Thursday, June 2, 2011

The Art of Lying

Hari tu aku singgah ipoh dua hari masa dalam perjalanan balik dari kedah ke Melaka. Ye la mana nak larat nak balik direct. Lagipun dah janji dengan member aku nak tengok final Champions League sama-sama. Masa lepak-lepak kat ipoh keluar la cerita pasal seorang mamat ni. Aku tak kenal la dia tapi member aku cerita dia ni kuat menipu. Dia tipu kata dia anak datuk la, banyak duit la, rumah mewah la. Padahal mak dia kerja buat kuih je. So terdetik la dalam hati aku nak buat post ni, iaitu pasal MENIPU. Aku akan bahagikan 3 part iaitu:

1. Cara-cara nak kesan orang menipu

2. Sebab untuk menipu

3. Keadaan yang ‘dibenarkan’ untuk menipu.

Ok first, macam mana nak kesan orang menipu? Ini bukan aku google mana-mana. Ini member aku yang cakap so aku tak tau la betul ke tak. Lelaki dengan perempuan lain cara nak kesan diorang menipu. Kalau perempuan, bila dia cakap sesuatu, tapi dia pandang tempat lain, yakni bukan pandang orang dia tengah bercakap tu, dia ada possibility menipu. Kalau lelaki pulak terbalik. Kalau dia pandang tepat mata orang yang bercakap dengan dia tu, maknanya dia tengah menipu. Jangan tanya aku rasional dia, aku pun tak tahu. Tapi naturally ianya akan jadi begitu. So pasni kalau korang percaya cakap aku ni, cuba lah ubah cara korang masa bercakap dan hendak menipu. Hehehe

Second, apakah sebab untuk menipu? Untuk contoh yang aku beri di atas, memang tiada sebab langsung untuk dia membangga diri yang bukan-bukan dengan menipu. Apa yang dia dapat dengan menipu orang sebegitu? Nak dapat respect orang? Nak dapat ramai kawan? Sekarang ni dia dah kantoi pun dan orang dah tau dia bukan anak datuk. Lepak pun asyik pow rokok orang je, takda duit nak beli sendiri. Akibatnya, dia dah menjadi bahan kutukan orang dan menjadi bencian rakan-rakan. Hapah pun tak dapat. Kalau setakat nak bergurau-gurau sembang tu, tambah sikit cerita bohong, adat la kan. Nak bagi penyedap cerita. Tapi bukan niat kita nak menipu untuk mendapat respect orang. Buat apa nak sembang pang pum pang pum besar diri gitu gini padahal habuk pun kau tarak. Nanti kantoi buat malu je.

Lagi satu, kalau boleh jangan sembang benda yang kita tak tau pastu buat-buat tahu, nak tunjuk yang kau ni knowledgeable. What’s the point? Kat U aku ada seorang mamat ni. Orang lain duk sembang discuss pasal study, dia curi-curi dengar, pastu senyap-senyap google kat internet pasal topic tu dan datang balik sembang kencang-kencang kononnya dia dah master topic tu. Padahal dia kos lain dan tak ambil pun paper tu. Siap menipu yang dia dah tau benda-benda tu sejak dari sekolah lagi. What the fuck? Apa point dia sebenarnya? Nak tunjuk dia knowledgeable sangat la? Mula-mula orang kagum la bila tengok dia tau semua benda camtu. Tapi bila dah kantoi dia punya taktik, sampai grad orang dok kutuk dia. See? Nampak tak akibat dia?

Third, apakah keadaan yang ‘dibenarkan’ untuk menipu? Ok, sebenarnya takde pun keadaan yang kita dibenarkan menipu. Menipu tu berdosa, kita semua tahu. Tapi kadang-kadang, ada la jugak keadaan yang reasonable kalau kita nak menipu. First, kalau nak menyelamatkan diri. Kadang-kadang kita terbuat salah macam datang kerja lambat ke, kelas lambat ke, disebabkan kita yang bangun lambat. So kita biasanya akan mereka-reka cerita seperti kereta rosak, tertinggal bas, tayar motor pancit, macam-macam la asalkan dapat lepaskan diri. Kita tahu kalau kita jujur dengan mengatakan yang kita bangun lambat, kita akan mendapat malu, diberi amaran, dituduh tidak berdisiplin, malahan mungkin akan dibuang kerja. So reasonable la nak menipu kat sini. Ada jugak terjadi dimana kita terpaksa menipu untuk menyelamatkan keadaan. Keadaan ini berlaku di mana kalau kita jujur, kita dah boleh expect yang akibatnya akan jadi lebih buruk. Contohnya, anda ada seorang bos yang panas baran. Hendak dijadikan cerita, rakan sejawat anda melakukan kesilapan di mana ianya melibatkan keseluruhan staf termasuk anda sekali. Oleh itu anda terpaksa berbohong untuk menyelamatkan diri anda dan rakan-rakan anda. Sebab anda tahu bos anda seorang yang tidak boleh menerima kesilapan orang lain.

All in all, sebenarnya takde alasan untuk menipu atau berbohong. Setiap penipuan itu berdosa. Tidak ada istilah tipu sunat. Walaupun ada keadaan yang kadang-kadang memaksa kita berbohong, tetapi cubalah sedaya upaya untuk berkata benar. Sepertimana amanat yang diberikan oleh seorang baron kepada anaknya dalam filem Kingdom of Heaven, “speak the truth even it leads you to your death”. Sebenarnya mengikut pengalaman hidup aku, selagi kita jujur, pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang jujur dan benci kepada orang yang menipu. So Dia pasti akan tolong hamba-Nya selagi hambanya bersikap jujur. Contohnya, kalau anda mengaku kat bos anda yang anda terlambat bangun dan anda meminta maaf, manalah tahu sejuk hati bos anda melihat kejujuran anda dan memaafkan anda. Ye tak? So berkatalah benar dan sentiasalah berperasangka baik. Sekian. Peace =)

5 comments:

  1. berkata benarlah walaupun pahit. Tapi, susah orang nak wat cenggitu nak nak kalau rasa diri terancam kan.

    Btw, tenkiyu atas komen dan teguran tentang hijab.sangat2 hargainya.

    :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ade juge dengar mg takde tipu sunat tp kalo tipu sb nk buat baek boley ek ce cite sket haha

    saye tak ety tipu depan2 org,nnty saye tergelak sb ngade2 nk tipu riak muke pun boley tawu haha

    ReplyDelete
  4. owh tipu nak buat baik ke...macam kite derma sejumlah duet yg banyak kat masjid contohnye tapi kite kata orang lain yang bagi sebab xnak riak. biase dengar gak tu. boleh la kotttttt.hehe cuba rujuk pada yang pakar.

    hahaha kalau nak menipu ni kene ade skill...muka kena selamber, cakap kena yakin, jangan tergelak....haha macam2 la.

    ReplyDelete