Monday, January 31, 2011

zodiak

haha, walaupun aku tak caye benda-benda camni, tapi sedikit sebanyak ade gak bertepatan dengan aku. zodiak aku virgo dan ini adalah kriteria die. agak-agak yang mane betul?

"Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati ,... nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya."

Pantun sket.....

Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
'You die, up to you. '
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere, better u got lost!!

Before wedding
you are my heart, you are my love'
After wedding
'you get on my nerves.

Before wedding
'you are sweet and kind just like Cinderella'
After wedding
'you are worse than godzila'

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you!

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la!

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or pontianak

Saturday, January 29, 2011

Guitar

rasa menyesal tak bawak gitar sem ni. nak praktis tuk dinner nanti pun susah. actually, i have made the wrong move beli gitar tu. aku rasa gitar tu tak kene dengan aku. yela, mula-mula dulu memang taksub dengan Gibson Les Paul. tengok banyak legendary guitarist pakai so memang tempting gile r...so aku pun angkat yang replica punye satu. takkan nak angkat yang original punya yang RM24k tu. gile baik aku kahwin kalau ade duit banyak tu. orang cam Joe Wings tu layak la pakai gitar tu sebab memang die legend. Megat ACAB plak pakai sebab die memang orang kaya. member aku cakap carpet rumah die je da tinggi betis. ye tak ye je.

sebenarnya, setelah aku try sedikit sebanyak gitar-gitar yang ade kat muka bumi ni, (sebenarnya berapa banyak je aku pnh try), aku rasa aku selesa pakai Ibanez atau Fender. tapi alang-alang dah ade gitar yang satu ni, aku pakai je la sampai jahanam. ini pun dah ade crack sebab bagi orang pinjam hari tu. walaupun replica, tapi harga die RM1,600 beb. kalau beli Ibanez boleh dapat ICT700 yang second hand punye tak pun mungkin RG Series yang baru Japan made punya. aku memang mengidam ICT700 tu. tapi die sound metal. takut kalau main lagu biase tak kene plak nanti. tapi memang meleleh la tengok. kalau Fender, aku minat yang Telecaster. tu la dulu tak pikir panjang nak beli. nanti la dah keje nanti baru angkat yang lain. sebab sekarang bukan prioriti lagi. kalau aku nak beli pape pun aku cadang nak angkat efek je. maybe nak angkat Zoom sebab ade banyak bunyi. senang r nak main dalam bilik syok2 sendiri.

sepatutnya, aku kena tanya orang-orang yang betul-betul pro dulu. bukan tanya kawan-kawan. lagi satu, aku tak tau pulak ade pantang-larang yang gitar ni tak boleh bagi orang lain pinjam. tu yang jadi crack tu. sound die ade lari sket tapi still boleh main lagi. aku dah anta kat guitar tech pun orang tu cakap da tak boleh repair lagi. sampai macam tu skali. takpelah, benda dah lepas.

tapi yang paling penting, kena mahirkan skill dulu. aku ade masalah sket sebab aku ni jenis yang gigil. bukan aku kena parkinson tapi tangan aku memang senang gigil. so aku jadi gelabah sket kalau nak main part-part yang detail macam plucking dan solo. nanti meraban ntah mane aku petik. tapi kalau strum aku ok la. aku bukanlah bercita-cita nak jadi pemuzik tapi setakat suka-suka je. so kalau aku ada masa terluamg baru la aku praktis.

lepas raya cina nanti ada performance untuk dinner. band aku bawak lagu Wings - Nasib Kita dengan Weezer - Island in the Sun. lagu Weezer tu aku dah pernah bawak dulu masa dinner asasi so takde masalah la. yang jadi problem sket lagu Wings tu sebab lagu tu agak tinggi level die. banyak back up solo and synchronization kene mantap. kalau lari memang out gile r. tapi aku nak gak bawak lagu tu sangat-sangat. oh, lagu Wings tu aku main bass. aku tukar dengan Sheng sebab die tak nak main bass. yang menjadi masalahnya, diorang ni susah nak ajak praktis. macam2 hal la masing2. awek la hape la. pape pun, harap semuanya berjalan lancar. nanti aku upload video.

