Wednesday, December 28, 2011

sekolah cina??

Tengah lepak-lepak dalam bilik menanti final exam walaupun belum start study, tiba-tiba aku teringat zaman aku sekolah cina dulu. Dulu kecik2 aku tak banyak kawan Melayu. Kalau ade pun setakat kawan mengaji dengan kawan sekolah agama. Pastu aku sorang je plak sekolah cina dalam adik beradik aku. So bila ade orang telefon rumah cakap cina atau cakap Melayu macam tak berapa betul, memang untuk aku la tu.

Perbezaan sekolah cina dan sekolah melayu ni memang banyak. First, bahasa perantaraan adalah bahasa cina (of cos la kan). Perhimpunan bahasa cina, signboard bahasa cina, name tag bahasa cina, semua benda lah. Pastu semua subjek dia ajar dalam bahasa cina kecuali bahasa Malaysia (of cos la kan), English (pun same), dan Pendidikan Islam. Bayangkan aku belajar sains, matematik, muzik, pendidikan jasmani dalam bahasa cina. By the way, ya, Pendidikan Islam ada diajar di sekolah cina. Jangan tak tau. Tapi of cos la untuk orang Islam je. Orang bukan Islam pulak belajar pendidikan moral, tapi dalam bahasa cina la.

Second, makanan kat kantin. Makanan merupakan satu isu masa aku sekolah cina dulu. Untuk pengetahuan korang, babi adalah menu utama di kantin sekolah. Murid2 dan guru2 menyantapnya dengan penuh rakus dan nikmat sekali. So apa yang terjadi kepada kami yang Melayu ni? Biasanya kami bawak bekal dari rumah atau beli makanan ringan seperti roti sahaja. Aku plak jenis yang malas ni memilih untuk berlapar sahaja. Ape lah sangat tak makan dari pagi sampai tengah hari. Kadang2 kalau aku rajin aku bawak jugak bekal dari rumah.

Third, cikgu2 kat sekolah cina ni bapak lah garang orang nya. Keje nak marah orang je. Ade la jugak yang baek2 tapi kebanyakannya garang2 lah. Keje sekolah tak siap, baik hang ponteng je sekolah hari tu. Kalau datang naya je kena hambat (rotan) dengan cikgu. Pastu kene tengking, maki hamun, macam2 la. Aku kalau keje sekolah tertinggal kat sekolah, sanggup aku ajak bapak aku datang sekolah malam2 buta pergi amek. Tapi cikgu sekolah cina ni jenis tak pakai kaki tangan. Diorang rotan je. Aku dengar cite lak sekolah melayu siap ade kene terajang semua dengan cikgu. Bezanya cikgu sekolah melayu ni takde lah nak marah2 je. Ni kat sekolah aku la, aku tak tau la sekolah cina tempat lain camne.

Fourth, sekolah aku dulu wat sukan 4 tahun sekali. Dah macam olimpik pulak. Aku pun pelik. Aku merasa hari sukan kat sekolah masa aku darjah 1 dan darjah 4 je. Tapi aku habaq hang, sekali dia buat memang meriah tak ingat punye. Siap order lori coca cola datang bagi air coke free. Pastu ade persembahan pembukaan dan penutup lagi. Dah macam world cup lak. Rumah sukan biasa la ikut warna. Pakaian sukan of cos la seluar pendek. Laki perempuan semua sama. Dulu kecik2 apedehal tengok peha perempuan. Sekarang jangan buat pasal yopp. Aku ingat dulu masa sukan aku masuk tarik tali je. Lari tak laju, lompat tak tinggi. Haha

Fifth, sekolah cina ni tak suka buat benda merapu dan tak mendatangkan faedah dan keuntungan. Well, biaselah otak cina, fikir untung je (bukan nak racist eh). Salah satunya adalah pengawas dan pustakawan tidak dibezakan dengan warna baju seperti sekolah2 melayu seperti warna pink, biru, kuning, kelabu taik anjing etc. Pengawas hanya memakai necktie manakala pustakawan memakai name tag kaler merah. Aku tak tahu kenapa, mungkin tak mahu membazir duit mak bapak beli baju lain agaknya.

