Monday, May 16, 2011

ini post selamat hari guru jugak lah kan?

Semalam hari guru. Semua orang dok post pasal hari guru. Aku takdelah heran sangat. Sebab mak bapak aku pun cikgu. Hari-hari aku menghadap cikgu kat rumah tu.

Apa yang best pasal cikgu ni? Ya, cikgulah orang yang menjadikan kita apa yang kita jadi hari ini. Semua ilmu yang kita ada adalah diberi oleh cikgu. Hendaklah diingatkan di sini bahawa cikgu bukanlah terhad kepada cikgu di sekolah sahaja, malahan siapa-siapa yang pernah member kita ilmu dianggap sebagai cikgu. Oleh itu, kalau anda pandai main skate, berterima kasihlah kepada cikgu anda yang mengajar anda itu meskipun beliau adalah kawan sebaya anda. Cikgu tidak dihadkan oleh umur. Walaupun budak kecil yang mengajar anda bermain origami boleh dianggap cikgu.

Apa yang diharapkan untuk seorang guru? Baca baik-baik, diharapkan untuk, bukan diharapkan daripada. Aku bercerita berdasarkan pengalaman aku sendiri. bagi aku, guru mestilah ikhlas dan berdedikasi. Yang part ikhlas tu susah sket nak dapat. Jujurlah, sebenarnya susah nak dapat seorang guru yang betul-betul ikhlas mengajar zaman sekarang. Semua duk mengeluh pasal gaji rendah, lambat naik pangkat, pelajar buat perangai, macam-macam la. Semua benda nak berkira. Nak fotostat nota sehelai bagi pelajar 30 orang pun nak collect 10 sen sorang. Bagi aku, nak jadi cikgu, seseorang tu mestilah bersedia mengabadikan diri untuk menjadi cikgu.

Macam complicated pulak kan ayat aku? Ok, aku bagi contoh, seorang cikgu tidak boleh menghadkan waktu nya bersama pelajar di dalam kelas dan office hour sahaja. Di mana sahaja seorang pelajar memerlukan bantuan, cikgu haruslah bersedia di situ. Ada satu kejadian yang sampai sekarang aku macam dah hilang respect kat seorang lecturer aku ni. Dia tengah duduk-duduk berehat nampak gayanya, datanglah seorang pelajarnya untuk bertanya soalan tentang pelajaran. Selamber kerek je die sound budak tu tak hormat dia, tak nampak dia tengah berehat. Come on la, luak sangat ke tenaga kau nak ajar dia sekejap? Kalau betul-betul penat pun, suruhlah budak tu datang lain kali. Tak perlu cakap camtu kat dia. Nampak macam dalam system sekarang, seorang guru menjadi guru hanya disebabkan gaji sahaja. Kekurangan elemen untuk mendidik anak bangsa sepenuh hati dan jiwa (ecewah) di situ. I mean, (permission to speak in English, your Honor) once you become a teacher, you should devote yourself to it. It is not a profession, but rather a vocation. So seorang guru kena berkorban masa dan tenaganya untuk menolong dan mendidik anak muridnya. Tak bolehlah nak letak dalam hati, “buat apa aku nak kesah pasal budak ni, gaji aku sampai office hour je”

Bagi aku, contoh seorang guru yang sempoi adalah macam Eikichi Onizuka dalam cerita Great Teacher Onizuka (GTO) tu. Siapa tak pernah tengok cerita ni tak tau lah aku nak cakap apa. Dia sanggup menggadai nyawa untuk memastikan anak murid dia datang sekolah untuk belajar. Dia sanggup pergi belasah orang yang kutuk anak murid dia. Sanggup habiskan gaji dia nak tolong anak murid dia. Tolak tepi lah perangai dia lain-lain yang tak betul tu, tapi memang susah la nak jumpa cikgu macam tu sekarang. Kalau real life, bagi aku, cikgu paling sempoi adalah cikgu yang ajar aku mengaji dulu. Dia ni bukan ajar aku mengaji je, dia ajar fardu ain, doa-doa, sembahyang mayat, moral, akhak, adab, macam-macam la. Dia ni memang garang nak mampus. Tengok muka dia masa dia marah pun rasa nak terkencing. Dia punya style memang sempoi. Contohnya, kalau dia ajar pasal doa Qunut, pastu dia bagi masa dalam seminggu untuk hafal. Cukup masa kalau tak hafal, ha hang siap la, memang tercampak la kau kene lempang dengan dia. Sempoi kan? Aku dulu sanggup ponteng mengaji sebab tak hafal tahhiyat akhir beb. Lagi satu yang sempoi pasal dia ni, dia tak ambil bayaran untuk upah dia mengajar. Bagilah macam mana cara pun, dia akan tolak jugak. Kat mana lagi nak jumpa cikgu macam ni beb??


Takashi Sorimachi sebagai Eikichi Onizuka

Lagi satu, jadi cikgu ni bukan nak kena ajar murid-murid subjek tu je, dia mestilah didik mereka semua dalam pelbagai aspek hidup macam akhlak, moral, agama dan lain-lain la. Macam cikgu mengaji aku tadi. Dia tu jaga kitorang anak murid dia ni serba-serbi. Kalau ada report kitorang kantoi buat apa-apa ke, mak bapak report kau melawan cakap diorang ke, ha siap sedia lah kau datang mengaji nanti. Ada sorang member aku ni kantoi curik barang, barang kecik je pun, pastu sampai report kat dia, teruk aku tengok dia kena belasah dengan cikgu aku tu. Boleh kata siapa yang baik-baik perangai kat kampong aku tu, mesti belajar mengaji dengan dia. Hahaha betul ni beb. Hasilnya, semua anak murid dia jadi orang la bila besar. Takde lagi lah yang aku dengar jadi penyangak. Kalau kat U aku ni pulak, aku ada jumpa seorang lecturer ni sempoi gak. Kalau budak datang lambat, dia denda la macam-macam. Ketuk kepala ke, ketuk ketampi ke, berdiri dalam kelas ke. Ramai budak tak suka dia, tapi bagi aku macam tu lah bagus. Kalau tak buat macam tu, sampai bila kau asyik nak datang lambat je? Bajet dah masuk U boleh la sukahati ko nak datang bila-bila?

Cikgu-cikgu macam ni lah yang kita perlukan zaman sekarang. Bukan cikgu yang fikir pasal gaji je. Kita perlukan cikgu yang ikhlas, part yang paling susah kita nak dapat. Aku dulu ada gak pasang cita-cita jadi cikgu sebab tengok mak bapak aku macam best je. Tapi bila fikirkan tanggungjawab dia, aku tak sanggup. Sebab jadi cikgu ni bukan kat sekolah je, tapi sepanjang masa. Tak caya cakap aku? Perasan tak, seorang cikgu, kat mana sahaja pun orang akan panggil dia cikgu jugak. Bukan anak murid dia je, mak bapak pun panggil dia cikgu jugak. Kan? Fikir-fikirkanlah.

2 comments:

  1. kat Malaysia ni dalam beribu-ribu orang cikgu, rasanya ada yang jenis Onizuka.

    ReplyDelete
  2. http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2011/05/selamat-hari-guru.html

    ReplyDelete