Thursday, January 27, 2011

realiti pelajar undang-undang (part 2)

ok sekarang aku nak cerita realiti pelajar undang-undang dari perspektif aku sendiri.

bila orang tau kita amek law, sure ramai yang macam "wooo...amek law siot..." hahaha. mula-mula aku berdaftar sebagai pelajar undang-undang ni, ramai yang tak percaya terutamanya budak-budak sekolah aku. ramai yang cakap "gile ko stoby amek law, peraturan sekolah pun ko tak nak ikut." hahaha. memang tak dinafikan aku mase sekolah dulu agak kurang berdisiplin. naik form 4 aku 'dipindahkan' ke sekolah lain sebab 'gagal mematuhi peraturan sekolah dengan konsisten'. nasib baik la aku dapat sekolah lain. ade la jugak alasan bila orang tanya aku kenapa pindah sekolah. hehehe.

berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya amek law ni takde la gempak mane. banyak orang fikir amek law ni susah sebab banyak kene menghafal, kene pandai bercakap, kene terrer omputih la ape la. bagi aku takde la susah macam yang digembar-gemburkan. sebenarnya semua kos same je. kalau malas belajar memang la susah jadinya. kalau kat U aku ni, ramai yang cakap budak law kerek, berlagak. kalau yang perempuan tu pulak bajet hot. ha, yang ni aku tak dapat nak jelaskan. tapi tu aku tak nafikan la. ada la certain yang macam tu tapi bukan semua. yang aku tak tahan tu, ade member aku ni dulu masa 1st sem duk bawak buku law tebal-tebal kehulu-kehilir. nak naik bas g kelas jinjing kat tangan tak nak taruk dalam beg, nak tunjuk kat awek-awek dalam bas tu yang ko tu budak law. hahaha gila jijik perangai.

belajar law ni tak susah mane. yang jadi susahnya bila nak exam la. kena hafal macam-macam. akta la, kes la. kadang-kadang kepala rasa nak meletup, rasa cam berat sangat sebab macam-macam ko dah sumbat dalam tu. ha, masa tu lah ko amalkan semua pantang-larang supaya tidak mudah lupa seperti tidak mengadakan acara gusti lima jari lawan satu, tidak melihat benda yang tidak sepatutnya (mase ni external hard disk memang kena seal habis-habisan), tidak mencarut apabila tidak perlu (selama ni kalau mencarut tu perlu ke?), tidak mengumpat guru-guru (lecturer la kan) dan lain-lain lagi. masa ni jugaklah tiba-tiba ko jadi baik semacam contohnya seperti mengaji lepas sembahyang, sembahyang berjemaah di surau, rajin menghubungi ibu-bapa (selama ni call nak mintak duit je) etc. kononnya, bak kata member aku, nak rasuah Allah la (cam gampang ayat). nak exam law ni tak boleh study awal-awal sebab nanti takut lupa. sama ada ko memang pelupa, ataupun ko terlanggar pantang larang tadi. so 'terpaksa' kena study last minit. nampak macam poyo dan bagi alasan bongok, tapi itulah hakikatnya. itu aku la, budak law lain aku tak tau.

belajar law ni macam.....belajar law lah, ape lagi?? ko kene belajar pasal sesatu undang-undang tu. ape peruntukan dia, ape historical background dia, macam mana nak aplikasikan dia, apa kes-kes yang berkaitan dengan dia. contohnya belajar pasal undang-undang tanah. peruntukan dia Kanun Tanah Negara. pastu ko belajar la apa yang ko boleh buat dengan tanah ko tu. nak sewa kan ke, nak pajak ke, nak jual ke, ade la prosedur dia. camtu la lebih kurang (aku cukup tak minat nak cerita part ni).