 Yang keenam dan yang paling ketara adalah, sekolah cina ni sangat mementingkan pelajaran. Bermula daripada darjah 4, kelas intensif untuk UPSR dah dimulakan. Bayangkan, setiap hari aku balik pukul 4 petang kecuali hari jumaat daripada darjah 4 sampai darjah 6. Dah macam keje ofis hour pulak. Masa darjah 6 pulak, hari jumaat balik pukul 1.30 petang. Malu nak cakap benda ni, tapi aku mengaku memang aku tak sembahyang jumaat sepanjang aku darjah 6. Yela, mane sempat. Sekolah agama pun aku tak abes. Sampai darjah 5 je sebab darjah 6 kelas intensif tu dilanjutkan sampai pukul 5, so tak sempat aku nak pergi sekolah agama. Gila tak?

Tu jela setakat ni. Sebenarnya aku nak tulis pasal benda lain tapi meleret masuk pasal ni pulak. Takpe la nostalgia tu semua. Peace!

Thursday, December 22, 2011

Orang Melaka Cakap Kasau?

Ramai yang dok mengadu terutamanya “orang yang tak masak lagi” dengan budaya orang-orang Melaka iaitu melibatkan bahasa orang Melaka. Mereka komplen yang bahasa Melaka ni kasau sangat? Betul ker sampai begitu sekali?

Sebenarnya beginilah, memang cara orang Melaka jenis cakap lepas. Laser dan suka beterus terang. Tak cukup dengan itu, kalau cakap sesama sendiri boleh bikin riuh satu kampung. Tapi itulah, tak semua orang Melaka jenis macam itu, tetapi hakikatnya sebahagian besarnya begitulah. Cakap pun main lepas sahaja, walaubagaimanapun tiada pun yang simpan dalam hati. Habis kat situ juga. Orang Melaka ini diakui jenis yang cepat mesra.

Macam kami katakan tadi, tak semua orang Melaka jenis yang cakap kasar. Ada gak “orang Melaka celop” yang tak terpengaruh pun untuk kahau bila bercakap. Ada juga sesetengah kawasan di Melaka agak slow down sikit . Tetapi berhati-hati kalau orang Melaka terutamanya melibatkan orang Bachang jumpa dengan orang Melaka yang tinggal di Pokok Mangga (sebagai salah satu contoh). Boleh bergaduh dan riuh sekampung dibuatnya. Orang tua-tua ada kata dahulu……

“masuk kandang kambing mengembek”
“masuk kandang rimau kena la mengaummm”

Setiap negeri ada keunikan tersendiri baik daripada segi budaya mahupun bahasanya. Kami merasakan bahasa orang Melaka antara yang paling menepati tatabahasa bahasa rasmi Malaysia. Tiada yang diubahnya. Selain tu loghat Melaka juga jujur dan berterus terang serta paling sempoi tetapi tajam sehinggakan kalau ada yang tak biasa atau tak tahan mendengarnya, boleh makan hati dibuatnya.

Bagi kami juga bahasa orang Melaka tak kasar, tetapi mungkin juga cara penyampaiannya dilihat agak kasar tetapi ia sebenarnya berniat untuk menyindir atau bertujuan menyakitkan hati rakan mereka (dalam bentuk yang mesra bagiu mereka). Cuma apabila mereka memberikan pendapat, mereka-mereka ini akan menyuarakan tanpa was-was. Dan disebabkan kelantangan seperti inilah orang Melaka dilihat kasar, laser, lagi apa lagi?

Walauapapun, sekasar-kasar orang Melaka pun, hati mereka tetap baik, mudah mesra dan jenis yang tak cakap belakang. Setuju tak?

Kadang-kadang kita biasa dengar ayat, “kalau tak kenal maka tak cinta”. Inilah dia. Jika kita ingin mengenal dan mengetahui rentak bagi satu-satu masyarakat, kita kena kenal budayanya, bahasanya dan istilah yang digunakan. Contohnya, yang sekarang saya nak cakap berkenaan Istilah & bahasa orang Melaka yang selalu mereka gunakan, lebih-lebih lagi kalau dah jumpa sama-sama kroni orang Melaka jugak. Memang alamat riuhla…..

