Tengah lepak-lepak dalam bilik menanti final exam walaupun
belum start study, tiba-tiba aku teringat zaman aku sekolah cina dulu. Dulu kecik2
aku tak banyak kawan Melayu. Kalau ade pun setakat kawan mengaji dengan kawan
sekolah agama. Pastu aku sorang je plak sekolah cina dalam adik beradik aku. So
bila ade orang telefon rumah cakap cina atau cakap Melayu macam tak berapa
betul, memang untuk aku la tu.
Perbezaan sekolah cina dan sekolah melayu ni memang banyak. First,
bahasa perantaraan adalah bahasa cina (of cos la kan). Perhimpunan bahasa cina,
signboard bahasa cina, name tag bahasa cina, semua benda lah. Pastu semua
subjek dia ajar dalam bahasa cina kecuali bahasa Malaysia (of cos la kan),
English (pun same), dan Pendidikan Islam. Bayangkan aku belajar sains,
matematik, muzik, pendidikan jasmani dalam bahasa cina. By the way, ya,
Pendidikan Islam ada diajar di sekolah cina. Jangan tak tau. Tapi of cos la
untuk orang Islam je. Orang bukan Islam pulak belajar pendidikan moral, tapi
dalam bahasa cina la.
Second, makanan kat kantin. Makanan merupakan satu isu masa
aku sekolah cina dulu. Untuk pengetahuan korang, babi adalah menu utama di
kantin sekolah. Murid2 dan guru2 menyantapnya dengan penuh rakus dan nikmat
sekali. So apa yang terjadi kepada kami yang Melayu ni? Biasanya kami bawak
bekal dari rumah atau beli makanan ringan seperti roti sahaja. Aku plak jenis
yang malas ni memilih untuk berlapar sahaja. Ape lah sangat tak makan dari pagi
sampai tengah hari. Kadang2 kalau aku rajin aku bawak jugak bekal dari rumah.
Third, cikgu2 kat sekolah cina ni bapak lah garang orang
nya. Keje nak marah orang je. Ade la jugak yang baek2 tapi kebanyakannya
garang2 lah. Keje sekolah tak siap, baik hang ponteng je sekolah hari tu. Kalau
datang naya je kena hambat (rotan) dengan cikgu. Pastu kene tengking, maki
hamun, macam2 la. Aku kalau keje sekolah tertinggal kat sekolah, sanggup aku
ajak bapak aku datang sekolah malam2 buta pergi amek. Tapi cikgu sekolah cina
ni jenis tak pakai kaki tangan. Diorang rotan je. Aku dengar cite lak sekolah
melayu siap ade kene terajang semua dengan cikgu. Bezanya cikgu sekolah melayu
ni takde lah nak marah2 je. Ni kat sekolah aku la, aku tak tau la sekolah cina
tempat lain camne.
Fourth, sekolah aku dulu wat sukan 4 tahun sekali. Dah macam
olimpik pulak. Aku pun pelik. Aku merasa hari sukan kat sekolah masa aku darjah
1 dan darjah 4 je. Tapi aku habaq hang, sekali dia buat memang meriah tak ingat
punye. Siap order lori coca cola datang bagi air coke free. Pastu ade
persembahan pembukaan dan penutup lagi. Dah macam world cup lak. Rumah sukan
biasa la ikut warna. Pakaian sukan of cos la seluar pendek. Laki perempuan
semua sama. Dulu kecik2 apedehal tengok peha perempuan. Sekarang jangan buat pasal
yopp. Aku ingat dulu masa sukan aku masuk tarik tali je. Lari tak laju, lompat
tak tinggi. Haha
Fifth, sekolah cina ni tak suka buat benda merapu dan tak
mendatangkan faedah dan keuntungan. Well, biaselah otak cina, fikir untung je
(bukan nak racist eh). Salah satunya adalah pengawas dan pustakawan tidak
dibezakan dengan warna baju seperti sekolah2 melayu seperti warna pink, biru,
kuning, kelabu taik anjing etc. Pengawas hanya memakai necktie manakala pustakawan
memakai name tag kaler merah. Aku tak tahu kenapa, mungkin tak mahu membazir
duit mak bapak beli baju lain agaknya.
Yang keenam dan yang paling ketara adalah, sekolah cina ni
sangat mementingkan pelajaran. Bermula daripada darjah 4, kelas intensif untuk
UPSR dah dimulakan. Bayangkan, setiap hari aku balik pukul 4 petang kecuali
hari jumaat daripada darjah 4 sampai darjah 6. Dah macam keje ofis hour pulak. Masa
darjah 6 pulak, hari jumaat balik pukul 1.30 petang. Malu nak cakap benda ni,
tapi aku mengaku memang aku tak sembahyang jumaat sepanjang aku darjah 6. Yela,
mane sempat. Sekolah agama pun aku tak abes. Sampai darjah 5 je sebab darjah 6
kelas intensif tu dilanjutkan sampai pukul 5, so tak sempat aku nak pergi sekolah agama. Gila tak?
Tu jela setakat ni. Sebenarnya aku nak tulis pasal benda
lain tapi meleret masuk pasal ni pulak. Takpe la nostalgia tu semua. Peace!
nak tanya, kt sekolah cina, korang belajar math, lain ye sitemnye dengan math yg kitorang belajar kt sk?
ReplyDeletehurm...ntah la...same je aku rase...
ReplyDeletebaru jumpa blog ni, thanks for sharing -AS
ReplyDelete