belajar law ni agak seronok sebab kita dapat tau benda lain sekeliling kita, yang kita jumpa hari-hari, yang orang lain tak tau atau kurang amek tauhu. mungkin diorang amek taugeh. macam-macam contoh aku boleh list seperti: apa hak kita sebagai tuan tanah, penyewa rumah, macam mana nak buat loan nak beli kereta, MLM tu sah ke tidak, macam mana nak buka syarikat, hak-hak isteri selepas bercerai dan macam-macam lagi la. gila tak kan aku nak list semua pulak. semua benda-benda ni common, hari-hari kita jumpa, tapi aku sure tak ramai orang yang tau dengan detail kecuali orang yang belajar undang-undang (maaf terdapat nada riak di situ). oleh itu, jikalau anda pelajar undang-undang, tidak dinafikan akan ada banyak rakan-rakan akan bertanya kepada anda soalan seperti "wei buat macam ni boleh tak?" "wei kalau kene macam ni nak buat ape ha?" "wei kalau kantoi ni berape lame aku kene duduk dalam?" yang aku tak boleh blah tu, ade member aku call aku tanya kalau kad bank kene telan nak buat ape?? hahahaha.

so senang cerita, budak law mempunyai lebih sedikit pengetahuan tentang benda-benda yang common di sekeliling kita. bukanlah niat aku nak compare dengan budak lain, tapi adakah kita akan menghadap jentera berat hari-hari seperti engineer? adakah kita akan menghadap buku akaun hari-hari seperti akauntan? adakah kita akan sakit hari-hari untuk berjumpa doktor?? so itulah sedikit sebanyak realiti die sebagai seorang pelajar undang-undang. rasa macam dah lari tajuk je aku ni. lantak kau lah.

nanti lepas ni aku nak cerita pasal undang-undang dan kerjaya dan apa pilihan aku.

realiti pelajar undang-undang (part 1)

aku rase terpanggil lak nak tulis entry cam balak tu...hahaha. aku tak pandai sangat tulis benda-benda macam ni. so macam ni lah cerita dia lebih kurang...

ok, aku pelajar tahun tiga semester 6 Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian Universiti Utara Malaysia. sebagai muqaddimah, aku nak mention yang kos ni kat U aku baru lagi, so memang tak top la. even ada yang tak tau UUM ade law school. kalau nak dibandingkan dengan U lain yang dah top law school diorang cam UIA atau UM memang agak ketinggalan la.

first, aku nak story kenapa aku amek law. aku pun tak berapa pasti sebab banyak musababnya aku terjerumus ke kancah undang-undang ni. mula-mula mase aku kecik dulu aku pernah eksiden kene langgar kereta masa melintas jalan. so aku sebagai innocent pedestrian, dapatlah pampasan yang agak banyak. dalam nak deal dengan tuntutan pampasan tu, bapak aku ade la hire sorang lawyer ni. kerja dia tak susah sebab orang yang langgar aku tu setuju nak bayar. just kene settle sedikit urusan negotiation, tak masuk court pun. tapi kitorang kene bayar lawyer tu sampai RM3K. wow....bombastik sungguh. kerja dia sign sana-sini, buat surat gitu-gini je. itu baru aku sorang, kalau dalam sebulan tu ada 5 orang? cukup la die nak angkat 2 bijik RXZ cash tul tak? masa tu lah, dalam otak aku yang masih budak-budak tu la, aku dah pasang niat dalam hati aku nak jadi lawyer. senang buat duit wooo...tapi masa tu tak tau lagi undang-undang tu menatang ape, so boleh la gintang fikir nak jadi lawyer. ingatkan senang.

sebab kedua, ok aku bukan nak kerek kat sini, aku ade dua orang adik beradik aku yang amek medic. in fact, kakak aku dah jadi doktor pun kat hospital selayang. itupun belum campur adik aku lagi sorang yang nampak ada potensi nak amek medic gak. memang jadi doktor ni senang jugak buat duit. check itu ini, tengok lidah, suluh tekak, dah dapat ribu-ribu sebulan. satu lagi element penting kat sini adalah bapak saudara aku seorang doktor yang di mana beliau hidup agak dilimpahi kemewahan duniawi. oleh itu, sejak dari kecik lagi bapak aku duk nyanyi kat telinga adik-beradik aku

