ntah apehal, u aku dah semakin mengarut. barang-barang letrik kena daftar, kena tulis no siri. pastu student tak boleh bawak transport, MPP dengan jawatankuasa kolej je boleh. sem ni aku dah tak bawak gitar. nasib baik tak bawak sebab sekarang dah ketat. kalau kantoi kena rampas. aku rasa nak beli gitar kapok je la nanti. mane boleh duk bilik takde gitar. mati kutu la aku.
aku kena pindah bilik. nasib baik bilik baru dapat wifi. so tak jadi la aku nak beli broadband sem ni. yang penting aku duk sorang lagi sem ni. yes3! budak-budak lain banyak kena pindah kolej sebab diorang ade kes sem lepas. pelik plak aku takde kes kat u ni. kat sekolah dulu bukan main lagi.
takde plan yang spesifik untuk semester ni. abeskan se ni macam biase dan aman. ha, buat pertama kalinya aku pasang azam tahun ni, iaitu hendak mengamalkan dasar tidak campur tangan. so ape-ape yang terjadi lepas ni kat orang lain aku da tak pedulik. sebab aku rase aku jenis orang yang tak boleh nak tegur atau betulkan orang. maybe aku tak tau cara yang sesuai dan mungkin juga aku sendiri pun tak berapa betul so senang cerita, ambil jalan mudah, tak payah ambil tahu dan campur tangan. mind my own business. cuba buat tak tau walaupun ianya melibatkan aku. berdiam diri nampaknya lebih sesuai.
ok da habis merepek. sekian.
waohhhh.. makin nyampah ngn uum...huhuhu
ReplyDeletebiasa r tuhhhh uum kan uum pengurusan tebaek dn menuju ke arah uni "penyelidikan" huhuhu
biasaaaalahhhhh
huhu