Monday, June 13, 2011

aku pun nak jugakkkkk

Ramai orang terutamanya perempuan ada buat entry pasal hero kegemaran mereka yang pastinya dari jejaka-jejaka jambu korea dan Nippon paint. Ok, aku bukan nak terikut-ikut diorang tapi aku jugak ada hero kegemaran aku dari negara matahari terbit itu. Jangan nak gelakkan aku atau kata aku gila korea atau jepun. Baca dulu entry ni sampai habis.

Ok first, aku nak cerita hero aku dari jepun dulu. Nama beliau adalah Tetsuo Kurata. Beliau adalah pemegang watak Kotaro Minami dalam siri hero bertopeng Kamen Rider Black dan Kamen Rider Black RX. Siapa-siapa yang lahir zaman-zaman aku mesti kenal dia ni. Beliau muncul dalam siri tersebut dan memegang watak hero pada umur beliau 19 tahun selepas tamat sekolah tinggi beliau. Mungkin ramai tak kenal Tetsuo Kurata pada masa itu. Yelah, kecik2 dulu mana nak hafal nama pelakon. Tapi kalau sebut Kotaro Minami atau Kamen Rider Black (Satria Baja Hitam di Malaysia) memang orang kenal sangat la. Selain dari melakonkan watak utama sebagai hero, beliau juga merupakan penyanyi kepada lagu tema siri Kamen Rider Black tersebut, manakala Kamen Rider Black RX pulak dinyanyikan oleh orang lain. Siri Kamen Rider Black dan Black RX merupakan siri Kamen Rider yang paling successful dihasilkan dan merupakan Kamen Rider yang paling digemari peminat berbanding Kamen Rider yang lain. Tapi aku tak minat sangat Black sebab start dia lah Kamen Rider dah tak pakai scarf. Kamen Rider kegemaran aku adalah Kamen Rider Super-1. Hehe dah kantoi nickname aku.


Tetsuo Kurata a.k.a. Kotaro Minami


Kamen Rider Black RX

Dan ini pulak video klip lagu tema Kamen Rider Black nyanyian Tetsuo Kurata



Ok next, aku tak minat hero Korea sebab takde lagi yang menambat hati aku (hak tuih!!). Semua nak bajet-bajet jambu je. Tak macho langsung. Ok, hero kedua aku adalah daripada Hong Kong. Nama beliau adalah Ekin Cheng. Beliau adalah pemegang watak Chan Ho Nam dalam filem bersiri Young and Dangerous. Beliau juga pemegang watak Bu Jing Yun dalam filem The Storm Riders. Ekin Cheng ni punyalah macho gila babeng. Dalam Yound and Dangerous beliau memegang watak sebagai ketua kongsi gelap kawasan Causeway Bay di Hong Kong. Perwatakannya cool, steady, bijak….ala standard la hero punya watak. Siapa tak tengok lagi cerita ni aku tak tau la dia hidup zaman apa. Ada sampai enam filem Young and Dangerous tak silap aku dan ada satu siri nya dilakonkan di Malaysia.


kongsi gelap kena pakai blazer beb


Kalau dalam filem The Storm Riders pulak, dia memegang watak pemegang kuasa angin dan memiliki Pedang Serba Sunyi dan didampingi Aaron Kwok yang memegang watak Po Keng Wan yang memiliki kuasa air. Fulamak...memang style gila babeng wa cakap lu. Apa yang aku paling minat kat beliau dalam cerita ni adalah rambut beliau yang super stylo panjang dan asli. Tak silap aku rambut tu dia sengaja simpan untuk filem tu. Kalau rambut aku cantik cam dia sumpah aku dah simpan panjang camtu.

style kan rambut beliau?


tak caya cakap aku?

Trivia: khabar angin mengatakan Ek in Cheng ini memang ahli kongsi gelap dan beliau dilarang berlakon filem yang luar daripada Hong Kong produksinya. Beliau juga merupakan seorang penyanyi di Hong Kong.

1 comment:

  1. p/s : aku buat entry ni sebab baru tengok balik citer storm riders kat tv 3 tadi. hehe

    ReplyDelete