University aku yang tercinta ni buat convocation setahun sekali pulak. Dulu setahun dua kali. Apa yang aku nak cerita kat sini adalah sesuatu yang amat tragis, teramat tragis sampai tak lena aku tidur dibuatnya. Peristiwa ini berlaku semasa pesta konvo baru-baru ini. Well, aku masuk battle of the band sempena pesta konvo kali ni. niat di hati ingin menebus kekalahan yang lalu. Hahaha
Kali ni aku join band lain. Kebetulan band yang aku join ni bassist dia dah abes belajar. Band aku dulu pulak ahli-ahli nya semua da abes belajar. Ahli-ahli band aku yang sekarang adalah: Naim (vokal), Botak (1st gitar), Wan (2nd gitar), aku (bass), dan Farid (drum). Belajar dari kesilapan lalu, kami bercadang untuk bawak lagu yang sedikit berat dan menunjukkan banyak skill muzik berbanding lagu pop-punk bodoh dulu yang kitorang bawak. Barulah ada point juri nak tengok kitorang dan bagi markah. Kami sebulat-suara ingin membawa lagu rock kapak dan setelah berbincang sesama sendiri, kami memilih lagu Nurnilam Sari nyanyian Awie dan Kumpulan Search. Maka kami pun memulakan sesi latihan….
Hendak dijadikan cerita, lagu tu terpaksa kami cancel sebab note vokal dia sangat tinggi dan dah dua vokalis kami reject sebab tak boleh bawak lagu tu. Kami pun buntu seketika kerana tak tau nak main lagu apa. Namun setelah berdiskusi dengan Wan (2nd gitar), kami bercadang untuk membawa lagu Wings – Ranggi Metropolis. Lagu ni macam gempak la jugak sebab solo dia teknikal gila. Bass dia pun berbunga-bunga bagai. Kalau versi live pulak ada tambahan keyboard yang sangat masyuk dan sempoi. Kami juga mempunyai line-up terbaru iaitu Sheena sebagai kibodis. Maka bermula semula sesi latihan yang baru…
Latihan lagu ni nampaknya berjalan lancar. Kami dah kaji solo dia dan pelbagai part teknikal yang lain. Kami juga menambah sedikit variasi dalam lagu tu supaya takdelah kesemuanya kami ambil bulat-bulat. Keyboard punya part kami tambah2 sendiri. Mungkin ada markah lebih kat kreativiti nanti. Hahaha. Solo gitaris kami juga semakin mantap dengan variasi beliau sendiri di bahagian outro. Bass pulak aku ikut bunga Wings masa main live kat Planet Hollywood. Kesemuanya superb, semuanya berjalan lancar. Masing-masing sudah memasang impian untuk menjadi juara. Hahaha
Maka disinilah bermula kisah tragis aku… lagi 2 hari nak battle, muncul seorang mamat yang merupakan bassist asal band aku sekarang ni yang aku cakap dah habis belajar tadi. Aku bagi la dia nama X. Dia datang nak hantar report praktikal dia. Rupa-rupanya Wan dah janji dengan dia nak bagi dia main jugak untuk battle tu nanti. Abes tu, aku nak letak mane?? Wan pun serba salah dengan aku tapi dia pulak dah janji dengan X nak bagi dia main nanti. Mula-mula dia follow je kitorang jamming tengok kitorang praktis. Siap dia komen itu ini macam perbetulkan kitorang la. Aku ingat masa tu dia nak bantu kitorang je, tapi dia tak nak main. Tu yang dia tegur mane yang perlu diperbaiki ke ape ke. Mungkin dia sedar yang kitorang dah praktis lama, dah serasi bersama. So dia tak nak la kacau band kitorang dah. Tetapi sangkaan aku meleset, rupanya dia nak main jugak. Wan dah buntu, nak bagi dia main, dia tak tau sangat lagu tu dan tak tau synchronisation kitorang camne. Bandmate lain pulak semua kalau boleh memang dah tak nak tukar line up. Susah la nanti jadinya sebab kitorang dah serasi. Last-last malam terakhir sebelum battle, Wan merangkap frontman band kami pun membuat satu keputusan drastik, iaitu, aku main untuk saringan, pastu kalau lepas masuk final, X pulak main untuk final. X setuju tapi aku tak berapa setuju tapi terpaksa la setuju jugak. Yela, aku dah praktis penat-penat, pastu nak bagi orang lain main pulak. Tapi aku nak buat camne... Kang kalau aku bangkang lak takut ade yang kecik hati. Bandmate lain semua macam berserah je. Tak tau nak cakap ape. Masing-masing macam tak setuju dan semua dah tarik muka tapi diorang pun tak tau nak buat macm mane. Lagipun kitorang tak sampai hati tengok X sebab dia sangat bersungguh-sungguh nak main, dengan mempamerkan mata yang sangat berharap. Cisss….
