Thursday, January 6, 2011

insurans vs takaful

semester 5 yang lepas aku ada ambil subjek Islamic Banking Law di mana aku belajar tentang sistem perbankan Islam. memang bagus sistem perbankan Islam ini di mana ianya memfokus kepada prinsip tidak mengamalkan riba. aku juga belajar tentang takaful iaitu sistem insurans islam.

dalam sistem takaful, duit yang kita bayar itu akan dijadikan dana untuk membantu orang lain apabila berlaku kemalangan. sekiranya sepanjang tempoh insurans itu pemegang insurans tidak mengalami kemalangan, duit itu akan terkumpul menjadi dana untuk membantu pihak lain, bukan masuk ke dalam poket syarikat insurans seperti sistem insurans konvensional. so, memang baguslah sistem takaful Islam ini di mana kita mengamalkan konsep saling membantu antara satu sama lain. bukan untuk priority memberi keuntungan kepada syarikat insurans.

ok, sekarang aku nak relate sesuatu yang berlaku semalam. roadtax motosikal aku telah mati. so aku bercadang hendak menggunakan insurans takaful pula menggantikan insurans konvensional yang aku pakai sebelum ini, dengan niat ingin menyokong sistem kewangan Islam ini la. buat apa nak kayakan orang kafir ye tak?

so nak jadikan cerita aku pun pergi la ke satu syarikat ni, Takaful Malaysia. aku cakap kat kerani tu aku nak buat insurans motor. akak tu pulak cakap tahun 2011 ni start syarikat tu da tak insuranskan motosikal lagi. sebelum ni boleh. dia cadangkan aku pergi syarikat takaful lain iaitu Takaful Ikhlas. lepas aku dapat direction, aku pun bergerak mencari syarikat tersebut.

sesampainya aku di sana, aku terus cakap kat akak kerani tu nak buat insurans motor. then dia cakap boleh. aku pun dah suka hati mengambil tempat duduk sambil menghulurkan geran motosikal aku. setelah diteliti, akak tu pun cakap,

"dik, kitorang memang insuranskan motor tapi LC kitorang tak amek sebab banyak kene curik"

dalam hati aku terus bermonolog, "what the fuck??"

aku point akak tu balik, "ape ni kak, mane boleh macam ni? takkan berniaga nak untung je??"

pastu macam-macam la aku point akak tu. aku sekolahkan dia.

yela, takkan syarikat insurans nak insuranskan benda yang selamat je? apa jadah buka syarikat insurans kalau tak nak ambil risiko rugi? aku bagi contoh, kalau la si polan ni nak ambil insurans nyawa. tapi disebabkan si polan ini menceburi sukan permotoran di mana pekerjaan beliau memang berisiko tinggi untuk kehilangan nyawa, syarikat insurans tu tak nak insuranskan beliau. boleh ke macam tu?? apa point ko buka syarikat insurans macam tu??

satu lagi contoh, satu lagi si polan nak ambil insurans kesihatan. tapi setelah diketahui yang si polan ini mempunyai background genetik yang ada penyakit macam diabetes ke apa ke, senang cerita si polan ni memang ada potensi tinggi untuk menghidap penyakit-penyakit tertentu disebabkan genetik keturunannya, dan oleh sebab itu, syarikat tu tak nak insuranskan kesihatannya. ada ke patut?? tak perlu la ko buka syarikat insurans kalau ko nak insuranskan orang yang selamat je.

memang la sistem takaful Islam ni bagus. duit tu pun kalau dilaburkan semestinya kat tempat-tempat yang halal. macam-macam la kebaikan dia berbanding dengan insurans konvensional. tapi tak payah la ko buka syarikat takaful kalau ko nak fikir untung je. sama sahaja kalau ko buka syarikat insurans konvensional pun. tak payah guna perkataan TAKAFUL tu sebab ko memalukan Islam. nasib baik kena kat aku yang Islam ni. at least aku takde la nak condemn sistem takaful ni. aku tau sistem ni bagus cuma syarikat tu je yang tak amalkan sepenuhnya. tapi cuba fikir kalau orang bukan Islam yang kena cam aku? confirm dia akan kutuk sistem takaful ni betul tak?

ikutkan hati nak je aku post kat surat khabar tapi nanti nampak macam aku condemn sistem takaful tu pulak. aku support sistem ni tapi bila kena macam ni...ntahla..

last-last aku berbalik semula ke insurans konvensional semalam. haih........

8 comments:

  1. dah tu macamana.dah lama dah aku tahu realiti mende nih.
    memang itu la kenyataannya.
    mula2 beria la nak amek insurans yg dengar cam ade bunyik islam. tapi sebenarnye sama je wei..
    bila pikir2 wat saket ati jer

    ReplyDelete
  2. memang pucuk pangkal die same je tp wat malu je pakai name takaful...ceh...

    ReplyDelete
  3. haha...mcm tu pwn ade?
    **baru taw...hehe :)

    ReplyDelete
  4. hahaha..tuh la..jgn pkai LC..pkaiii ex-5 sudeeeeee!
    hahahahahahahahahahahahaha

    p/s:insurans mulut dy ade jual x?haha

    ReplyDelete
  5. haha cam gampang...klu ex5 xde la aku dpt sampai uum...da terbarai kt tgh highway da~

    insurans mulut die jual kt ko sorang je.hahaha

    ReplyDelete
  6. hurm..nmpk sgt kerani kat syarikat takaful tue kurang bijak berkomunikasi dgn customer...
    ~smua bisnes nak pkir untung jer...haishh..~

    ReplyDelete
  7. aku pun sokong takaful.

    tapi, tak patut ko sekolahkan akak tu. sebab bukan dia yang buat polisi tu. dia keje makan gaji dan ikut arahan je.

    yang patut disekolahkan ialah siapa yang buat polisi tu. mesti orang atasan kan.

    orang atasan ni kena main cuit2 dengan akhbar dan persatuan yang berkenaan, baru boleh pergi..

    ReplyDelete