Alkisah maka tersebutlah hikayat seorang pemuda yg tinggal di hujung kampung. Adapun pemuda itu amatlah berbudi bahasa jua orangnya. Meskipun dia tidaklah seorang yang kaya bahkan papa kedana pula hendaknya. Dia tinggal bersama-sama ibunya yang telah tua dan menghidap penyakit demam malaria tapioca ala Zimbabwe. Maka dia terpaksalah bekerja sendirian untuk menampung kehidupan yang umpama ayam itu iaitu kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kadangkala beliau terpaksa mengais tanah betul-betul seperti ayam untuk mencari sesuap nasi. Alangkah kesiannya…
Arakian pada suatu hari, si pemuda itu keluarlah seperti biasa untuk mencari rezeki. Dia membawa chainsaw milik majlis daerah yang baru dirembatnya minggu lepas untuk menebang kayu di hutan. Maka hendak dijadikan cerita, apabila sepeninggalan si anak, si ibu telah didatangi perompak bertopeng untuk merompak sekalian isi rumahnya. Maka berlakulah pergelutan dengan si ibu yang tua dengan perompak bertopeng itu. Maka hendak dijadikan cerita, si ibu dengan stone cold stunnernya telah berjaya membuka topeng perompak itu. Maka terkantoilah muka perompak yang berjerawat dan berbau ketiak itu. Untuk mengelakkan daripada terkantoi dengan khalayak, si perompak pun mengeluarkan senapang yang entah mana-mana ianya muncul lalu menembak si ibu. Maka si ibu pun matilah dek kerana terkejut bunyik tembakan itu.
Sepulangan si pemuda yakni anaknya, dia amatlah terkejut kerana ibunya telah tidak bernyawa malah telah dikapankan. Sungguh baek hati si perompak itu mengapankannya. Maka dengan raungan dan rintihan, si anak pun mengapankan si ibu dengan D.I.Y nya menggunakan bulldozer yang dipinjam dari JKR. Si anak bersumpah akan menuntut bela atas kematian ibunya lalu berjumpa dengan seorang saintis gila yang tinggal di pergunungan Himalaya untuk mengubah dirinya menjadi kuat. Setelah melalui beberapa pembedahan dan fisioterapi, dia telah berjaya mengubah dirinya menjadi manusia separuh robot macam dalam cerita dragon ball tu. Sebelum balik, sempat lagi dia merembat motor jipang pakcik Leman sebelah rumah untuk dijadikan transportnya. Maka dengan berbekal helmet ala belalang, motor jipang, selendang merah, jaket leather beli kat kompleks Campbell depan pertama tu,dia pun menjadik masked rider. Maka apabila da smart gitu. Dia pun mencipta la slogan la, modified motor la hape la. Yela nak jadik superhero pny pasal sampai dia lupa nak balas dendam pasal ibunya. Disebabkan dia mmg xde awek sebab xhensem agaknya, maka keluarla slogannya – I’m hiding my identity and feeling no matter what, thus I’m wearing a mask. poyo gile ayat beliau. Sekian la cite masked rider no 1.
No comments:
Post a Comment