Pada hari kejadian, kami pun performlah seperti mana yang dirancang. Aku main masa saringan. Aku takdelah nak cakap aku main perfect tapi so far aku tak buat mistake la. Bandmate lain pun takde mistake. Semua berjalan lancar kecuali bunyik gitar Botak (1st gitar) kurang dengar sebab ada orang tutup volume level dengan distortion Metal Zone dia. Tapi yang lain perfect la. Naim (vokalis) pun sangat bersemangat menyanyi dengan memakai jacket leather aku. Drum pun perfect, takde lari beat langsung. So nak dijadikan cerita, kami pun lepas masuk final. Kami semua gembira bukan kepalang (ewah bahasa dia) tapi aku sedikit terkilan la sebab aku tau aku tak dapat main untuk final nanti. Tapi aku nampak ada satu band tu main pakai 3 gitar iaitu tambahan satu gitar akustik. So berbunga jap hati aku. Boleh la aku suruh dia main akustik nanti. Biar aku je main bass nanti. Aku nak tebus la hak aku. Lagipun bandmate lain semua nak aku main sebab tak berani nak pertaruhkan dia main untuk final. Aku pun cakap la dengan dia plan aku. Dia diam je. Kitorang plan nak jamming lagi sekali last sebelum final untuk mantapkan lagi lagu kitorang. Last-last petang tu pulak dia cakap dengan aku dia nak main bass jugak, dia suruh aku yang main akustik. Damn sial la jantan ni. Demand gila babi. Aku malas nak bertekak so aku iyakan je la.
Malam tu final bila sampai turn kami, kami pun naik lah stage dengan aku mengusung gitar akustik walaupun dalam hati aku masih tidak berpuas hati. Nak dijadikan cerita ni betul-betul tragis, organiser cakap kitorang tak leh nak tambah ahli. Macam mana kami main masa saringan, macam tu lah kami kena main untuk final. Kami semua toleh la ramai2 kat X dengan harapan die berundur dan bagi aku yang main. Tapi hampa, dia wat dunno je, menunjukkan dia nak main jugak. So dengan malu dan bengang gila babi, aku pun turun la balik stage tu usung gitar akustik tu. Bandmate lain semua terdiam dan down je masing-masing. Masa tu toksah nak tipu la, aku sebak gila rasa macam nak nangis. Yela aku dah praktis lama tapi last2 orang lain yang dapat main. Aku tengok je diorang main dari bawah stage macam aku takde kena mengena dengan diorang. Naim pulak sempat high five kat aku dari atas stage masa dia tengah nyanyi. Pergh, memang sadis gilerr ah! Masa tu aku macam dah perasan muzik kitorang macam lain sikit. Macam ada yang tak kena. Lepas main, diorang turun stage. Wan jumpa aku tapi dia speechless tak tau nak cakap ape dengan aku. X pulak mintak maaf sebab dia rasa macam dia ada salah main. Ceh, bukannya nak mintak maaf sebab buat aku malu turun stage balik. Nak dijadikan cerita, Naim terlupa lirik sikit masa perform tadi dan kami kalah malam tu. Sheena je menang kibodis terbaik. Masing-masing tak puas hati sebab band lain yang menang bodoh2 je. Bawak lagu ntah hape2. Tapi diorang takde mistake la. Maybe sebab tu diorang menang.
Cerita ni tak abes kat situ je. Mula-mula aku ingat kami kalah sebab Naim lupa lirik je. Tapi rupa-rupanya ada cerita lain. Sheena rapat dengan brother organiser battle tu, brother tu kata band kitorang kalah sebab vokalis lupa lirik dan BASSIST MAIN TERUK GILA. Diulang, BASSIST MAIN TERUK GILA. Maaaaacam sial !!! Aku punyalah terbakar masa tu. Patutlah aku rasa muzik diorang malam tu macam ada yang tak kena. Rupanya bass yang macam celaka. Aku tak tau lah dia hentam ke apa bunga bass tu masa main. Yela, orang lain dah praktis seminggu lagu tu, dah synchronise baik punya. Dia yang baru praktis sehari terus nak main. Memang haram jadah la jadinya. Aku bagitau la bandmate yang lain. Semua panas je bila tau. Nak kesian sangat kat dia, bagi dia main, last-last makan diri balik. Kan dah kalah. Naim pulak cakap dia lupa lirik sebab masa atas stage tu macam dah huru-hara dan dia tak sedap hati bila tengok aku turun stage. Pastu muzik macam tak kena dan dia hilang fokus. Aku tak tau dia buat alasan ke ape tapi aku tak kisahla pasal dia. Maybe betul sebab macam dah huru-hara sikit atas stage masa tu. Kalau aku yang main malam tu mesti tak jadi macam ni. haih....
So begitulah ceritanya. Sampai sekarang kalau aku teringat pasal ni mesti aku sakit hati. Walaupun benda dah lepas, tapi aku rasa benda ni akan terpahat dalam ingatan aku sampai bila-bila. Dan geram punya pasal, Botak, aku dan Atiq (drummer lain) bercadang nak masuk lagi battle semester depan kalau ade buat battle lagi. Kami nak main 3 piece je pastu yang penting LINE-UP TETAP. Aku akan pastikan pisang takkan berbuah 2 kali dan, aku akan pastikan yang KAMI AKAN MENANG. Sekian, terima kasih.
praktis satu hari dah nak naik stage? kelakar ahahha
ReplyDeleteha tu la. da hustler sangat la tu die rase.
ReplyDeleteYg ne 1 X tu nep?? Nk tgk cket rockstar tu..
ReplyDeleteDye xrespect lngsung kt org len.hehe
org kalau da perasan hebat mmg cmtu, tetap degil nk kan position dia even xsedr main cm gamps..
ReplyDeletesuppose kau tak bole la berlemah lembut dgn dia..kau kene la jd outstanding and tetap berkeras hti yg kau ttp nk main...
bandmate kau kenapa sygkan si X ni? jaga hti? xphm gak aku kt sni.sebab korang da prektis seminggu..so lg sesuai bersama dan final lg pnting kot untuk dpt kan kesempurnaan..
next battle bole menang punye ..
:)
hmmm...benda da lepas...xpe sem depan mesti menang. sebab aku vocal. hahaha
ReplyDelete