Kalau ada yang tertinggal, tolong bagitau ye di bahagian komen…..Nanti kami updatekan di sini. Contoh bahasa & istilah orang Melaka :

1. Kensal : Tuala

2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”

3. Kahau : Cakap kasar

4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….

5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).

6. Berboko, barah, cekik : Makan

7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………

8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).

9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?

10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)

11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.

12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)

13. Gobok : Almari

14. Membongkang : tidur yang amat lena

15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau

16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)

17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas

18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah

19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?

20. Lopak : Pencil box

21. Beledi : Baldi

22. Lemari : Almari

23. Lebang : Pemalas

Sebenarnya tak semua pun orang Melaka macam itu. Sesetengah sahaja sebenarnya. Sebab kadang-kadang nama sahaja orang Melaka, tetapi disebabkan banyak merantau atas urusan kerja kerja atau pun sambung belajar di luar Melaka, kemungkinan cara percakapan agak berbeza. Bagi orang Melaka yang duduk sekitar kawasan Alai, Bachang, Klebang dan Ujung Pasir. Mereka ini terkenal dengan bahasa Melaka yang boleh tahan pekatnya. Kena pula orang Melaka yang pure, tiada celop-celop punya. Kalau kawan mereka dan dah lama tak berkunjung ke rumah. Jangan terperanjat kalau mereka cakap begini bunyinya :

” Lama kau tak datang, ingatkan dah mampos !” (Sabar…… tu tanda kemesraan sejati orang-orang Melaka)

P/S : Nampak ucapan dan ayat tu keras dan pedas bukan, tapi itulah realiti sebahagian bahasa orang Melaka. Istilah & Bahasa Orang Melaka nampak sahaja “kahau”, tetapi hati orang Melaka baik-baik belaka sebenarnya.

Sunday, December 18, 2011

kisah seorang ulama dan peramugari

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya kesingki, seorang pramugari telah ternampak perbuata...n ulama itu lalu menegurnya..

Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki.Ini tempat basuk muka, bukan basuh kaki!

Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama : (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Saturday, December 17, 2011

lagu untuk mu

Show the way from down below
Welcome home, I'd feel above
Putting those who never
Shower with my advice

And I tried a little weird
Feelin' lost inside myself
No one knows how better it gets
Sometimes one day

Handful of house
Show it all out
While I'm figuring out why
No one cares but bliss

Nothing is as good as gold
Some things get strap and sprain
As silvery as the open life
We know below

And I tried a little weird
Feelin' sorry for myself
Nobody knows when we meet again
Someplace, somewhere

Stranded on an isle
Feeling of the two of us
Figuring out just why
No one cares but bliss

I'm tired and I'm gonna sleep...

Monday, December 5, 2011

truthfully, i'm advocating this.


Ha, da lame tak update blog. Dah bersawang dah pun blog aku ni. Ni tiba-tiba aku dapat idea nak tulis entry lepas aku blogwalking tadi. Aku terjumpe la gambar ni. Aku pun terfikir, betul jugak ideology mamat dalam gambar ni. So sebagai bakal peguambela dan peguamcara (pegi mampus), di sini aku ingin memberikan hujah-hujah aku lantaran membuat submission kepada pembaca sekalian yang bertindak sebagai hakim ataupun wali hakim untuk dipertimbangkan.

Sebenarnya benda ni dah lama berlaku dari zaman batu lagi. Banyak juga wujud orang yang berperwatakan menarik, mempunyai status financial yang kukuh, tetapi sedikit kureng pada pendidikan mahupun IQ mereka. Kadang-kadang kita nampak mamat naik kereta sport mewah, atau bawak superbike, pakaian berjenama mahal, senang citer memang macho habes lah. Kalau parking kat depan shopping mall tu memang sumer awek dok usya la. Tetapi sebenarnya belum tentu masuk university pun mamat tu. Semuanya datang dari hasil kerja keras mak bapak diorang. Senang citer diorang mampu pakai sumer tu sebab mak bapak diorang kaya. Tu je. Cuba kita fikir logic, mampu ke kita nak pakai kereta mewah dalam umur muda-muda ni? Setakat kau kerja berapa sangat la dapat kau kumpul masa kau muda ni sampai dapat pakai tu sumer. So konpem2 lah mak bapak dia yang belikan.

Aku tulis benda ni bukanlah aku nak jeles ke ape. Ha sebenarnye tujuan aku tulis ni adalah untuk korang sumer supaya jangan jeles sangat kat orang macam diorang tu. Cuba korang fikir balik, itu je lah pun modal yang diorang ade. Orang sumer kagum tengok diorang sebab diorang kaya dan macho gila. Bayangkan pulak kalau diorang dah tak macam tu. Dah la bangang, pastu dah tak macho. Ha, camne pulak tu? Orang yang selekeh tu at least ade la jugak otak dan berpelajaran, sungguhpun tak macho gila. Lagi satu, tak perlu la korang nak iri hati tengok member2 dalam kelas pakai gadget mahal2, asyik2 tukar henfon, pakai baju brand gitu-gini. Semua tu bukan dari hasil diorang sendiri. Sama ada beli pakai duit mak bapak, ataupun pakai duit PTPTN/JPA/MARA. Tapi tak salah nak jeles. Letakkan jeles korang tu kat arah positif. Pasang cita-cita yang satu hari nanti korang akan mampu pakai itu sumer hasil dari kerja keras korang sendiri. Dan sesungguhnya itu lebih baik daripada korang membebankan mak bapak korang nak demand benda tu sumer. Kalau korang beli pakai duit PTPTN/JPA/MARA pulak, korang lagi bangang dari diorang. Nanti tak sampai hujung semester korang dah takde duit nak belanje, pastu mintak kat mak bapak. Same je menyusahkan diorang gak.

Aku membesar dalam keadaan yang serba sederhana. Aku tak punyai barangan mewah mahupun branded semasa kecik dahulu (sampai la ni pun). Parents aku bekerja sebagai penjawat kakitangan kerajaan sahaja. So keluarga kami tidaklah kaya ataupun mewah walaupun duduk dekat dengan Taman Mewah. Tetapi syukur Alhamdulillah, makan pakai aku setakat ni sumer cukup takdela sampai kais pagi makan pagi kais petang makan petang pun macam ayam tu. Elok je aku membesar dan hidup sampai sekarang. Selalu je aku makan ayam. My point is, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Material dunia ni sumer tak kekal. Bila-bila masa Tuhan boleh tarik dari kita.

So konklusinya, yang penting, kita kena belajar betul-betul. Bak kata gambar di atas, “belajar le rajin2 supaya tak jadi orang bangang”. So bila satu hari nanti, orang-orang yang kau kagum sebab macho abes tu akan kagum kat kau pulak. Tetapi cadangan aku, biarlah kita sentiasa bersederhana. Tak perlu nak pakai itu-ini mahal-mahal. Tak kemana sumer tu. Kita ada asal-usul, remember our root. Kadang2 orang yang dilimpahi kemewahan ni boleh lupa diri. Itu yang kita tak nak. Aku pernah jugak terfikir satu hari nanti, kalau aku kaya (kalaulah), aku nak bagi anak aku pakai mewah2, nak belikan dia gadget gempak2, nak bagi hidup senang, tapi bila fikir balik, mungkin dia akan tenggelam dalam kemewahan tu dan malas nak belajar, tak nak berdikari. Pastu last2 jadi bangang. Aku tak nak lah anak aku jadi macho gila tapi bangang macam dalam gambar kat atas ni. Biar orang pandang kita sebab intellectual kita, bukan sebab gaya kita. Biar nampak selekeh, tapi ade otak. Peace!

p/s: jangan ingat apek cina pakai seluar pendek orang takde duit.