Tuesday, August 9, 2011

macam mana nak berjimat masa belajar di university

Lama gila tak update blog. Serius takde masa nak update. Ni tiba2 aku rasa macam nak share sesuatu yang bagi aku berguna tapi tak tau la orang lain camne. Benda ni common je lagipun. Iaitu “macam mana nak berjimat masa belajar di university”.

Ok aku tau belajar memang banyak pakai duit. Berapa sangat la duit PTPTN tu. Confirm tak cukup punya nak tanggung makan pakai kita satu semester. Tolak yuran itu ini, setengah sem rasanya dah habis. Pastu terpaksa menyusahkan mak bapak nak mintak duit kat diorang. Tak payah tipu lah, confirm dah besar panjang ni dah start ada rasa segan nak mintak duit kat diorang. Kalau dah betul-betul terdesak baru lah mintak kan? Tak pun tunggu bapak tanya soalan keramat “duit cukup tak ni?” ha masa tu lah kau complain itu ini tak cukup. Hahaha. Nak mintak sendiri rasa tak terkeluar je ayat tu kat mulut kan? Itu aku lah, tak tau lah orang lain. So ini cara-cara aku nak berjimat untuk survive belajar di university.


First, kalau nak keluar duit tu, set dulu berapa banyak nak keluar untuk satu minggu atau satu bulan bergantung kepada cara perbelanjaan korang. Lepas tu tetapkan yang korang hanya akan spend duit banyak tu untuk jangka masa yang korang tetapkan tu. Paham tak ni? macam pening sikit ayat dia. Ok aku bagi contoh. Katakanlah korang budget nak spend RM100 untuk seminggu. So untuk pastikan yang korang tak spend lebih dari RM100 untuk seminggu, korang withdraw RM100 je. Walau macam mana pun, pastikan korang tak perlu datang lagi untuk withdraw duit untuk minggu tu. So korang akan berbelanja RM100 tu je untuk minggu tu. TANAM DALAM OTAK KORANG YANG TU JE DUIT KORANG ADA, DALAM BANK DAH TAKDE DAH. So nak tak nak kena berjimat dengan duit sebanyak tu. Dengan cara ini, boleh lah korang kawal perbelanjaan korang.

Second, kalau nak shopping beli toiletries atau perkakas harian, amalkan beli yang saiz besar. Contohnya, beli shampoo yang saiz besar, milo pack besar, sabun basuh saiz besar, biskut tin besar, modes pack besar…eh, aku tak la. cadangan je. Nak tau sebab apa? Sebab beli saiz besar ni lagi jimat. Kalau beli yang kecik ni cepat habis pastu kena beli lagi yang baru. Kalau dah beli banyak kali, harga dia jadi lagi mahal daripada kalau kau beli sekali saiz besar. So bila dapat duit PTPTN tu, terus keluar sekali pergi shopping borong banyak2. Dan pastikan yang kau tak perlu datang lagi untuk shopping. Duit minyak nak ke tempat shopping tu pun kena consider jugak.

Third, ok ini cara bagi perokok yang memang mempunyai hobi membakar duit seperti aku. Jap nak bagi nasihat poyo: kalau dah takde duit tu, tak yah la hisap rokok. Dah la beli rokok pakai duit pinjaman & duit mak bapak. Hahaha bertepek kena kat aku balik. Ok camni, korang kena sedar yang korang tu student, so act like a student and live like a student. Apa yang tersirat kat situ adalah: kau tu student, tak payah la berlagak macam orang dah kerja nak hisap rokok mahal-mahal. Style aku adalah, aku hisap dua jenis rokok. Satu rokok cap bodoh satu lagi yang standard. Nampak macam lagi membazir sebenarnya lagi jimat. Yang rokok cap bodoh ni kau hisaplah masa kau nak melepak ke, buat kerja ke, rilek2 ke…yang standard ni kau standby untuk nak hisap lepas makan je. Aku tau lepas makan mesti nak yang terbaik punya nak layan tekak jin kau tu. hahaha. So dengan cara ini, rokok kau yang luak banyak hanyalah rokok cap bodoh yang murah tu dan kau boleh beli lagi tanpa rasa risau sangat duit kau kering. Rokok standard tu lambat habis sebab kau jarang hisap so jaranglah kau beli. Susah-susah sangat, hisap je rokok daun. Bak kata pepatah Poji, asalkan berasap. Hahaha.

