Sunday, February 20, 2011

Annual Dinner 2011

minggu yang sangat sibuk. aku ade 3 assignment nak kene submit minggu ni dan 1 presentation minggu depan. sekarang ni memang tak boleh duduk diam. dalam kepala duk pikir keje tak siap2 lagi. dah la keje yang main perah otak dan memerlukan kefahaman yang tinggi. so agak kalut sket hidup aku sekarang ni.

oh ye, jumaat lepas ade dinner untuk fakulti aku. aku 'ditugaskan' untuk membuat persembahan live band bersama Poji, Sheng dan Joe. yang ni lagi kalut sebab mula2 bajet dah tak kene perform, alih2 last minit kene gak. Tu yang rase macam ‘ditugaskan’. So agak kalut la kitorang membuat persiapan dan praktis secepat mungkin. Banyak peristiwa yang aneh dan lucu berlaku. Antaranya, mula2 takde orang nak jadi vokalis. Aku dah malas nak menyanyi sebab susah nak nyanyi sambil bermain dan ditambah pula suara aku yang memang tak berapa nak sedap didengar. Tup2, tiba2 ramai giler plak vokalis ntah mane2 datangnya. Yeah, boleh kata hampir semua senior nak pakat nyanyi ramai2. Ha, elok la tu, senang keje aku. Satu lagi peristiwa, dan2 pulak studio kat changlun tutup mase kitorang nak praktis. So kene la berkayuh ke jitra dengan menaiki kereta kancil Poji seramai 6 orang yang badan masing-masing tidak kurang besar sepemeluk aku. Damn, memang cam beruk aku dalam kereta tertonggeng-tonggeng. Sampai jitra, studio die kokak cam hanjeng, cable putus2, dan yang paling sengsara, takde air cond. Aku main gitar mase tu rase cam tengah jogging die punye peluh. Mencurah-curah ke ladang gandum.

Semasa hari kejadian, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kitorang bawak lagu Wings – Sejati dengan Nasib Kita dan The Beatles - I want to Hold Your Hands. Lagu Wings aku main bass, lagu Beatles aku main gitar. Kitorang agak mendapat sambutan, I guess, sebab mendapat sorakan yang gemuruh. Ye la, dah semua senior duk atas pentas nyanyi ramai2 sure la terlompat-lompat masing-masing macam dapat salam Nora Danish. Aku pinjam sut Topman Sheng yang agak ketat sampai aku terpaksa pakai kemeja short sleeves je belah dalam. Panas giler babi stage tu ditambah dengan sut ketat tu, so berpeluh la aku laksana macam jamming hari tu. Macam biase, aku memang jenis tak market pun dalam event2 macam ni. So duduk je la termenung takde orang nak tangkap gambar dengan aku kecuali Poji. What a pathetic loser. Hahaha damn. Ade sorang junior ni kata aku cam menakutkan so die tak berani nak ajak aku tangkap gambar. Ceh, aku da tak botak pun ade orang cakap aku muka gangster lagi. Pasni dinner kene pakai kopiah la gamaknye. Oh ye, aku date dengan Didiana untuk dinner kali ini sebab die teman Anis Suraya dengan Azrul, dan die takde teman, so aku temankan la die. Ade plak orang ingat die awek aku. Ceh, what ever la.

Makanan die tak sedap. Dessert die keras. First time aku makan sup bawang. Macam minum air mata. Nasi die rase kosong sebab lauk die kering. Pastu makanan lambat sampai sampai aku dah menyumpah-nyumpah. Lightning ball room tu suck to death. Tengah2 gimik pun lampu terang-benderang. Persembahan2 agak kosong dan nampak sangat tak prepare betul2. Aku ingat dapat naik pentas salam hakim yang jadi VIP malam tu, last-last salam Azizul Hakim je presiden Lawsoc yang aku boleh salam hari-hari siap boleh bogel-bogel sebab satu kolej. Perjalanan aturcara agak ok tapi tu la, rase cam kosong. Dinner tahun lepas kat Sungai Petani tu better kot. Ape2 pun, terima kasih kepada semua yang terlibat.

Salam ikhlas dari kami, Poji and the Cockroaches.

2 comments:

  1. kuanggg hajooo ko untk last paragraph bab persembahan... hahaha

    ReplyDelete
  2. haha..sory anept..i didn't mean to hurt her..
    xtau sgt2..say sory to her..
    untuk pngetahuan umum sye bukan awek anept..huhu
    btw, thanx 4 all(",)..

    ReplyDelete