Thursday, January 27, 2011

realiti pelajar undang-undang (part 2)

ok sekarang aku nak cerita realiti pelajar undang-undang dari perspektif aku sendiri.

bila orang tau kita amek law, sure ramai yang macam "wooo...amek law siot..." hahaha. mula-mula aku berdaftar sebagai pelajar undang-undang ni, ramai yang tak percaya terutamanya budak-budak sekolah aku. ramai yang cakap "gile ko stoby amek law, peraturan sekolah pun ko tak nak ikut." hahaha. memang tak dinafikan aku mase sekolah dulu agak kurang berdisiplin. naik form 4 aku 'dipindahkan' ke sekolah lain sebab 'gagal mematuhi peraturan sekolah dengan konsisten'. nasib baik la aku dapat sekolah lain. ade la jugak alasan bila orang tanya aku kenapa pindah sekolah. hehehe.

berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya amek law ni takde la gempak mane. banyak orang fikir amek law ni susah sebab banyak kene menghafal, kene pandai bercakap, kene terrer omputih la ape la. bagi aku takde la susah macam yang digembar-gemburkan. sebenarnya semua kos same je. kalau malas belajar memang la susah jadinya. kalau kat U aku ni, ramai yang cakap budak law kerek, berlagak. kalau yang perempuan tu pulak bajet hot. ha, yang ni aku tak dapat nak jelaskan. tapi tu aku tak nafikan la. ada la certain yang macam tu tapi bukan semua. yang aku tak tahan tu, ade member aku ni dulu masa 1st sem duk bawak buku law tebal-tebal kehulu-kehilir. nak naik bas g kelas jinjing kat tangan tak nak taruk dalam beg, nak tunjuk kat awek-awek dalam bas tu yang ko tu budak law. hahaha gila jijik perangai.

belajar law ni tak susah mane. yang jadi susahnya bila nak exam la. kena hafal macam-macam. akta la, kes la. kadang-kadang kepala rasa nak meletup, rasa cam berat sangat sebab macam-macam ko dah sumbat dalam tu. ha, masa tu lah ko amalkan semua pantang-larang supaya tidak mudah lupa seperti tidak mengadakan acara gusti lima jari lawan satu, tidak melihat benda yang tidak sepatutnya (mase ni external hard disk memang kena seal habis-habisan), tidak mencarut apabila tidak perlu (selama ni kalau mencarut tu perlu ke?), tidak mengumpat guru-guru (lecturer la kan) dan lain-lain lagi. masa ni jugaklah tiba-tiba ko jadi baik semacam contohnya seperti mengaji lepas sembahyang, sembahyang berjemaah di surau, rajin menghubungi ibu-bapa (selama ni call nak mintak duit je) etc. kononnya, bak kata member aku, nak rasuah Allah la (cam gampang ayat). nak exam law ni tak boleh study awal-awal sebab nanti takut lupa. sama ada ko memang pelupa, ataupun ko terlanggar pantang larang tadi. so 'terpaksa' kena study last minit. nampak macam poyo dan bagi alasan bongok, tapi itulah hakikatnya. itu aku la, budak law lain aku tak tau.

belajar law ni macam.....belajar law lah, ape lagi?? ko kene belajar pasal sesatu undang-undang tu. ape peruntukan dia, ape historical background dia, macam mana nak aplikasikan dia, apa kes-kes yang berkaitan dengan dia. contohnya belajar pasal undang-undang tanah. peruntukan dia Kanun Tanah Negara. pastu ko belajar la apa yang ko boleh buat dengan tanah ko tu. nak sewa kan ke, nak pajak ke, nak jual ke, ade la prosedur dia. camtu la lebih kurang (aku cukup tak minat nak cerita part ni).

belajar law ni agak seronok sebab kita dapat tau benda lain sekeliling kita, yang kita jumpa hari-hari, yang orang lain tak tau atau kurang amek tauhu. mungkin diorang amek taugeh. macam-macam contoh aku boleh list seperti: apa hak kita sebagai tuan tanah, penyewa rumah, macam mana nak buat loan nak beli kereta, MLM tu sah ke tidak, macam mana nak buka syarikat, hak-hak isteri selepas bercerai dan macam-macam lagi la. gila tak kan aku nak list semua pulak. semua benda-benda ni common, hari-hari kita jumpa, tapi aku sure tak ramai orang yang tau dengan detail kecuali orang yang belajar undang-undang (maaf terdapat nada riak di situ). oleh itu, jikalau anda pelajar undang-undang, tidak dinafikan akan ada banyak rakan-rakan akan bertanya kepada anda soalan seperti "wei buat macam ni boleh tak?" "wei kalau kene macam ni nak buat ape ha?" "wei kalau kantoi ni berape lame aku kene duduk dalam?" yang aku tak boleh blah tu, ade member aku call aku tanya kalau kad bank kene telan nak buat ape?? hahahaha.