"belajar rajin-rajin, nanti boleh jadi doktor macam pak teh kau, boleh tidur atas duit"

ahahaha...sumpah ayat 'tidur atas duit' tu memang bapak aku selalu cakap. ape tidur atas tilam tak best ke? dan nak dijadikan mitos, abang dan kakak aku pun termakan cakap bapak aku dan amek medic. Alhamdulillah rezeki diorang... ha, ape kena mengena dengan aku yang amek law pulak?

macam ni, aku rasa macam takde variasi la semua nak amek medic. best sangat ke? aku tengok macam orang gila je belajar tak tentu arah. macam takde life sangat. lagipun aku memang tak minat subjek sains. aku masuk sekolah sains pun sebab bapak aku yang suruh. terus terang aku cakap, aku jawab fizik mase SPM tu aku hafal je banyak, bukan aku paham pun. so SPM tak dapat la straight A's. masa mohon UPU memang aku tak bubuh langsung kos yang ade kena-mengena dengan sains. masa tu aku fikir, apa kos lain yang bukan sains, tapi grand sket? so aku pun amek la undang-undang. since itu memang cita-cita aku kecik2 dulu kan...

Wednesday, January 26, 2011

balak punye

baru pas bace blog balak. junior aku mase sekolah aku. sempoi gak mamat ni buat entry. tapi bukan tu yang aku nak tekankan di sini. yang aku nak highlight adalah post INI. rasa macam nak buat post camni jugak la. sempoi gak. tapi macam tak grand je nak tulis pasal course aku.... bukannye hebat cam die punye.... abih camno??

awal sem

disebabkan internet free yang dibekalkan oleh kerajaan ni tak boleh nak buka blog, maka aku pun tak dapat nak update blog ini. aku memang bercadang nak pakai broadband sem ni tapi bilik baru ni wifi die kuat pulak so rase macam membazir kalau pakai. tapi biaselah ade certain website tak boleh access macam youtube, blog, game....kadang-kadang boleh pulak. entah ape-ape. selalu aku dah terfikir post baru dalam kepala otak, pastu tak dapat nak post. pastu lama-lama lupe plak.

sekarang ni zaman kegawatan ekonomi di mana JPA tak masuk lagi. aku dah segan nak mintak bapak aku duit da. so kene la ikhtiar hidup sendiri. kalau nak makan kene la masuk hutan sintok ni memungut hasil hutan ataupun memburu binatang. kagum tak?

kagum kan??

Monday, January 17, 2011

copy baros punye

We guys don't care if you talk to other guys.


We don't care if you're friends with other guys.


But when you're sitting next to us, and some random guy walks into the room and you jump up and tackle him, without even introducing us, yeah, it pisses us off.


It doesn't help if you sit there and talk to him for ten minutes without even acknowledging the fact that we're still there.


We don't care if a guy calls OR TEXTS you, but at 2 in the morning we do get a little concerned.


Nothing is that important at 2 am that it can't wait till the morning.


Also, when we tell you you're pretty/beautiful/gorgeous/cute/stunning, we freaking mean it.


Don't tell us we're wrong.


We'll stop trying to convince you.


The sexiest thing about a girl is confidence.


Yeah, you can quote me.


Don't be mad when we hold the door open.


Take Advantage of the mood I'm in.


Let us pay for you!Dont 'feel bad.We enjoy doing it.


It's expected.


Smile and say "thank you".


Kiss us when no one's watching.


If you kiss us when you know somebody's looking, we'll be more impressed.


You don't have to get dressed up for us.


If we're going out with you in the first place, you don't have to feel the need to wear the shortest skirt you have or put on every kind of makeup you own.


We like you for who you are and not what you are.


Honestly, i think a girl looks more beautiful when she's just in her pj's.


Or my tshirt and boxers, not all dolled up.


Don't take everything we say seriously.


Sarcasm is a beautiful thing. See the beauty in it.


Don't get angry easily.


Stop using magazines/media as your bible.


Don't talk about how hot Chris Brown, Brad Pitt, or Jesse McCartney is in front of us.


It's boring, and we don't care. You have girlfriends for that.


Whatever happened to the word "handsome"/'beautiful"I'd be utterly stunned by a girl who greeted me with "Hey handsome!" instead of "Hey baby/stud/cutie/sexy" or whatever else you can think of.


