Ramai yang dok mengadu terutamanya “orang yang tak masak lagi” dengan
budaya orang-orang Melaka iaitu melibatkan bahasa orang Melaka. Mereka
komplen yang bahasa Melaka ni kasau sangat? Betul ker sampai begitu
sekali?
Sebenarnya beginilah, memang cara orang Melaka jenis
cakap lepas. Laser dan suka beterus terang. Tak cukup dengan itu, kalau
cakap sesama sendiri boleh bikin riuh satu kampung. Tapi itulah, tak
semua orang Melaka jenis macam itu, tetapi hakikatnya sebahagian
besarnya begitulah. Cakap pun main lepas sahaja, walaubagaimanapun tiada
pun yang simpan dalam hati. Habis kat situ juga. Orang Melaka ini
diakui jenis yang cepat mesra.
Macam kami katakan tadi, tak
semua orang Melaka jenis yang cakap kasar. Ada gak “orang Melaka celop”
yang tak terpengaruh pun untuk kahau bila bercakap. Ada juga sesetengah
kawasan di Melaka agak slow down sikit . Tetapi berhati-hati kalau orang
Melaka terutamanya melibatkan orang Bachang jumpa dengan orang Melaka
yang tinggal di Pokok Mangga (sebagai salah satu contoh). Boleh bergaduh
dan riuh sekampung dibuatnya. Orang tua-tua ada kata dahulu……
“masuk kandang kambing mengembek”
“masuk kandang rimau kena la mengaummm”
Setiap negeri ada keunikan tersendiri baik daripada segi budaya mahupun
bahasanya. Kami merasakan bahasa orang Melaka antara yang paling
menepati tatabahasa bahasa rasmi Malaysia. Tiada yang diubahnya. Selain
tu loghat Melaka juga jujur dan berterus terang serta paling sempoi
tetapi tajam sehinggakan kalau ada yang tak biasa atau tak tahan
mendengarnya, boleh makan hati dibuatnya.
Bagi kami juga bahasa
orang Melaka tak kasar, tetapi mungkin juga cara penyampaiannya dilihat
agak kasar tetapi ia sebenarnya berniat untuk menyindir atau bertujuan
menyakitkan hati rakan mereka (dalam bentuk yang mesra bagiu mereka).
Cuma apabila mereka memberikan pendapat, mereka-mereka ini akan
menyuarakan tanpa was-was. Dan disebabkan kelantangan seperti inilah
orang Melaka dilihat kasar, laser, lagi apa lagi?
Walauapapun, sekasar-kasar orang Melaka pun, hati mereka tetap baik, mudah mesra dan jenis yang tak cakap belakang. Setuju tak?
Kadang-kadang kita biasa dengar ayat, “kalau tak kenal maka tak cinta”.
Inilah dia. Jika kita ingin mengenal dan mengetahui rentak bagi
satu-satu masyarakat, kita kena kenal budayanya, bahasanya dan istilah
yang digunakan. Contohnya, yang sekarang saya nak cakap berkenaan
Istilah & bahasa orang Melaka yang selalu mereka gunakan,
lebih-lebih lagi kalau dah jumpa sama-sama kroni orang Melaka jugak.
Memang alamat riuhla…..
Kalau ada yang tertinggal, tolong
bagitau ye di bahagian komen…..Nanti kami updatekan di sini. Contoh
bahasa & istilah orang Melaka :
1. Kensal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”
3. Kahau : Cakap kasar
4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….
5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari
percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka).
Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak
dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati”
(Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).
6. Berboko, barah, cekik : Makan
7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan
huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E
kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi
mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………
8. Satu lagi jikalau
sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan
kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar
jadi pasau).
9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?
10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)
11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.
12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)
13. Gobok : Almari
14. Membongkang : tidur yang amat lena
15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau
16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)
17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas
18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah
19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak
sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”.
Contohnya : “antu” Munah duk mane?
20. Lopak : Pencil box
21. Beledi : Baldi
22. Lemari : Almari
23. Lebang : Pemalas
Sebenarnya tak semua pun orang Melaka macam itu. Sesetengah sahaja
sebenarnya. Sebab kadang-kadang nama sahaja orang Melaka, tetapi
disebabkan banyak merantau atas urusan kerja kerja atau pun sambung
belajar di luar Melaka, kemungkinan cara percakapan agak berbeza. Bagi
orang Melaka yang duduk sekitar kawasan Alai, Bachang, Klebang dan Ujung
Pasir. Mereka ini terkenal dengan bahasa Melaka yang boleh tahan
pekatnya. Kena pula orang Melaka yang pure, tiada celop-celop punya.
Kalau kawan mereka dan dah lama tak berkunjung ke rumah. Jangan
terperanjat kalau mereka cakap begini bunyinya :
” Lama kau tak datang, ingatkan dah mampos !” (Sabar…… tu tanda kemesraan sejati orang-orang Melaka)
P/S : Nampak ucapan dan ayat tu keras dan pedas bukan, tapi itulah
realiti sebahagian bahasa orang Melaka. Istilah & Bahasa Orang
Melaka nampak sahaja “kahau”, tetapi hati orang Melaka baik-baik belaka
sebenarnya.
betul2 tak smeua kasar2..
ReplyDeletecumanya bagaimana pula boleh dikatakan hati baik bila cakap kasar..
hati baik la kot tapi kalau iman di hati lagi baik tentu tak sampai hati nak cakap yang kasar2 sebab takut sakitkan hati orang..
wah banyaknya hati..
jangan makan hati ye...
haha, xsangka org melaka selembut ini
ReplyDeleteAlahai....saye darah daging limbongan..bachang..pokok manga..kg padang..klebang..
ReplyDeleteHuhuhu...perkara biasa je..tp sy xkahau pun..tp cume bile balik kg tu..pakai lah bhase pekat nye..bile ckp dgn kawan2 xpkailah..sbb tahu ade yg xdpt terime..bile smpai tempat2 yg sy sebut tu..jgn trkejut bile budak baye 6 7 8 tahun..ckp aku kau dgn org tue2..jgn trkejut bile mak2 ayah2 dorang marah kn ank mereke..hehehe..
Nk belja bhs melake boleh je..tp ELAKKAN dari tahu ayat2 maki org melake..da kalau org melake sndiri pun akn sakit bile kene..nikan org luwau..huh..xberpijak lg tanah melake agk nye..
https://saglamproxy.com
ReplyDeletemetin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
3K1