Thursday, January 27, 2011

realiti pelajar undang-undang (part 1)

aku rase terpanggil lak nak tulis entry cam balak tu...hahaha. aku tak pandai sangat tulis benda-benda macam ni. so macam ni lah cerita dia lebih kurang...

ok, aku pelajar tahun tiga semester 6 Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian Universiti Utara Malaysia. sebagai muqaddimah, aku nak mention yang kos ni kat U aku baru lagi, so memang tak top la. even ada yang tak tau UUM ade law school. kalau nak dibandingkan dengan U lain yang dah top law school diorang cam UIA atau UM memang agak ketinggalan la.

first, aku nak story kenapa aku amek law. aku pun tak berapa pasti sebab banyak musababnya aku terjerumus ke kancah undang-undang ni. mula-mula mase aku kecik dulu aku pernah eksiden kene langgar kereta masa melintas jalan. so aku sebagai innocent pedestrian, dapatlah pampasan yang agak banyak. dalam nak deal dengan tuntutan pampasan tu, bapak aku ade la hire sorang lawyer ni. kerja dia tak susah sebab orang yang langgar aku tu setuju nak bayar. just kene settle sedikit urusan negotiation, tak masuk court pun. tapi kitorang kene bayar lawyer tu sampai RM3K. wow....bombastik sungguh. kerja dia sign sana-sini, buat surat gitu-gini je. itu baru aku sorang, kalau dalam sebulan tu ada 5 orang? cukup la die nak angkat 2 bijik RXZ cash tul tak? masa tu lah, dalam otak aku yang masih budak-budak tu la, aku dah pasang niat dalam hati aku nak jadi lawyer. senang buat duit wooo...tapi masa tu tak tau lagi undang-undang tu menatang ape, so boleh la gintang fikir nak jadi lawyer. ingatkan senang.

sebab kedua, ok aku bukan nak kerek kat sini, aku ade dua orang adik beradik aku yang amek medic. in fact, kakak aku dah jadi doktor pun kat hospital selayang. itupun belum campur adik aku lagi sorang yang nampak ada potensi nak amek medic gak. memang jadi doktor ni senang jugak buat duit. check itu ini, tengok lidah, suluh tekak, dah dapat ribu-ribu sebulan. satu lagi element penting kat sini adalah bapak saudara aku seorang doktor yang di mana beliau hidup agak dilimpahi kemewahan duniawi. oleh itu, sejak dari kecik lagi bapak aku duk nyanyi kat telinga adik-beradik aku

"belajar rajin-rajin, nanti boleh jadi doktor macam pak teh kau, boleh tidur atas duit"

ahahaha...sumpah ayat 'tidur atas duit' tu memang bapak aku selalu cakap. ape tidur atas tilam tak best ke? dan nak dijadikan mitos, abang dan kakak aku pun termakan cakap bapak aku dan amek medic. Alhamdulillah rezeki diorang... ha, ape kena mengena dengan aku yang amek law pulak?

macam ni, aku rasa macam takde variasi la semua nak amek medic. best sangat ke? aku tengok macam orang gila je belajar tak tentu arah. macam takde life sangat. lagipun aku memang tak minat subjek sains. aku masuk sekolah sains pun sebab bapak aku yang suruh. terus terang aku cakap, aku jawab fizik mase SPM tu aku hafal je banyak, bukan aku paham pun. so SPM tak dapat la straight A's. masa mohon UPU memang aku tak bubuh langsung kos yang ade kena-mengena dengan sains. masa tu aku fikir, apa kos lain yang bukan sains, tapi grand sket? so aku pun amek la undang-undang. since itu memang cita-cita aku kecik2 dulu kan...

12 comments:

  1. sama jugak dgn aku..tknk amik sains lg..sakit kepala

    ReplyDelete
  2. Sorry but im a law student part 6 in uitm..n my lecs always say that uum 's law school is among the lousiest law school in mlysia. Is that true? In fact some of my batch mates were previously studied in uum law school bcause they didnt achieves bnd 4 in muet and at that time only uum accepts law students with band 3 muet, but after they re test n got bnd 4 they applied law in uitm n changed uni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah3 kau, senang kau nak mengutuk u aku, kau ingat kau bagus sangat ? hello, apa guna belajar law bahasa ingeris, tapi akhirnya kau guna bahasa malaysia kat mahkamah? chill..kutuk2 gak, tapi jangan nak menyemak kat blog favourite aku...choii

      Delete
  3. belajar law kat uni mana2 pun tak kisah...yang penting bila dah grad ada kerja. muet band 6 sekalipun kalau cakap merepek tak ada sapa nak offer kerja.

    ReplyDelete
  4. that's true, i'm a law student at UM. without doubt, UM is the best law school in MALAYSIA. even my lecturers advised me not too encourage anyone to read law at UUM. seriously, UUM law degree previously was not recognized by MALAYSIAN BAR. until when some politicians and desperate lecturers from UUM implored MALAYSIA BAR to give UUM's law degree a recognition. sorry it's a bit harsh but it's a fact..

    ReplyDelete
    Replies
    1. where are you quoting the fact from? if u r really a law student from MU, u should know better that when a law student put forward a contention, it must be supported with proof. so where are u quoting the fact from? because to me, the so-called fact that u stated in your post is a clear unjustifiable personal comment and reasoning.i felt sorry to MU for being dragged by a law student into an unprofessional action caused by your immature post. by the way, nowadays, there are hundreds of lawyers from UUM practicing in all sorts of legal matters. u can even find an associates graduated from UUM at Shearn Delamore. i suppose u are just meant to be a law student, but immature enough to later be admitted as an advocate and solicitor.

      -UUM LAW STUDENT NOW A LAWYER-

      Delete
    2. entah, padan muka ko anon budak um tu, budak um ni bukan apa, kerek gilos.padahal dulu kawan aku cerita pernah satu batch tu majority fail family law paper sampai kena bt kelas pemulihan.malu sehhhhh

      Delete
    3. i don't even need to bring forth all the evidences regarding the disputable reputation of UUM's law degree because it's too obvious! i've just graduated from UM and to my surprise, even my MASTER evidently told me that he doesn't want to associate with any lawyers who graduated from uum. ... now i rest my case.

      Delete
  5. Um being the best law school dah cerita lapokkk zaman alibaba.ko dot pointer 2.95 pn blh msuk um daaaa

    ReplyDelete
  6. Hai...kalau saya pointer 2.97 lepasan asasi tesl and muet band 4 boleh tak mohon uum undang2???

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak. UM = 3.00 ke atas + band 4

      Delete