budak-budak tu pulak ada yang pemalu, ada yang hiperaktif, ada yang mysterious, kelakar, macam-macam la. Tapi lama-lama ok la. maybe diorang tak biasa lagi dengan kami. Owh, lupa nak cakap, program ni pasal pemantapan bahasa penjajah. So kitorang kena buat aktiviti-aktiviti yang berkenaan bahasa Inggeris.

Group number 7 a.k.a. Group Mercury (Group aku)


Yang aku tension sikit masa program ni, aku susah nak smoking. Nak hisap kene jalan jauh sikit keluar pagar sekolah. Yela aku ni orang luar, takkan aku nak buat kepala aku je hisap kat dalam kawasan sekolah. Pastu nak cover dengan budak-budak. Taknak la bagi bad impression kat diorang. Tapi yang paling best kat sini, malam-malam kitorang kuar makan char kueh tiow kat pekan. Sumpah terbaik. At least ada la gak tarikan kat sini.


penyayang kan aku? tolong ceduk lauk beb

Ha, ni part paling shit sekali. Masa malam muhasabah diri, aku ditugaskan untuk buat provokasi kat budak-budak ni. Bagi diorang takut. Tapi aku gagal la pulak sebab aku lupa nak tengking-tengking depa. Aku berleter je kat situ. Damn! Hahaha. Pastu Dekna ambil alih tugas aku dan bagi muhasabah diri. Huh, masa ni memang touching gila babi. Dia pasang video apa ntah sumpah sedih nak mampus. Aku yang jantan ni pun sebak je tengok. Mieza toksah sembang la, meleleh air mata dia. Budak-budak pulak sampai teresak-esak nangis. Pastu biasa la, mintak maaf sana-sini. Part yang paling boring.

Last day, kitorang main war game, main baling-baling air. Mula-mula budak-budak yang main. Pastu fasi pulak. Masa geng dengan budak-budak, awal-awal lagi dah kalah. Tapi masa geng dengan fasi, gua champion beb. Tapi malang la jugak, aku kene baling air kari oleh Abe kat baju. Masa fasi main da start pakai air campur kari semalam, masa budak-budak main air sirap je. Dah la busuk, berminyak pulak tu. Jenuh jugak la aku nak sental kari kat baju tu. Damn you Abe.

Pastu sebelum balik, kitorang singgah kat Jusco Perda. Masa ni la cam shit sikit sebab ‘something happened’. Hahahaha tapi tak leh citer kat sini. Bahaya!

Overall, ok la jugak program tu. baru aku tau aku ni takdela keras sangat. Ok je aku layan budak-budak. Tapi masalah sikit sebab bila balik sini, berterabur budak sekolah rendah add aku kat fesbuk. Menyesal aku bagi kat depa. Ala budak-budak, setakat nak meramaikan kawan dalam friendlist je. Ok la, tu je kot. Sekian.

3 comments:

  1. hahaha lawok.
    ape jadi weh kat perda tuh???

    ReplyDelete
  2. mieja: ah wtpe nk letak gamba ko. semak je. :P
    dayah: biarla rahsia. hehehe

    ReplyDelete