so senang cerita, budak law mempunyai lebih sedikit pengetahuan tentang benda-benda yang common di sekeliling kita. bukanlah niat aku nak compare dengan budak lain, tapi adakah kita akan menghadap jentera berat hari-hari seperti engineer? adakah kita akan menghadap buku akaun hari-hari seperti akauntan? adakah kita akan sakit hari-hari untuk berjumpa doktor?? so itulah sedikit sebanyak realiti die sebagai seorang pelajar undang-undang. rasa macam dah lari tajuk je aku ni. lantak kau lah.

nanti lepas ni aku nak cerita pasal undang-undang dan kerjaya dan apa pilihan aku.

26 comments:

  1. "acara gusti lima jari lawan satu". ayat ni sedap dow.hahaha.. cam sial ko bubuh. tapi betul la. xde belajar yang susah.
    nice bro entry ko.
    kalau rajin letak gambo cket.
    baru hidup cerita ko.hehehe..

    ReplyDelete
  2. weyh , aku bru pas spm , ade 3 pilihan kat kple otak aku .
    mass.com
    tourism
    and
    law

    dalam 3 bende ni majoriti org pilih law, aku tkde mmbe2 blaja llaw, so nk tnye kau best ke ? senang ke ? aku takot lpas blaja law ni berhenti stgh jalan ... tolong reply

    ReplyDelete
  3. dari 3 yg ko cadangkan tu
    aku suggest ko amek law la.
    prospek kerja tinggi.
    seronok la jugak.
    ko byk tau bende yg common tp org lain xtau.

    ReplyDelete
  4. Assalam..
    Thanks for ur entry. Masyuk kot sbb aku pun tak minat nk follow rules skolah (pengawas skola yg COOLio dulu2)
    Btw, nk djadikan pertanyaan, org yg macam kita2 ni kan, nakal, cikgu2 dok merhati kat skolah, tak dgr ckp, bla3.. Kira cam boleh survive ah ngn kos ni?
    Pointer 3.5 sng dapat x? Means ramai x yg dpt each sem ke, each year ke...? Sbb nk tahu thp susah mana kos ni. Ak minat gak nk pursue law degree. Tapi tak sure sama ada nk amk melalui asasi or matriks. So apa pandangan bro?
    #tgh tunggu result matriks and asasi skg..

    Plis reply. Thank u :)

    ReplyDelete
  5. boleh......
    bukan susah pn kos ni
    orang ckp susa tu gembar gembur je
    just busy sket mase nak exam je
    amek melalui asasi la senang sket.
    sory lambat reply

    ReplyDelete
  6. Abg, saya nk tnye. saya dpt asasi undg2 dkt uia. tp jauh menyimpang dr minat saya. saya nak sgt jd businesswoman. first choice saya nk amek economics and science management dkt uia tp tk dpt. skrg saya tktau sama ada patut terima asasi law ni atau tk. saya ada jugak fikir mungkin nnt minat tu timbul sndiri tp saya tk pasti. boleh bg pandangan? terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. hmmm...amek law bg aku, susah nak pupuk minat. kalau minat betul baru boleh amek. sebab dia cam bosan sket nak belajar. ko akan jumpe words je, da x jumpe nombor dah. dah xde kira2. kalau bace buku law, gambar pun xde. so memang dull sket la. tp try je la. mane tau ko boleh pupuk minat tu ke. lagipun daripada law pun boleh buat bisness. in fact, kalau ko ade knowledge dalam law sangat banyak membantu dlm business. kalau setakat nak jadi businesswoman, tak semestinya kene amek economy, business or management. ape2 pun boleh sebab tak perlu kene ade kelulusan dalam bidang2 tu nak buat business. pengalaman dan knowledge tu lagi penting. goodluck ! :)

