Thursday, March 17, 2011

Wayang Gambar Lagi

Tak abes lagi aku nak cerita pasal movie. Hahaha. Kali ni aku nak sembang pasal movie melayu dengan movie omputih, mane yang aku prefer.

Kalau movie melayu, terus terang aku cakap, aku lagi suke tengok wayang. Bukanlah aku ni patriotik la konon, nak support filem melayu. Tapi ade sebab-sebabnya. Aku ni jenis yang detail sikit. Kalau boleh aku nak tau setiap babak tu ape yang diorang cuba sampaikan. Kalau movie melayu ni, aku senang nak paham jalan cerita atau dialog die. Tengok sekali imbas pun da paham. Kadang-kadang dah boleh bajet endingnya macam mane. So kalau tengok kat cinema tu boleh rilek2 la tengok. Tak perlukan fokus dan konsentrasi yang tinggi. Nak tengok wayang kene rilek dan enjoy kan?

Kalau movie omputih lak, aku lagi prefer tengok kat laptop, atau sesetengah makhluk gedik panggil die ‘lappy’. Kalau nak tengok movie omputih lak, aku kene make sure yang aku ade subtitle die yang ikut skrip die 100%. Sebab cerita omputih ni, die pakai bahasa penjajah, iaitu bahasa yang aku tak familiar, atau tak digunakan aku selalu. So aku susah nak paham kalau takde subtitle. Boleh je paham sebenarnye tapi kene fokus la, tu yang aku malas. Pastu plak kalau setakat tengok gitu je kadang-kadang ade part yang kita tak boleh nak tangkap ape yang die cuba sampaikan sebenarnye. Kadang-kadang die pakai idiom ke, atau buat lawak yang omputih je yang paham, so kene ade subtitle, pastu kene ulang balik part tu 2,3 kali barulah clear sikit ape yang die cuba perbodohkan aku. Kalau tengok kat wayang, kau boleh ke rewind balik? Ade ke subtitle omputih gak? Subtitle melayu dengan cina je ade dan tu pun die tak translate sebijik-sebijik, hanya general je ape yang die cakap.

Lagi satu, aku suke ambil ayat-ayat dalam citer omputih ni yang smart2. Macam dialog die yang meaningful, idiom ke, quotation ke. Pastu aku save dalam notepad. Tu la gunanye tengok kat laptop. Boleh pause kejap, salin ayat die, pastu sambung balik. Kat wayang ko nak suroh die pause kejap? Kang die backhand ko kang naya je. Ye la, hari-hari belajar omputih pun, mane ade belajar ayat-ayat camtu, asyik belajar fact je boring jugak mak. Nak tau bila aku apply? Aku bubuh la kat status facebook aku bila ayat tu berkenaan dengan aku mase tu. Contohnye bila aku tengah koyak, aku bubuh la ayat koyak. Bila aku kene tikam belakang atau aku yang tikam belakang kawan, aku bagi la ayat2 friendship gitu. Bila tengah layan blues, aku bagi la ayat2 jiwang. Boleh kata hampir sume status aku kat facebook tu amek kat movie dan lirik lagu. Sampai ade orang ‘pm’ aku tanye mane aku dapat idea bubuh ayat2 camtu. Hahaha kantoi… tapi sorry sikit aku nak cakap, aku tak cilok kat website quotation movie ke ape ke. Aku salin sendiri daripada movie yang aku tengok. dah tu je, aku kene ‘terpaksa rela’ study sebab ade interview ape jadah ntah. Sekian.

2 comments: