Tak tau Econsave tu ape?
Hari ini sudah masuk hari kedua aku bekerja. Kerja aku tidak susah. Hanya menyusun barang-barang di atas rak yang ditetapkan dan pastikan barang-barang sentiasa cukup. Semalam hari pertama, sesampainya aku di situ, ada pulak perhimpunan rasmi pekerja sebelum start kerja. Dah macam sekolah pulak. Pastu ada pulak senaman ringan, baca ikrar, dan last sekali ucapan daripada bos. Ntah ape-ape la tempat ni. Lepas habis ucapan, ada pulak sambutan birthday untuk pekerja yang birthday nya di dekat-dekat tarikh semalam. Haih, macam-macam.
Sekadar gambar hiasan
Lepas habis semua perkara laghor tu, aku pun di-assign kepada seorang pekerja Nepal untuk mengajar aku tentang cara aku perlu bekerja. Sumpah aku tak paham langsung dia cakap apa. Last-last, aku surrender dan suruh orang lain yang ajar. Adalah seorang kakak ni guide aku. Rupa-rupanya kerja aku ni macam takde arah tuju. Takde target lah senang cerita. Apa je sangat susun barang kat rak? Senafas je dah boleh setel. Lepas tu aku dah tak tau nak buat apa. Tapi kalau mengular bos marah pulak. Last-last, setelah beramah mesra dengan pekerja lain, barulah aku tau macam mana nak kerja situ. Bila barang dah susun, kalau dah takde kerja, check la expiry date ke, tag harga ke, promotion date ke…buat list barang dah nak expired, promotion date dah nak tamat, dan barang-barang yang dah kurang kat rak. Senang cerita, kata kunci di situ ialah: BUAT-BUAT SIBUK.
Security kat situ ketat giler. Handphone, rokok dan wallet tak boleh bawak masuk kerja. Simpan dalam loker pekerja. Aku tak paham tang mana point yang wallet tak boleh bawak masuk tu? Kalau handphone dengan rokok tu aku paham la sebab taknak bagi orang mengular.Satu lagi yang tak best, takde tempat duduk! Dengan erti kata lain, aku terpaksa berdiri sepanjang masa aku bekerja. Kaki aku punya lenguh tak payah sembang la, dah keluar urat biru.
Baik aku kerja ni je kalau nak berdiri lama-lama
Itu je lah review yang aku boleh buat untuk kerja part time aku. Pendapat aku: kerja tu bosan ya amat, penat kena berdiri (8 jam kena berdiri beb), tak tau nak buat apa sebenarnya, takde target, bla bla bla yada yada…. Habis je kerja masa first day, setelah menjalani seharian kehidupan di Econsave yang sebegitu, dengan kaki yang lenguh dek kerana berdiri lama, aku bermonolog di dalam hati, “BERSYUKURLAH WEYYY, KAU DAH DAPAT KERJA”
Sorry aku merapu pasal diri sendiri lagi. Sekian.
hey! kite kengkadang shopping situ jugak, sbb kite blaja kat KUIM aritu. hihi tp skang dah jadik penganggur berhemah :DD
ReplyDeleteowh yeke...situ x ramai orang datang dah. masjid tanah pun dah ade family store...orang dah x g sane...
ReplyDeletewah...dh dpt keje..best nya!!
ReplyDeletedtg bc entry n follow awk!
klu sudi mai lah dtg singgh blog n kelik2 adds:)
ape2 pun selamat bertugas ye..:)
ReplyDeletekutuk econsave ke nie????
ReplyDelete