Saturday, May 7, 2011

Fake ke ori?

Adakah anda kesah barang yang anda beli tu fake ke original?

Bagi aku, depends. Ade barang yang aku tak kesah. Ade yang yang aku kesah. Aku nak cerita menjerumus kepada pakaian.

Kalau baju, aku tak kesah sangat fake ke ori. Banyak je aku beli jersey kat padang besar. Sebijik cam ori beb. Yang penting bagi aku smart dan selesa. Dan prinsip aku kat sini, “kalau ko beli ori pun bukan orang cakap ko beli ori, orang akan anggap ko punye fake jugak.” Betul tak?

Tapi aku ade gak la baju aku beli ori sebab tempting gile tengok. Dan sebab fake punye takde jual, atau fake punye macam gampang. Macam baju2 Arnold Palmer aku dengan jacket. Call me stupid, aku ade baju band Iron Maiden aku beli RM120 semata-mata aku reject yang fake punya sebab fake punya panas kalau pakai. Tang gambar tu tak telus udara.

Sama jugak dengan seluar. Jeans aku semua beli kat padang besar gak. Walaupun takde la selesa macam yang ori punye tapi bagi aku berbaloi la. murah berganda-ganda beb.

Tapi kalau kasut, aku suka beli yang original. Sebab kasut fake confirm tak tahan lama. Kasut kita pakai untuk aktiviti lasak atau untuk berjalan jauh. So penting untuk ianya tahan lama. Aku tak kesah keluar duit beratus-ratus untuk sepasang kasut. Kerja paling gila aku buat adalah beli kasut Reebok Classic berharga RM3++. Mula-mula rasa bongok gak sebab macam2 boleh buat dengan duit banyak tu. tapi bila dah lama pakai kasut tu baru aku sedar ianya berbaloi. Kasut tu sangat selesa dan tahan lama.

Harus diingatkan di sini, aku bukanlah orang kaya. So itu salah satu sebab aku tak gila brand sangat. Biar berpada-pada. Jangan jadi tipikal melayu yang biar papa asal bergaya tu. so kalau aku nak beli sesuatu barang tu aku akan simpan duit sendiri dan kurangkan bajet untuk benda-benda lain. Kita bukan nak hidup untuk hari ni je.


nota kaki: untuk annual function yang hanya satu malam tu, ko spend RM7++ untuk attire ko dari atas sampai bawah, ok itu bodoh.

7 comments:

  1. saya sokong statement anda kat nota kaki tuh :)

    ReplyDelete
  2. sy sokong statement anda

    sy pun bkn org kaya, maka sy tak kisah pun kalau sy pakai yg fake

    tp mmg ada yg ori mcm kasut, sama seperti anda, sy pernah beli sepasang kasut brand north face yg cecah 300++ sbb pada sy kasut biorlah ori sbb kasut kot mana pun mmg akan lasak, samalah mcm kasut kerja dan hand bag, sbb hand bag ori boleh pakai smp 4-5 thn, kat situ sebenarnya dah kira jimat sbb tak yah tukar hand bag.hahahhaa

    setakat kain baju kurung kain baju kebaya yg sy nak pakai hari2 pegi kerja sy pakai yg biasa je, kalau org tny baju beli kat mana pun tanpa segan silu sy ckp beli kat mydin tanpa rasa bersalah

    sbb sy bkn org kaya, tak kisah jugak kalau org tahu sy pakai yg biasa2 je, tak kisahlah org tahu sy pakai yg fake

    hahahaa

    ReplyDelete
  3. yup, itu cara kita nak berjimat sebenarnya. yang perlu tahan lama dan lasak, kita bila yang original sebab lebih berkualiti. yang lain2 tu, xkesahla fake ke tak,asalkan kite selesa :-)

    ReplyDelete
  4. back to basic la, apa sebenarnya tujuan pakai tu diciptakan betul tak. beli baju mahal-mahal pun tak tutup aurat tak guna jugak. kahkahkah

    ReplyDelete
  5. betul2. beli mahal2 tapi kainnye tak cukup. rugi2...hahahaha

    ReplyDelete
  6. yeh saye tak kisah juge! sb tak ety pun nk recognize huahaha

    ReplyDelete
  7. hahaha rite2. tapi kadang2 ori ke tak main peranan gak. terutamanya pada kualiti.

    ReplyDelete