Thursday, July 7, 2011

BERDIRI SEMUA!!! ASSALAMUALAIKUM CIKGU!!!

Dah lama aku tak update blog. Bukan takde masa tapi rasa cam malas. Kadang2 ada idea nak tulis tapi bila dah duduk depan PC terus blank.

So hari ni aku nak story yang aku dah tukar kerja. Hari tu aku cakap aku kerja kat Econsave. Ok, aku bagi ulasan sikit pasal kerja kat situ dulu. Kerja kat situ memang mudah tapi tak berbaloi. Kerja dari pagi sampai petang tapi gaji dia bagi RM20 je sehari. Ok, tak bersyukur. Itu aku tak kesah la sangat. Bukan aku desperate sangat nak pakai duit. Tapi kerja kat situ ada jugak yang tak bestnya. Iaitu pekerja-pekerja lama yang bajet bagus. Mereka dah berpangkat sikit seperti assistant supervisor, training supervisor etc. So mereka adalah sedikit kuasa untuk mengarah staf bawahan membuat kerja. Ok, tu tak kesah la sebab kau ada pangkat. Tapi kau takde adab ke nak suruh orang dengan jerit-jerit, marah-marah? Padahal kau tu muda lagi dari aku. Pastu nak cakap2 belakang aku takde function la ape la. Takde telor la kau.

Sekarang aku dah tukar kerja. Kerja aku yang sekarang adalah yang aku idamkan dari dahulu kala lagi iaitu menjadi seorang guru sandaran. Haha. Aku menggantikan cikgu bersalin di SK Sungai Petai, Alor Gajah dan mengajar mata pelajaran Bahasa Penjajah, Sains dan Pendidikan Jasmani. Gaji agak masyuk. Terlebih berbaloi pulak aku rasa. Tapi cam adventure sket sebab mengajar budak sekolah rendah. Budak-budak bukan paham bahasa sangat. Aku rasa macam banyak aku boleh story pasal cikgu ni tapi aku takde masa sekarang. Inipun aku online dalam bilik guru bawak laptop sendiri. Nasib baik sekolah ini ada wifi. Best……….. Nanti aku update lagi.

2 comments: