Wednesday, November 2, 2011

Benda yang aku rasa best bila duduk rumah berbanding duduk universiti

1. Pakai baju sekali dah boleh campak mesin basuh. Kalau kat U, selagi tak busuk pakai la sampai orang tegur.

2. Duit takde sesen pun tak heran sebab makan pakai semua siap. Dan PERCUMA. Kat U makan kena bayar sendiri.

3. Tak payah susah hati fikir assignment berlambak. Goyang kaki je tengok tv.

4. Semua barang pakai sorang diri. Takde roomate nak kongsi.

5. Tidur lambat atau bangun lambat tidak menjadi masalah sebab takde kelas yang nak dikejarkan.

6. Toiletries sentiasa cukup dan semestinya, PERCUMA.

7. Tak perlu nak berkemas diri sentiasa sebab tak jumpa orang lain. Family kau tak heran tengok jambang kau bersepah dan rambut kau kusut masai.

8. Takde curfew untuk keluar lepak so takkan kena saman kalau balik lewat (kecuali sedikit leteran dari mak bapak).

9. Kebiasaannya, financial sentiasa stabil di rumah. Senang nak mintak duit kat bapak sebab dia ada kat depan mata hari-hari.

10. Tak tau apsal, kat rumah sentiasa cukup tidur. Takde langsung masalah mengantuk. Kalau kat U pantang ada masa lapang mesti nak membuta.

1 comment: