-Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
-Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah
dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke
bahagian dahi.
-Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air
suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali
mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan
proses kedutan.
-Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua
ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10
saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
-Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
-Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
-Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
-Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan
jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di
atas rumput yang masih berembun.
-Amalkan memotong kuku atau
rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan
dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya
kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari
kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur
mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
-Semasa
berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan
rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti
wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
-Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
-Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
-Amalkan solat tahajud.
-Sentiasa tenang dan bersikap positif.
-Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
-Maafkan semua orang sebelum tidur.