Friday, March 18, 2011

Maggie Choo (actress)

Sape tak suka makan megi? Senang nak masak, lazat dimakan, benteng terakhir untuk orang yang tengah pokai, untuk orang yang tak reti masak tapi malas nak pegi beli nasik dan pelbagai lagi.

Ya, megi memang memudaratkan. Semua orang tahu tu. Walaupun kat paket megi tu tulis berkhasiat la, protein tinggi la, kepala bana die. Aku sendiri tak tau la for sure ape side effect die, tapi aku aku ade member yang da gugur rambut die sebab kuat mentekedarah megi ni. Tapi ade cara-cara nak kurangkan risiko makan megi ni. Meh sini aku bagi tips.

1. Kalau boleh, jangan amalkan masak megi dengan kaedah 3 minit tu. Yang celup dalam air panas, pastu bubuh perencah tu. Kalau ade tools, rebus mee tu pakai dapur.

2. Kalau takde tools macam aku yang duk hostel ni, tibai je la cara die. Masak air pakai heater, pastu rendam macam ko tengok instruction kat paket megi tu la.

3. Pastu, ini yang paling penting. Buang air die yang ade lilin tu dulu. Jangan buang mee tu plak, kang ko nak makan ape? Then isi air panas lain untuk ko kacau dengan perencah die. Ha, pastu melantak la kau sampai lebam.

4. Jangan rendam megi dalam bekas plastik macam Tupperware sebab die boleh menghakis bahan kimia yang ade kat plastik tu. Ko celur tangan ko dalam air panas pun boleh tanggal kulit, inikan pulak plastik.

5. Kalau boleh jangan taruk semua perencah die. Bubuh takat mana yang ko rase dah sedap. Banyak bahan kimia tu beb.

Tu je la yang aku tau sikit-sikit. Kalau sape2 tau lebih lagi inform la aku.

2 comments:

  1. ingat nak cerita pasal org nma maggie..
    hahhahahhaha

    ReplyDelete
  2. maggie ada lilin eh? I didnt know that. haha.

    ReplyDelete