Monday, July 18, 2011

Tujuh dasar dalam surah panduan hidup selamat

Aku ada masalah untuk khusyuk dalam solat. Selalu dalam solat fikiran aku merewang-rewang entah ke mana terutamanya kalau aku kejar masa nak solat. Kadang-kadang tu sampai aku lupa rakaat. Hisy, teruk betul aku ni.

Hari minggu, tengah duduk belek surat khabar, aku terbaca artikel pasal faham makna al-Fatihah bantu khusyuk sembahyang. So aku cuba la apply dan aku share la kat sini. Semoga kta semua dapat mencapai kekhusyukan dalam solat. InsyaAllah, dengan usaha kita memahaminya akan menjadikan kita khusyuk dalam solat. Wallahua’lam.

Al-fatihah adalah surah paling istimewa dalam al-Quran. Ia satu-satunya surah yang wajib dibaca pada setiap rakaat solat. Dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman menyebut tujuh dasar yang terkandung dalam surah al-Fatihah yang elok untuk kita dahami iaitu:

Pertama : Alhamdulillahi rabbil alamiin

(segala puji bagi Allah, Tuhan yang mencipta, memiliki dan mentadbir sekalian alam)

Ayat ini menetapkan wujudnya Allah SWT.


Kedua : Ar-Rahmanir-Rahim

(yang Maha Merahmati lagi Maha Mengasihani)

Ayat ini menyebut kesimpulan sifat kebesaran (al-jalaal) dan sifat kesempurnaan (al-kamal).


Ketiga : Maliki yaumiddin

(yang menguasai pemerintahan hari pembalasan)

Ayat ni menyatakan ada Hari Kiamat yang padanya kelak akan menerima balasan amal. Justeru, manusia tidak harus menumpukan usaha mencari nikmat hidup dunia dan kelazatannya semata-mata.


Keempat : iyakana’ budu

(hanya ENGKAUlah yang kami sembah)

Ayat ini menerangkan tugas manusia yang kerananya ia diciptakan iaitu beribadat kepada Allah SWT. Segala ibadat diperlukan manusia kerana ia menghidupkan iman, menyihatkan tubuh badan, memperbaiki akhlak dan menyucikan jiwa. Dengan iman yang hidup, tubuh sihat dan jiwa bersih dan akhlak baik, akan menghasilkan kebahagiaan manusia.


Kelima : waiyakanastain

(dan hanya kepada ENGKAUlah kami memohon pertolongan)

Ayat ini memperkatakan mengenai kelemahan manusia bahawa ia tidak dapat melakukan sesuatu pun melainkan dengan pertolongan Allah dan izin-Nya.


Keenam : Ihdinossiratolmustakin

(tunjukkan kami jalan yang lurus)

Ayat ini menerangkan perkara utama yang dihajati kepada Allah ialah memperoleh hidayah dan taufik ke jalan yang membawa kebahagiaan. Ada pelbagai jalan yang akan ditempuh manusia menerusi pelbagai cara disebabkan berbeza tabiat, adat dan hawa nafsu.



Ketujuh : Siratollazinaanamtaalaihim, ghairilmardubialaihimwalloddollilin

(jalan yang ENGKAU telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat)

Ayat ini mengarahkan manusia kepada memerhati dan memikirkan kisah manusia terdahulu dan hal ehwal mereka. Dengan itu, mereka memilih apa yang menyebabkan kebahagiaan, sentiasa berwaspada serta menjauhkan diri daripada perkara yang menyebabkan kecelakaan sehingga dapat hidup di dunia dengan selamat di samping mendapat nikmat kekal di akhirat iaitu syurga.


Selamat beramal =)

4 comments: