Friday, December 31, 2010
hijab dan fesyen
dalam era millennium ni, fesyen juga berubah-ubah. semakin moden dan daring. baik barat mahupun islam. aku nak sentuh tentang fesyen islam yang memfokus kepada wanita. sekarang ni dah bermacam-macam fesyen hijab (hijab ke?) dicipta oleh entah mana-mana makhluk asing. apa yang bagusnya, banyak wanita islam yang dulunya free hair ke, sekarang da pakai tudung. macam-macam la bentuk tudungnya, bawal la, wardina la, yuna la, sardin la (ade ke?). tapi yang aku terfikir dalam kepala otak aku, diorang ni pakai tudung sebab nak tutup aurat ke, sebab fesyen?
YUNA
ye, nama ini sudah meniti di bibir gadis-gadis melayu kita. konon-kononnya idol la sebab jadi artis tapi dapat mengekalkan imej bertudung dan hijab. mana-mana aku pergi mesti perempuan dok heboh cakap pasal yuna la, hana tajima la. pastu ramai la yang ikut style idol wanita melayu terakhir ni.
first, tanya diri sendiri dulu, apakah makna hijab dan menutup aurat? adakah setakat menutup rambut, memakai baju lengan panjang dan berseluar panjang sudah dikira menutup aurat? ok, tolak tepi dulu pasal niat nak tutup aurat ni, sama ada ikut fesyen ataupun memenuhi tuntutan agama. sekarang kita fokus pada makna dan cara menutup aurat yang sebenar.
ok, aku ni ilmu agama tidak la setinggi mana. senang cerita memang tak tinggi langsung la. tapi setahu aku, menutup aurat bagi perempuan adalah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. ok, itu yang asas la kita semua tahu. tahu kan? tapi ada lagi syarat tambahan iaitu pakaian itu mestilah tidak menampakkan bentuk susuk tubuh. kalau bertudung tu pula mestilah sehingga menutupi bahagian dada.
HA, kat sinilah orang selalu kantoi. memang la pakai tudung, tapi pakai tudung ibu Arini yang pasang siap tu, sarung je kat kepala. tudung tu selalunya singkat dan tidak sampai ke bahagian dada pun. tapi ada juga yang labuh. bagusla kalau pakai yang labuh tu. satu lagi, pakai selendang ke shawl ke dan sewaktu dengannya. lilit kepala dah macam mumia. yang itu aku tak pasti dan tak berani nak cakap. tapi senang cite memang confirm tak tutup bahagian dada. so macam mana? ikut agama ke ikut fesyen?
ok, pindah kat dress plak. sepertimana yang aku cakap tadi, mestilah tidak menampakkan susuk tubuh. sekarang ni dah masuk era fesyen pakai legging macam orang nak masuk marathon. agak-agak pakai legging tu tak menampakkan susuk tubuh ke? melekat macam baju scuba diving. cuba tengokacam kat bawah ni:
agak-agak fesyen macam ni dibenarkan ke dalam islam? aku pun pelik entah macam mana oraang boleh label ini fesyen muslimah sekarang. kepala otak hangpa. tak belajar agama ke? bukan la nak suruh pakai jubah ke apa sepanjang masa tapi agak-agak la kalau da pakai sampai macam ni. Saiz batang kaki dari peha hingga ke buku lali semuanya boleh dilihat dengan jelas sekali. ini lah wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang). Tiada MALUkah?
YA, itulah fenomena yang Yuna korang puja-puja tu bawa kepada korang. memangla die tak pakai legging, tapi skinny jeans tak ke melekat ikut bentuk kaki jugak? aku tak salahkan dia sebab dia tak suruh pun korang ikut dia. tapi takkan ko nak salahkan kilang pisau bila orang membunuh pakai pisau?
Pilihlah pakaian yang longgar. Pakaian yang tidak melekat di badan. Pakaian yang labuh. Pakaian yang sekali kita lihat, kita tahu itu pakaian wanita Islam. Pakaian yang tidak jarang. Pakaian yang tidak menyerupai pakaian orang agama lain. Bezakanlah diri kita wanita Islam ini dari orang bukan Islam. kalau setakat pakai macam ni, pastu nak kerek kat perempuan lain yang kau tu konon-kononnya tutup aurat, siap nak sound orang lain lagi, apa kata betulkan diri sendiri dulu. kau tu tutup aurat ikut islam ke tak?
lagi satu, tolonglah, aku cukup meluat kadang-kadang tengok orang macam ni bila diorang sound or ajar orang lain sedangkan diorang pun belum tentu betul. tak perlu la nak post kat facebook ke youtube ke apa tentang cara nak pakai tudung la apa la. pastu taruk plak gambar-gambar ko dengan boyfriend ko sana-sini. apa kes?