Fourth, masuk isu duit minyak pulak. Bagi yang berkenderaan, pasal duit minyak ni memang sakit sikit. Benda ni common sangat aku rasa tak perlu nak bagi suggestion. Kalau cara aku, aku budget duit minyak macam aku budget duit aku nak withdraw kat ATM tadi. Disebabkan aku pakai motor je, so takdelah besar sangat belanja minyaknya. Ini cadangan kepada yang berkereta. Biasakan kalau nak isi minyak tu isi full tank terus. Ini untuk mengelakkan kita dari berulang ke stesen minyak untuk isi minyak lagi banyak kali. Aku tau student memang sengkek. Sekali isi minyak kalau yang pakai kereta tu, cukup takat nak lepas takuk E je kat meter minyak tu. Lepas tu 2 hari lagi kau dah kena datang isi minyak lagi. Kat situ kau dah membazir duit minyak kau nak ke stesen minyak tu banyak kali tanpa kau sedari. Tetapi hendaklah diingatkan bahawa tips ini tidak berguna kepada orang yang selalu kenderaannya dipinjam oleh rakan-rakan kerana tak semua rakan-rakan anda berhati baik nak tuangkan minyak anda terutamanya bila tengok meter minyak anda masih di peringkat atasan. Betul tak cakap aku?

Fifth, isu topup pulak. Topup pun satu krisis perbelanjaan yang kritikal jugak terutamanya kepada yang bercouple. Cadangan aku sama je macam kat atas, budget lah credit henset kau. Contohnya topup lah RM10 je untuk seminggu dan limit kan penggunaan credit kau sebanyak tu untuk seminggu tu. Kurangkanlah bergayut-gayut ni. Kalau nak sembang lama, ajaklah awek kau jumpa kat café. Order secawan air, sembanglah korang sampai lebam. Pastu balik bilik nak lovey dovey sebelum tidor tu cukuplah setakat SMS. Lagipun sekarang kan dah ada Facebook, YM, Skype dan segala macam media social ni. Pakai je wifi free kolej kau chatting lah puas-puas dengan awek kau. Save credit kan? Credit kau tu boleh la save untuk kau telefon mak bapak kau kat kampung. Diorang lagilah jarang jumpa kau daripada awek kau yang hari-hari boleh jumpa tu.

Sixth and the last one, kurangkanlah berhibur. Macam yang aku cakap tadi, you are a student, so act like a student, live like a student. Kita bukannya dah bekerja ada income tetap nak enjoy sana sini. Sekali sekala bulan mengambang tu boleh la keluar enjoy. Tapi berpada-pada lah. Tak payah la nak ikut-ikut sangat trend budak sekarang nak g clubbing lah, overnite sana sini lah. Itu semua tak bawa ke mana. Buat habis duit je. Banyak belanja tu, takkanlah kau tak tau. Setakat tengok wayang, karaoke, jamming sebulan sekali tu ok lah. Kalau dah bosan dan tension sangat belajar, cuba-cuba lah join aktiviti kat university tu macam camping ke, khidmat masyarakat ke, terisi jugak masa lapang kau. Dapat tambah kawan, aktiviti pun sihat, duit pun tak pakai banyak mana. Siap dapat sijil lagi. Ha!

Aku rasa macam ada lagi tapi tu je yang aku dapat ingat dan tulis buat masa ni. Harap-harap dapat membantu lah ye. Sekian, peace!

5 comments:

  1. Sokong yang last... act like u r a student. i can see some people who just care less about the status they are wearing. just wanna show off to people how wealthy they are, padahal at the end of the month sengkek and begging for parents' money. what useless people they are and these so-called ones dont deserve to be respected!

    ReplyDelete
  2. hahaha...duit mak bapak, xperlu kita nak heran. bersyukur je ape yang kita ada. and i quote Ibrahim:7 for this =)

    ReplyDelete
  3. err...anon, sila beri name anda...sy tak kenal...

    ReplyDelete