Friday, February 4, 2011

ko nak jadi ape?

Mari kite sambung tajuk hari tu. Sekarang aku nak citer perihal undang-undang dan kerjaya. Sebut je amek law, mesti dalam kepale otak semua nak jadi lawyer, majistret, AHLI MUZIK??, dan hakim. Tu semua common la. Ye la, kalau nak jadi doctor, amek medic. Nak jadi engineer, amek engineering. So, kalau taknak jadi lawyer, watpe amek law ye tak?

SALAH!!!

Sebenarnya amek law ni boleh jadi ape2 je. Biasenya orang yang ade degree in law ni die akan berlagak semacam. Eh, silap. Die akan jadi lawyer, legal advisor, arbitrator, dan pelbagai lagi kerjaya dalam perundangan. Kalau kerajaan plak, biasenya diorang boleh jadi penguatkuasa macam JPJ, kastam, dan imigresen. Kalau dalam perundangan, boleh jadi majistret, timbalan pendakwa raya (DPP), penolong kanan pendaftar mahkamah dan lain-lain lagi. Tapi sebenarnya, sepertimana yang kita semua tahu, kalau masuk kerajaan mane-mane pun boleh asalkan ade degree. So kalau ko nak keje Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Perikanan, dan Jambatan Pulau Pinang pun boleh. Takpe, cikgu tak marah. Tapi tau tak sebenarnya, bagi aku, jadi lawyer adalah pilihan terakhir aku bila da grad nanti. Nak tau kenape?

Macam yang aku cakap sebelum ni, amek law ni tak susah sangat. Ye memang tak susah, tapi penat beb nak study terutamanya bila nak exam. Atau dengan ayat tulus ikhlasnye, memang penat nak study mase exam sebab mase exam je rase kene study. Oleh itu, meh sini aku citer sket macam mane kalau jadi lawyer nanti. Kalau jadi lawyer, ko kene present case ko depan judge. Pastu ko ingat ko boleh sembang camtu je dengan judge tu macam ko masuk pidato diraja atau debat perdana? Ko kene study dulu camne nak settle kes ko. Pastu nanti ko kene wat submission untuk judge tu. Setakat sembang je tak payah la belajar law susah2 dulu kat U. Kalau camtu orang kampong yang cakap letop ataupun wakil rakyat mane-mane pun boleh jadi lawyer. Oleh itu, dengan erti kata lain, kalau jadi lawyer, ia bermakna ko kene sentiasa study sampailah ko mamp*s. Tak boring ke da study lame kat U, pastu da keje kene study lagi?

Lagi satu, kalau ko tak prepare untuk present case, ade possibility yang ko akan dimaki hamun oleh hakim, kene baling fail dang mungkin boleh dihalau keluar court room tu. Confirm malu gile beb. Zaman belajar at least kalau ko tak prepare untuk exam, ko tak dapat jawab je. Takde lah sampai dimalukan sebegitu. Pastu ko bukan boleh ajak repeat kat bas stand macam ko gadoh zaman sekolah dulu. Ko ingat judge tu sape yob??

Jadi HAKIM?? Same je la macam jadi lawyer. Ko kene jugak study case untuk ko bicarakan tu dulu. Kalau ko tak study, nanti lawyer ke, DPP ke sembang pape kat ko, ko angguk je. Pastu bagi keputusan suka hati ko. Lagi la tak boleh. Lagipun keje hakim ni sangat berat tanggungjawab die. Kite yang pegang kuasa nak tentukan siapa yang salah, apa hukuman die. Kalau kita salah bagi keputusan, tanggung la dunia akhirat. Bahaya ouh! Orang kata kalau jadi hakim ni, sebelah kaki dah masuk pintu neraka tu, yang sebelah lagi tu tunggu timing je ko buat silap. Sekarang pun da banyak kes hakim corrupt la ape la.

Kalau keje kerajaan pulak, tak kesah la ape-ape jabatan, sempoi sket. Jadi kakitangan kerajaan ni senang je. Pagi kul 8 masuk keje punch kad jap, pastu kuar minum dengan member. Dalam kul 9 lebih balik office, semak-semak sket keje nak buat hari tu. Pukul 10 kang main Counter Strike link dengan satu bangunan office tu (ni citer betul eh di mana member aku yang bekerja di putrajaya hanya menghabiskan masa bermain CS dengan budak office satu bangunan tu). Pastu pukul 12 kuar lunch, lepak, semayang sampai kul 3. Pastu balik office sembang2 jap. Pukul 5 punch card balik rumah. Ulanglah hari-hari sampai pencen. Gaji ko bulan-bulan masuk je macam biase. Senang kan?

Memang la keje kerajaan ni gaji tak besa nak bandingkan dengan lawyer. Lawyer sign itu ini je da boleh dapat sampai RM10k sebulan. Tapi sebenarnye depends jugak kat bisnes lawyer tu. Kalau die feymes, banyak tokey nightclub, tokey babi dan kilang arak client die, masyuk la die. Kalau cap ayam setakat nak amek kes yang jujur je memang tak kaya la. Senang citer, kalau nak kaya jadi lawyer boleh, tapi susah la kalau tak main kotor, kalau tak menangkan orang yang tak sepatutnya. So better keje kerajaan je. Same jugak jalan citer die. Duit gaji tak halal jugak sebab makan gaji buta je. Abes mane yang betul? Hahaha.

Sebagai kesimpulan, sepertimana yang aku cakap tadi, jadi lawyer ni susah sebab kene study je manjang. Dan disebabkan aku ni jenis malas study, so tau-tau je lah aku nak jadi ape kan?

3 comments:

  1. hg amik law ka?
    aku nak jdikan hg peguam peribadi aku bole?
    hihihi...
    adik ipar makcik aku amik law jugak..
    kt UITM Shah Alam...

    ReplyDelete
  2. kalau aku jadik lawyer la...kalau aku jadik tauke kilang biskut xdapat la jack...

    ReplyDelete
  3. sy amik law tp xde minat jd lawyer or hakim or yg brkaitan
    btul ble kate amik law smua akn bg respon yng wahh!wow! dsbgnya.
    dn soalan, "wah nnti jd lawyer la ni." akan jwb xla.xnk jd lawyer.
    dn mereka mcm, "ek eleh knapa amik law cmtu, baik xpyh amik law."
    siap ad yg marah lg =) sabar ajela..isbir.
    end up mybe jd lecturer/ krja kerajaan/ suri rumah ..? dun know yet tp ALLAH dh janjikn setiap org dikurniakn rezeki yg berbeza2.In Shaa ALLAH.cuma kita, nk atau xnk, usaha atau xusaha.=)
    *tq for dis entry..=)

    ReplyDelete