On the other hand I'm not saying I wouldn't like it either ; )


Girls, I cannot stress this enough: if you aren't being treated right by a guy, don't wait for him to change!


Ditch his sorry butt, disgrace to the male population and find someone who will treat you with utter respect. Someone who will honor your morals.


Someone who will make you smile when you're at your lowest.


Someone who will care for you even when you make mistakes.


Someone who will love you, no matter how bad you make them feel.


Someone who will stop what they're doing just to look you in the eyes....and say "I love you" ..and actually mean it.


Give the nice guys a chance.



Guys repost this if you agree.


Girls repost this if you think it's cute.


Every Guy who isn't a jerk will agree with this,so we hope that all the girls that read this will repost this.


pesanan penaja :
totally agreed beb~

Saturday, January 15, 2011

merepek-repek

ntah apehal, u aku dah semakin mengarut. barang-barang letrik kena daftar, kena tulis no siri. pastu student tak boleh bawak transport, MPP dengan jawatankuasa kolej je boleh. sem ni aku dah tak bawak gitar. nasib baik tak bawak sebab sekarang dah ketat. kalau kantoi kena rampas. aku rasa nak beli gitar kapok je la nanti. mane boleh duk bilik takde gitar. mati kutu la aku.

aku kena pindah bilik. nasib baik bilik baru dapat wifi. so tak jadi la aku nak beli broadband sem ni. yang penting aku duk sorang lagi sem ni. yes3! budak-budak lain banyak kena pindah kolej sebab diorang ade kes sem lepas. pelik plak aku takde kes kat u ni. kat sekolah dulu bukan main lagi.

takde plan yang spesifik untuk semester ni. abeskan se ni macam biase dan aman. ha, buat pertama kalinya aku pasang azam tahun ni, iaitu hendak mengamalkan dasar tidak campur tangan. so ape-ape yang terjadi lepas ni kat orang lain aku da tak pedulik. sebab aku rase aku jenis orang yang tak boleh nak tegur atau betulkan orang. maybe aku tak tau cara yang sesuai dan mungkin juga aku sendiri pun tak berapa betul so senang cerita, ambil jalan mudah, tak payah ambil tahu dan campur tangan. mind my own business. cuba buat tak tau walaupun ianya melibatkan aku. berdiam diri nampaknya lebih sesuai.

ok da habis merepek. sekian.

Wednesday, January 12, 2011

cyclone sudah siap

akhirnya...siap juga set moto ala-ala Cyclone Kamen Rider The First ini...aku agak tidak berpuas hati dengan hasil kerja Pipie dan dia demand payment yang tinggi walaupun kitorang member dah lama...dengan lambatnya lagi, terhegeh-hegeh, tertunda-tunda...sangat tidak kemas hasilnya tapi apakan daya, benda dah jadi...nampak secara kasar smart, tapi kalau tengok dekat-dekat memang banyak la nampak sleknya...



Thursday, January 6, 2011

insurans vs takaful

semester 5 yang lepas aku ada ambil subjek Islamic Banking Law di mana aku belajar tentang sistem perbankan Islam. memang bagus sistem perbankan Islam ini di mana ianya memfokus kepada prinsip tidak mengamalkan riba. aku juga belajar tentang takaful iaitu sistem insurans islam.

dalam sistem takaful, duit yang kita bayar itu akan dijadikan dana untuk membantu orang lain apabila berlaku kemalangan. sekiranya sepanjang tempoh insurans itu pemegang insurans tidak mengalami kemalangan, duit itu akan terkumpul menjadi dana untuk membantu pihak lain, bukan masuk ke dalam poket syarikat insurans seperti sistem insurans konvensional. so, memang baguslah sistem takaful Islam ini di mana kita mengamalkan konsep saling membantu antara satu sama lain. bukan untuk priority memberi keuntungan kepada syarikat insurans.

ok, sekarang aku nak relate sesuatu yang berlaku semalam. roadtax motosikal aku telah mati. so aku bercadang hendak menggunakan insurans takaful pula menggantikan insurans konvensional yang aku pakai sebelum ini, dengan niat ingin menyokong sistem kewangan Islam ini la. buat apa nak kayakan orang kafir ye tak?