satu lagi 'lagi satu', tolonglah jangan kaitkan pasal tutup aurat ni dengan akhlak. memang la orang akan anggap yang bertudung litup ni baik-baik orangnya. so bila ada kes perempuan macam ni kena tangkap basah ke apa, terus golongan yang tak tutup aurat ni jadikan point ni sebagai pendinding diorang. dengan kata-kata hikmah seperti "eleh, orang pakai tudung pun perangai tak senonoh, kene tangkap basah!" ok, senang cerita macam ni la, itu hal dia dengan Tuhan. maybe die pakai tudung, tapi akhlak dia tak bagus. so tak perlu nak jadikan kes macam ni sebagai advantage kepada korang nak counter bila orang nasihat suruh tutup aurat. bak kata Idy, yang aku quote dari blog raihan, Teringat Idy cakap pada seseorang setelah orang itu cakap " Kau ingat orang pakai tudung ni baik sangat ke?" Idy balas balik "Kurang-kurang pun dia tutup aurat, kau???"
maxim hari ini :- kubur memang lain-lain, tapi kalau boleh tak mau la banyak kubur berapi-api.
Wednesday, December 29, 2010
musabab?
sebenarnya memang tiada sebab rasional mahupun kukuh. seperti header blog aku masa mula-mula aku buat blog 'blog ini hanyalah hasil repekan aku bila aku xde keje, so kalau nak cite banyak baek xyah bace'. tapi sekarang aku dah tukar sebab aku rasa ada entry aku yang macam pedas sikit ataupun discriminating so aku tukar macam yang ada sekarang.
honestly, aku tak tahu pun blog ni apa sebenarnya dahulu. ex aku dulu yang start buat so bila aku baca blog dia tiba-tiba rasa nak buat blog jugak. acah-acah sehati sejiwa la konon-kononnya.
sejak kebelakangan ini aku dah rajin blogwalking, baca blog-blog orang lain. ada blog lawak, ada blog islamic, macam-macam la. tapi kebanyakannya aku jumpa blog yang bercerita tentang diri masing-masing. ada yang jadikan blog mereka album foto, selalunya perempuan. dan sudah tentu confident level mereka tinggi dan menganggap diri mereka cantik. at least pada mata mereka sendiri.
ada juga blog yang macam...entah, aku tak tahu nak cakap. macam abstrak kot. tiada tujuan yang tetap. tidak bercerita tentang diri sendiri mahupun orang lain. pastu suka tulis entry-entry yang tidak jelas maksudnya. mungkin ditujukan kepada someone atau orang yang terlibat. banyak juga blog seperti ini.
bagi aku, aku buat blog ni lebih kepada macam diari aku sendiri. aku sebenarnya tak heran pun nak bagi orang baca blog aku. senang cerita, aku buat blog ni adalah untuk tatapan aku sendiri. tapi takde la aku private kan so siapa pun boleh baca. bukannya special atau secret mahupun bajet sangat nak private kan pun.
secara umum, tiada faedah sangat pun ber-blog-ging ni. hanya untuk isi masa lapang sahaja. mungkin bagus kalau blog-blog yang kita tulis atau baca mengandungi bahan ilmiah atau informasi yang menarik. kalau setakat entry pasal diri sendiri bajet bagus macam aku ni, memang takde faedah mahupun interest, apatah lagi riba. ada pula sampai bergaduh-gaduh dalam blog macam dalam ni. kalau camtu dah jadi tidak bagus. tidak kan?
kalau nak berblogging untuk kutuk-kutuk orang, ataupun mencari pergaduhan, memupuk kepada perpecahan kaum, lebih baik kumpul biji saga ataupun mendaki Gunung Datuk di Rembau.
meludah ke langit kena muka sendiri.
Monday, December 27, 2010
Wednesday, December 22, 2010
(bukan name sebenar)
Tuesday, December 14, 2010
Pertualangan
Monday, December 13, 2010
cerita seks
Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi.Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang.
Ala...ngkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.Joe menghela nafas panjang.. bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.
Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. entah berapa kali jam ditangan direnunginya..Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.. Roy. begitu jugak dengan yg lain2. Jack, Poie dan sigemuk itu.. Agi.
Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. dari tangan ke tangan aku berpindah. aku dikucup.diisap, diramas sepuas-puasnya. aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. tubuh ku di kecap mereka sepuas hati..dan akhirnya. setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur..Begitulah kisah ku.. AKU SEPUNTUNG ROKOK!!!