Setelah tiga abad aku tak update
blog, tiba2 aku rasa macam nak tulis sesuatu. Baru-baru ni, adik aku yang
bongsu dapat result SPM. Alhamdulillah dengan berkat kerajinan dia, dia dapat
straight A’s. dia memang rajin. Sama dengan kakak aku dulu. So setakat ni, antara
adik beradik aku yang sekolah SBP, aku je lah yang paling loser. Damn man. Hahaha.
Apa yang aku tahu, dia apply kos
farmasi dalam UPU dia. Dengan result dia tu, confirm dia boleh dapat. Itu tidak
menjadi isu di sini. Yang menjadi isunya, dengan result dia, dia boleh apply
medic malahan scholar untuk belajar kat oversea lagi. Kalau nak diikutkan
kepala bapak aku, sure bapak aku suruh dia amek medic. Sebab memang dia nak
kumpul doctor dalam rumah tu. Anak-anak doctor, menantu pun doctor. Aku pun tak
tahulah apa yang best sangat jadi doctor. Selalu je abang ipar aku kena jaga
Hasan sebab kakak aku on call memalam. Takde life beb.
Dan yang ter-efek kat aku adalah,
kalau adik aku amek medic jugak. Maka ada tiga doctor dalam rumah aku. Semua dari
SBP. So nak dijadikan cerita nanti, aku seorang je lah produk SBP yang gagal
dalam keluarga aku. Well, bagi aku takdelah gagal. Kira ok lah tu adalah jugak
pelajaran aku. Takdelah aku sangkut jadi kutu kat kampung. Tapi macam tak syok
la bila adik beradik aku ada panggilan ‘DR’ kat depan nama mereka, aku pulak
takde. Rasa macam level aku lagi rendah dari diorang nanti. Perasaan aku je
lah. Yelah, aku abang, aku ada perasaan superior than adik aku. Aku taknak lah
rasa rendah diri dengan dia.
So apa yang aku nak buat? Aku teringat
pak cik aku ada ajak aku jadi academician. Dia suruh aku sambung master dan
PhD. Then aku teringat kisah dia yang tersalah apply masa nak pilih kos dulu. Dia
terpilih farmasi instead of medic sebab dia ingatkan farmasi ni ubat-ubat so
maksud dia perubatanlah. Haha camtu pulak. Tapi dia kepingin sangat nak jadi doctor
dan dia sambung master dan PhD kat US. So tercapailah hasrat dia dia nak
bergelar doctor (kepada yang ignorance sangat tu, dapat Phd automatic dapat
title Doctor). Sekarang dia dah dapat full professor kat UKM. Siap jadi dekan
farmasi lagi. Then aku terfikir, WHY NOT? Umur pun masih muda lagi. Baik aku
sambung je belajar. Untung-untung sampai dapat PhD, jadi jugak doctor. Hahahaha.
Papepun, aku kena betulkan niat
dulu. Nak belajar bukan nak kejar title. Kita nak cari ilmu. Dapat title tu
rezeki kita. Semua Allah yang bagi. Jadikan apa yang aku cerita kat atas ni
sebagai motivasi kepada diri aku je. Yang penting aku kena letak matlamat yang
paling tinggi selagi mana yang aku mampu. Dan sentiasa berserah kepada Allah di
samping kita berusaha. InsyaAllah.
Tapi ini pun tak confirm jugak. Kalau
aku rajin aku sambung la. Kalau aku malas. Atau aku dapat offer kerja baik
punya tak pening kepala, duit masyuk, takde la aku sambung belajar. Wahaha. Ok bai.
thanks bro, sbb kongsi citer, kite senasib jer, kdg2 pening kpala gak, bila adik beradik pandai , kite low skit, ntahlah tpi mmg rase tak syok jer... keep it up bro until u success
ReplyDelete