so nak jadikan cerita aku pun pergi la ke satu syarikat ni, Takaful Malaysia. aku cakap kat kerani tu aku nak buat insurans motor. akak tu pulak cakap tahun 2011 ni start syarikat tu da tak insuranskan motosikal lagi. sebelum ni boleh. dia cadangkan aku pergi syarikat takaful lain iaitu Takaful Ikhlas. lepas aku dapat direction, aku pun bergerak mencari syarikat tersebut.

sesampainya aku di sana, aku terus cakap kat akak kerani tu nak buat insurans motor. then dia cakap boleh. aku pun dah suka hati mengambil tempat duduk sambil menghulurkan geran motosikal aku. setelah diteliti, akak tu pun cakap,

"dik, kitorang memang insuranskan motor tapi LC kitorang tak amek sebab banyak kene curik"

dalam hati aku terus bermonolog, "what the fuck??"

aku point akak tu balik, "ape ni kak, mane boleh macam ni? takkan berniaga nak untung je??"

pastu macam-macam la aku point akak tu. aku sekolahkan dia.

yela, takkan syarikat insurans nak insuranskan benda yang selamat je? apa jadah buka syarikat insurans kalau tak nak ambil risiko rugi? aku bagi contoh, kalau la si polan ni nak ambil insurans nyawa. tapi disebabkan si polan ini menceburi sukan permotoran di mana pekerjaan beliau memang berisiko tinggi untuk kehilangan nyawa, syarikat insurans tu tak nak insuranskan beliau. boleh ke macam tu?? apa point ko buka syarikat insurans macam tu??

satu lagi contoh, satu lagi si polan nak ambil insurans kesihatan. tapi setelah diketahui yang si polan ini mempunyai background genetik yang ada penyakit macam diabetes ke apa ke, senang cerita si polan ni memang ada potensi tinggi untuk menghidap penyakit-penyakit tertentu disebabkan genetik keturunannya, dan oleh sebab itu, syarikat tu tak nak insuranskan kesihatannya. ada ke patut?? tak perlu la ko buka syarikat insurans kalau ko nak insuranskan orang yang selamat je.

memang la sistem takaful Islam ni bagus. duit tu pun kalau dilaburkan semestinya kat tempat-tempat yang halal. macam-macam la kebaikan dia berbanding dengan insurans konvensional. tapi tak payah la ko buka syarikat takaful kalau ko nak fikir untung je. sama sahaja kalau ko buka syarikat insurans konvensional pun. tak payah guna perkataan TAKAFUL tu sebab ko memalukan Islam. nasib baik kena kat aku yang Islam ni. at least aku takde la nak condemn sistem takaful ni. aku tau sistem ni bagus cuma syarikat tu je yang tak amalkan sepenuhnya. tapi cuba fikir kalau orang bukan Islam yang kena cam aku? confirm dia akan kutuk sistem takaful ni betul tak?

ikutkan hati nak je aku post kat surat khabar tapi nanti nampak macam aku condemn sistem takaful tu pulak. aku support sistem ni tapi bila kena macam ni...ntahla..

last-last aku berbalik semula ke insurans konvensional semalam. haih........

Monday, January 3, 2011

cyclone 1 in the making

ok, nak jadi kebudakan sikit ni. aku sedang dalam proses membuat custom set untuk motor aku. bertemakan Cyclone 1 versi Kamen Rider the First. nasib baik ada modal sikit di hujung cuti ni. semalamam aku berdiskusi dengan designer aku iaitu Encik Pipie Altimet dan kesepakatan telah tercapai. sketch kasar telah dibuat. tapi tak boleh la nak jadi sebijik yang macam Hongo Takeshi pakai tu sebab beliau bawak Honda CBR1000RR. aku pula hanya menunggang Yamaha 135LC. mungkin suatu hari nanti aku akan mampu untuk memiliki satu machine seperti beliau. InsyaAllah.


ini design kasar hasil kerja aku dan Encik Pipie. nantikan hasilnya nanti.