    ReplyDelete
  8. ohhhkayy. saya dh confirm amek law. so harap2 minat tu timbul la nnti. thank u very very much :)

    ReplyDelete
  9. hehehe senior aku le ko ni.. aku pon bdk law UUM tapi baru sem3. memang taraf medic je kos ni d mata masyarakat... hahahaha kat uum??? bdk law saham tinggi ooo.. kena mengorat sedia... laki ke pompuan ke sama je.. tersipu2 malu le i.. kehkehkeh sebut je bdk law! org KAGUM.. mana taknye.. english mesti dah power kemudian kepala giler la kena hafal buku tebal2 tahap kek kahwin betingkat2.. tapi kos ni seronok.. hehehe

    ReplyDelete
  10. betol2! buku teks and buku rujukan law merupakan buku yang paling boring di dunia. hanya ada huruf & no. je. & jadi budak law gak asyik kena cop macam2 je.. penat weh penat~ btw, nice info. :)

    ReplyDelete
  11. saye lepasan spm.. terdetik nak amik law,,tpi bimbang pulak,bila ingat kan english tak power..kalau stakat speaking bole ar tpi time writing,mmg hancur ar grammar...boleh ke bro nak apply law kalau english camni..?

    ReplyDelete
  12. tau x mana2 u yg ambik kos law tp pjj

    ReplyDelete
  13. klau nak masuk law uum brp pointer slalu nya..saya student stpm..teringin nak ambil law

    ReplyDelete
  14. Betol org ke org ckp amek law nnt dlm kls kena berdebat la ap lah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong jwbkan..sesi law ni memg sah sah melibatkan awak jd lawyer dik.. bidg undang undg tkkan lari dri perdebatan dan perhujahan..menggulung hujah .mendakwa dan memeprtahankan..itu biasa..dh nama pun law..hihi..cmne nak masuk chamber klau tkleh berdebat? huhu..nt masa real kerja..awak akan hadap byk lg perdebatan dn persaingan yg maha dashat..hihi..tp jgnla takut..jus relax..law ni sronok..awak hafal je kes tu..hehe

      Delete
  15. Blog nih wujud tak lagi eh ?
    Senang cite ,
    Aku budak 1st year engineering .
    Aku tak minat pon nak jadi engineer2 nih sebab bagi aku budak2 engineering nih budak pandai2 je .
    Budak2 yang layan physics .
    Tapi alang2 dah dapat , aku pergi je lah even parents aku memang macam 60% tak setuju .
    Grrrr .
    Okayyy pendek kan certa ,
    Result baru2 nih , hampehhh
    Hahagahahaha
    2 subject engineering aku failed aka kena repeat .
    Apakah sudah yeee begini .
    Soalan :
    Aku ingat nak tuka u , nak amik law .
    Dekat MMU .
    Parents aku setuju sangat2 lahhh sebab dari dulu aku nak amik law .
    Patut ke bro ?
    Kau rasa berbaloi ke duit parents aku?
    Citttt aku kauuu
    Thank uuuu bro

    -nwayyyimagirlkbai-

    ReplyDelete
  16. Hi . aku skrg asasi law kptm . ingt nk smbung law kt uum je . kwn aku ckp senior dia pointer 3.2 and muet band 3 je buat law uum . betul ke mcm tu ?

    ReplyDelete
  17. Salam, sekiranya saya dapat STPM 3.8 pointer dan Muet band 3 adakah saya layak mendapat law di uum atau ukm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong jwb..biasa lepas je..tggi tu dkt 4 flat tu

      Delete
  18. pd adik2 yg ambik law .tahniah ..sbb bidg ni bgus jer..bole msuk keje mana mana pun...law ni dlm industry oil gas pun nak pakai..sbb nak wat kontrak semua kan.....btw..akak cuma nak share ..klau ade adik2 nak msuk farmasi dkt widad uni bole pm sis bg info.. satu lg..sis jaga program utk PAKK pendidikan under upsi dn regent college..anythg nak tye or nak mohon bole direct 011-16930576..wsp ler

    ReplyDelete
  19. Nk tnye,saya bdk lepasan stpm,brminat dngn law,bleh ke saya ambk law,sedangkan omputih saya msa spm dpt B+ je,muet b4,mcm mna?

    ReplyDelete